Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Sunday, October 17, 2010
MAJU
Semua orang yang waras mahukan kemajuan. sebut saja perkataan 'maju' sudah pasti gambaran-gambaran yang positif akan terbayang difikiran. maju dalam erti kata yang dimahukan oleh setiap orang.
walhal, apakah maksud sebenar kemajuan itu? apakah maju itu ditakrifkan sebagai mempunyai peralatan dan kelengkapan yang moden dan terbaru serta canggih. bila disebut negara maju maka terbayanglah sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi2 'mencakar langit',sistem jalanraya yang luas dan moden serta bertingkat2, penuh dengan alat komunikasi dan ICT yang moden serta canggih, kenderaan yang digunakan juga sudah menjadi sangat canggih.
tetapi kalau dalam masa yang sama penduduk negara atau negeri atau sesuatu kawasan yang canggih tadi tidak beriman kepada Allah, berakhlak buruk, hidup penuh dengan dosa serta maksiat kepada Allah, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, apakah ini yang dinamakan KEMAJUAN???
kalau kita lihat semula kepada sirah Rasulullah, dapat kita katakan bahawa Rasulullah dan para sahabat baginda melalui zaman yang maju. kedatangan Rasulullah ke Mekah kemudian baginda berhijrah ke Madinah membawa kemajuan kepada hidup manusia. apakah Rasulullah membina bangunan yang tinggi2 di Mekah dan Madinah? apakah Rasulullah membina sistem jalan raya yang canggih di Mekah dan Madinah? tidak! jadi bagaimana dikatakan Rasulullah membawa kemajuan?
kemajuan yang sebenar adalah apabila manusia mengabdikan diri kepada Sang Pencipta, al-Khaliq iaitu ALLAH S.W.T. manusia yang telah sesat beratus2 tahun ditunjukkan jalan yang benar oleh Rasulullah S.A.W. seperti kita memimpin orang buta melintas jalan, maka seperti itu jugalah Rasulullah memimpin umat manusia kearah jalan kebenaran.
kemajuan aqidah adalah yang paling utama. bertukar dari menyembah makhluq kepada menyembah Khaliq. berubah dari menyembah patung2 kepada menyembah ALLAH yang Maha Esa. itulah kemajuan yang paling penting dan paling utama.
seterusnya kemajuan dari segi akhlak dan perilaku. masayarakat arab jahiliyyah yang terkenal dengan sifat melebihi kebinatangan, akhirnya bertukar kepada masyarakat insan mulia. mereka yang sebelum kedatangan Rasulullah sanggup membunuh hidup2 anak perempaun, sanggup melacurkan isteri sendiri, sanggup berperang menentang kabilah lain walaupun hanya kerana seekor kambing akhirnya berubah menjadi umat yang saling berkasih-kasihan, umat yang satu berpaut kepada ukhuwwah Islamiyyah sejati.
itulah hebatnya Rasulullah dalam menukar aliran pemikiran dan pemahaman manusia dari menjadi lebih teruk dari binatang kepada lebih mulia dari malaikat. itulah kemajuan yang sebenar.
kalau betul pun kemajuan itu adalah dari segi kemajuan 'madiyyah' atau 'materialistik' maka itu belum cukup untuk dikatakan masyarakat atau negara itu maju. kemajuan material perlu seiring dengan kemajuan 'ruuh' atau 'spiritual'. apa guna jika negara moden, alat2 canggih manggih, tapi masyarakat rosak. akhlak masyarakat sudah bukan seperti akhlak manusia lagi bahkan lebih teruk dari binatang.
cuba lihat Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan negara2 yang dikatakan negara maju lain, berapa ratus kes jenayah yang berlaku walau hanya dalam masa seminit. apa guna dikatakan negara maju jika rakyat hidup dalam ketakutan. apa makna dikatakan negara maju jika masalah sosial, perilaku, akhlak masyarakat hancur lebur. pembunuhan berlaku disana sini, pelacuran sampai ke pintu rumah, judi secara terang-terangan, pub2 dan kelab malam yang menghidangkan arak penuh bagai kelkatu menghurungi cahaya, kemudian muncul anak2 zina bertaburan samada yang hidup atau sudah mati, masyarakat takut keluar rumah kerana dibimbangi dipukul along akibat suka berjudi, pemabuk bersepah sampai mengganggu jalan orang. inikah yang dinamakan KEMAJUAN???
Baiklah hidup dalam negara yang dikatakan tidak maju, tetapi masyarakatnya beriman kepada Allah, berakhlak mulia, saling tolong-menolong, daripada berada ditempat yang dikatakan maju tetapi penuh dengan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment