Thursday, October 28, 2010

PERINGATAN




1- Manusia sentiasa lalai.

2- perkataan 'Insan' diambil dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud 'Lupa'. Justeru memang betullah manusia itu sentiasa lupa dan lalai.

3- apabila lupa, maka manusia perlukan kepada peringatan. dengan peringatan yang baik, insya Allah manusia akan kembali ingat dan kenal semula siapa dirinya di dunia ini dan apa tujuan hidup disini.

4- antara peringatan yang dimaksudkan adalah melalui dakwah, tazkirah, kuliyah lisan dan juga perbuatan. ucapan2 mengingatkan kembali manusia kepada hakikat kejadian mereka dan mengagungkan kebesaran Allah serta apa tujuan hidup mereka di dunia ini dan juga melalui model2 amalan dan penghayatan Islam secara amali meliputi semua bidang kehidupan.

5- peringatan juga didatangkan dalam bentuk lain; iaitu melalui tindakan alam yang bersifat abnormal dan mendadak. Gempa bumi, Tsunami, Tanah runtuh, Letupan gunung berapi dan bermacam2 keadaan lagi menggambarkan kemurkaan Allah kepada manusia yang suka melakukan kejahatan dan kerosakan.

6- mungkin ada yang mencebik bibir; "sikit2 balasan Tuhan, sikit2 bala Tuhan, itu bencana alam berlaku secara normal, kitaran hidup". kata mereka.

7- kita ada agama, setiap perkara yang berlaku perlu disandarkan kepada agama. tidak boleh kita lupakan agama dalam setiap perkara yang berlaku. penjelasan sains itu penting, dan yang terlebih penting lagi adalah penjelasan dari sudut agama. mengapa kita tidak boleh katakan semua bencana itu adalah peringatan dari Allah, tuan punya alam ini supaya manusia tidak lalai dan sentiasa mengingati Allah S.W.T.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...