Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Tuesday, October 19, 2010
PENILAIAN
1- Setiap orang pasti pernah menjadi penilai ataupun dinilai.
2- Biasanya orang yang menilai adalah orang yang lebih berkuasa dan bertanggungjawab terhadap orang yang dinilai.
3- Manakala orang yang dinilai pula berkedudukan lebih rendah atau berada dibawah jagaan penilai.
4- Ibubapa bertanggungjawab menjaga dan menilai tingkahlaku anak-anak. seorang boss ditempat kerja berhak menilai mutu kerja yang dilakukan anak2 buahnya.
5- Selain dari diri kita dinilai orang lain, kita juga perlu menilai diri kita sendiri samada betul apa yang kita lakukan mengikut peraturan atau kehendak orang yang lebih berkuasa ke atas kita atau kita telah lari jauh dari matlamat yang ditetapkan.
6- Dan jangan lupa, sesebuah kerajaan juga akan dinilai, penilainya terdiri dari rakyat yang memilih kerajaan tersebut.
7- semua diatas adalah nilaian yang dilakukan oleh makhluk. kita sebagai orang Islam perlu ingat ada lagi Penilai yang Maha Hebat.
8- Penilai yang dimaksudkan ialah ALLAH S.W.T yang akan menilai setiap amalan dan perbuatan kita didunia. tidak ada walau sebesar zarahpun amalan kita yang akan terlepas dari penilaian ALLAH. kerana ALLAH itu maha halus dan maha teliti penilaianNya.
9- Justeru, dalam melayari bahtera kehidupan ini, kenalah banyak berwaspada dan lakukan timbangan yang sewajarnya.
10- Pastikan setiap amalan atau perbuatan yang ingin kita laksanakan memperoleh ganjaran pahala dari ALLAH S.W.T. Serta jangan sesekali melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan dosa kepada kita.
11- Diatas dunia ini kita boleh lupa atau buat2 tak ingat tentang persoalan dosa dan pahala. Tetapi bila dihimpunkan di Padang Mahsyar nanti, terimalah kesan yang akan dirasai akibat amalan kita di dunia ini.
12- Juga perlu diingat, matlamat penilai dari kalangan manusia tidak semestinya sama dengan matlamat yang telah sedia ada ditetapkan oleh Khaliq (ALLAH S.W.T).
13- berapa ramai kita dapati ibubapa atau boss2 yang inginkan matlamat yang sebenarnya bertentangan dengan matlamat yang telah digariskan oleh ALLAH kepada kita.
14- Apabila situasi ini berlaku, maka mentaati matlamat yang digariskan oleh al-Khaliq adalah yang betul. justeru, biarlah kita gagal dalam penilaian manusia asalkan kita berjaya dalam penilaian ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment