Wednesday, June 16, 2010

PJJ- Pro dan Kontranya...


Apa itu PJJ? ia singkatan bagi Perkahwinan Jarak Jauh. Aku pasti ramai pasangan di Malaysia ni yang termasuk dalam kumpulan ni. salah seorangnya ialah AKU! hahahahaha!

Aku duk KB, Kelantan tapi isteri aku kerja kat Cyberjaya dan tinggal di selangor. ada pasangan lain suami kat Perak, isteri kat Sabah, ada juga suami kat Kuala Lumpur, isteri kat Negeri Sembilan, dan bermacam2 lagi pasangan yang duduk berjauhan, berjumpa hanya sekali sekala.

selama hampir 4 tahun duduk dalam keadaan macam ni, aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang pro dan kontra yang ada pada PJJ ni. Di bawah ni aku nak terangkan satu persatu.

PRO

1)rasa seperti pengantin baru sokmo.

bila berjauhan dengan pasangan dan berjumpa hanya sekali sekala sahaja kita akan rasa seperti sentiasa menjadi pengantin baru. kalau hari2 duk mengadap muka pasangan kadang2 rasa cemuih pun ada. tapi bila jumpa kadang2 saja, rasa macam baru je kahwin.

2) keberangkalian bergaduh besar atau kecil adalah minima.

biasa la dalam kehidupan hidup berumahtangga kena ada manis dan masamnya. adakala berbaik, ada juga masa bergaduh. tapi kalau berjauhan keberangkalian bergaduh tu adalah kecil tak kira la bergaduh besar ke atau kecil. maklum la duduk jauh, masa telefon tu takkan la nak bergaduh. mesti masing2 melepaskan rindu yang bersarang dihati.

3) bagus untuk pasangan yang merancang anak.

yang ni khusus untuk mereka yang merancang keluarga @ tak mahu ramai anak. bila jumpa pun jarang2, hubungan seksual pun kadang2 juga. jadi keberangkalian untuk si isteri tu sentiasa mengandung adalah kecil. tapi walau apapun, kalau Allah nak bagi anak, mengandung juga. cuma ikhtiar kita sebagai manusia bila jarang2 menabur benih, maka adat kata buah payah la nak tumbuh.

4) hubungan sentiasa akrab.

ada orang kata bila berjauhan, hubungan suami isteri menjadi tidak berapa akrab. ya, betul, tapi untuk sesetengah pasangan. ada juga pasangan yang hubungan mereka menjadi bertambah akrab bila berjauhan. bila duk dekat asyik nak bergaduh aje. tapi bila dah duduk jauh baru tahu penangan rindu dendam. sebab tulah hubungan pun jadi makin akrab dan rapat.

KONTRA

1)rindu serindu2nya.

yang ni memang sah berlaku bila berjauhan. suami rindukan isteri dan anak2, isteri ridukan suami dan anak2 (kalau suami yang jaga), anak2 pulak rindukan ibubapa. mengikut pengalaman aku, kalau 2 minggu tak jumpa anak isteri, dah rasa macam tak betul. "sumat" pun boleh panggil. biasa 1 minggu tak jumpa normal. tapi kalau sampai 2 minggu memang amat rindu. kalau 3 minggu, sebulan tak jumpa, tak tahulah apa akan jadi padaku ini!

2) wang banyak habis.

yang ni memang sedih dan pilu. bila berjauhan, wang memang banyak habis. nak bercakap, guna wang, nak naik bas jumpa anak bini pun guna wang, nak belanja anak bini pun guna wang, lepas nak belanja kat rumah ibubapa pun guna wang. akhir sekali gaji masuk awal bulan, habis akhir bulan, tak sempat nak menyimpan. ADOOOIIII...

3) bimbang keselamatan pasangan dan anak.

isteri dan anak tak ada disisi, fikiran selalu duk runsing macamana la agaknya anak bini aku sekarang? sihat ke diorang tu? dah makan ke belum? macam2 terlintas di kepala. kadang2 ia mengganggu kehidupan kita. asyik duk fikir keselamatan anak bini yang takdak depan mata.

4) mengganggu kerja.

bila anak atau isteri betul2 sakit dan dalam kesusahan, mula lah mengganggu kerja. nak kerja macam biasa dah tak boleh, duk runsing macamana anak bini aku sekarang? sakit lagi ke? akhir sekali isi borang cuti pergi jumpa diorang. kerja kita tergendala, orang lain pulak kena tolong settlekan. terpaksalah...

5) banyak menyusahkan orang lain.

bila kita dah tinggalkan kerja kat orang lain, orang lain la pulak yang terpaksa menanggung beban kerja kita. kena menyusahkan orang pulak. lepas tu, sementara tunggu kita sampai kat anak bini, kena mintak tolong orang lain juga tengokkan anak bini kita. rasa bersalah pulak kepada orang lain kerana menyusahkan mereka.

6) hanya jarang2 dapat bersama pasangan... KESIAN!

ini lebih kepada kepuasan seksual dan peribadi. orang lain biasa 3 kali seminggu. tapi kita nak dapat sekali seminggu pun susah. maklum la bila dah makin sibuk dengan anak dan urusan lain. walaubagaimanapun, yang penting dapat juga. tak seperti yang masih belum kahwin, duk bayangkan saja tak guna. kena kahwin dulu baru dapat rasa yang halalan toyyiba.

7) hubungan menjadi kurang rapat.

ada pasangan yang hubungan mereka menjadi kurang rapat kerana berjauhan. bila dah terbiasa berpisah, kadang2 suami tak ingat kat isteri, isteri pun tak ingatkan suami. ada yang sampai tahu2 suami dah ada kat muka pintu baru teringat kat suami. PAROK! PAROK!a

8) syak pasangan main kayu tiga.

yang ni paling bahaya bila berjauhan. perasaan kita kadang2 berbisik pasangan aku ni ada simpan pompuan lain ke? atau lelaki lain ke? (bagi suami). lepas tu bila suami datang sekali seminggu terus check handset suami takut2 ada mesej cinta dari pompuan lain. suami pun sama, check juga handset isteri takut2 ada sms berunsur kecurangan. boleh nak check, tapi jangan sampai terlalu cemburu sampai jadi cemburu buta. agak2 la...

itulah sedikit sebanyak info yang dapat aku kongsikan berkenaan tajuk PJJ ni. kalau ada pengalaman lain boleh tambah. aku pun dah penat menaip ni. KESIMPULANnya, KONTRA lebih banyak dari PRO bagi PJJ ni. Jadi usahakanlah semoga cepat2 dapat hidup bersama. aku pun kena usaha juga biar dapat bersama sokmo dengan isteriku itu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...