Wednesday, June 2, 2010

IJTAHID TANJAH

Kalau kamu berusaha, nescaya kamu akan berjaya. ungkapan sebegini seringkali diucapkan untuk memberi nasihat serta motivasi kepada orang lain supaya sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu. sesungguhnya kejayaan itu tidak datang bergolek. ia perlu diusahakan dengan segala penat lelah untuk mendapatkan kejayaan yang berbaloi.

seorang murid atau pelajar di sekolah perlu berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. murid itu perlu belajar dengan rajin, sentiasa bertanya guru apa yang dia tidak faham, sentiasa mengulangkaji pelajaran dan juga sentiasa menyiapkan kerja rumah serta latihan yang diberikan oleh guru, barulah kejayaan itu datang kepadanya.

seorang pekerja perlu bekerja dengan rajin dan jujur untuk mendapatkan kepuasan hati majikan dan juga pelanggan. kerja yang dilakukan dengan rajin dan sempurna juga akan memudahkan menerima kenaikan pangkat dan juga gaji. bekerja sendiri pun kena rajin dan jujur juga. barulah pekerjaan kita akan bertambah maju dan secara automatiknya pendapatan bulanan juga bertambah.

seorang bekas mahasiswa yang baru habis belajar juga perlu berusaha. jangan hanya berharap dengan memohon pekerjaan dengan kerajaan atau syarikat swasta, lepas tu junjung tangan tunggu tawaran kerja datang. Perlu berusaha sendiri mengubah nasib hidup sementara dapat kerja tetap yang diidamkan. apa saja pekerjaan walaupun berpendapatan tak berapa mahal kena buat, asal saja pekerjaan itu halal. soal malu pilu letak ke tepi. yang penting hidup tidak duduk saja dan menyusahkan mak bapak kena tanggung lagi hidup. ia juga penting untuk mendapatkan seberapa banyak pengalaman dalam pekerjaan. barulah hidup ini menjadi lebih bererti dan tidak jadi macam mem'berat'kan bumi saja.

begitu juga dengan mereka yang tidak berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. perlu juga bagi mereka yang baru habis sekolah untuk mencari pekerjaan. kalau nak sambung pelajaran kat tempat lain silakan. tapi kalau dah malas belajar atau memang soal kewangan tidak mengizinkan untuk sambung belajar, kerjalah. samada nak kerja sendiri atau kerja dengan orang lain. hidup kita lebih bermakna bila ada kerja yang nak dibuat. jangan hanya hidup untuk jadi kutu lepak, atau merempit saja kerjanya. bantulah diri anda dan juga bantulah orang lain. biar hidup kita memberi manfaat sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. jangan jadi biawak hidup yang dibebankan kepada ibubapa memikulnya. jadilah manusia yang bermaruah dan beradab.

kemuncak kepada usaha ini adalah usaha dalam melakukan ibadah. kerja ibadah adalah kerja wajib bagi setiap Muslim. Ibadah ada dua, Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah. amalan ibadah fardhu 'ain wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. manakala Fardhu Kifayah pula tidak diwajibkan ke atas setiap orang, memadai dengan seorang atau beberapa orang dalam kumpulan Muslimin.

yang penting kita mesti rajin beribadah. ibadah wajib jangan ditinggalkan, yang sunat buatlah juga. orang yang kuat beribadah dengan hati yang ikhlas, disamping menjauhi segala larangan Allah, insya Allah diberikan kejayaan. kejayaan di dua kehidupan; kehidupan di dunia ini dan juga kehidupan di Akhirat. di dunia ini berjaya dengan ketenangan hati dan jiwa, di akhirat berjaya dengan dimasukkan ke dalam Syurga. itulah kejayaan sejati yang didambakan setiap Muslim. moga2 kita semua tergolong dikalangan mereka. INSYA ALLAH!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...