Semalam 20 Jun dimaklumkan sebagai Hari Bapa. bulan lepas ada Hari Ibu, bulan ni Hari Bapa pulak. apa kata kalau bulan depan buat hari Ibubapa pulak? gabungkan sekali.
pa
aku dah jadi bapa hampir setahun. 3 hari lagi cukuplah usia anak sulungku setahun. kiranya aku ni masih baru lagi dalam bidang 'kebapaan'. banyak lagi perkara yang aku kena belajar untuk jadi bapa yang baik dan bertanggungjawab.
aku juga masih lagi ada bapa. bapa yang kupanggil "we'" itu sudah agak berumur. umurnya dah 60 tahun lebih tapi masih gagah buat kerja. sehingga hari ini belum pernah ku dengar bapaku ini mengeluh bersusah mencari rezeki membesarkan 8 orang anak. walau susah, walau sakit bapaku teruskan juga kerja untuk menampung keluarga yang agak besar ini.
seingat aku semasa kecil aku agak rapat dengan we'. seawal usia 3-4 tahun aku suka sangat makan tomato yang we' bawa balik selepas seharian pergi menjual makanan dan sayur dengan motosikal ke Kota Bharu. we' juga pandai ambik hati anak2 supaya anak2 gembira. kadang2 we' buat surprise dengan belikan coklat, gula2, keropok dan makanan lain untuk kami adik beradik. semasa tu rasa sungguh seronok dapat sorang satu makanan.
aku juga sering ikut we' solat di balaisah. we'lah yang banyak ajar aku solat, puasa dan ibadah2 lain semasa aku masih kecil. aku masih ingat pada malam hariraya we' pakaikan aku dengan serban. aku agak malu masa tu kerana masih kecil. orang lain semua tengok sampai ada yang kata aku ni ustaz kecik.
we' juga agak tegas dalam soal mendidik anak2. kalau buat salah we' akan marah dan kalau terlalu marah we' akan jentik telinga. aku banyak kali juga kena jentik telinga terutama sekali kalau tak pergi solat berjamaah di balaisah. tapi marah2 we' pun sampai jentik telinga je, tak pernah we' menampar atau menumbuk atau menendang kami adik-beradik. we' juga tak banyak cakap (ngepek), tanya 2-3 patah, dah kantoi terus we' pulas telinga.
berkat didikan dialah aku dapat jadi macam ni hari ni. jasanya sungguh besar sampai aku dapat jadi insan pada hari ini. kesian aku tengok kepada kawan2 yang lain yang rosak, ada yang jadi penagih dadah, kaki lepak, pencuri dan berbagai pekerjaan buruk lagi akibat salah asuhan dan didikan. terima kasih we' di atas segal;a jasamu kepada anakmu ini!
No comments:
Post a Comment