Tuesday, April 12, 2011

DARI KERANA MATA...


dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... 

lirik lagu di atas menggambarkan seseorang yang terpikat hatinya kepada orang lain setelah melihat mata orang tersebut. orang kata dari mata turun ke hati. Jadi, apabila mata bertentang mata, maka hati mula berbicara. merencanakan sesuatu agar dapat berkenalan dengan orang yang diminati dan akhirnya berhajat supaya diijabkabulkan dengan sempurna. 

setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai keistimewaan dan keunikan yang menyebabkan hati sesetengah orang yang lain mudah terpikat dan tergoda dengannya. Jika dikelompokkan daya penarik atau daya pemikat tersebut, bolehlah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 

1) manusia terpikat dengan tubuh badan fizikal manusia lain. 
- sebagai contoh ada orang yang berkenan dengan orang yang mempunyai hidung mancung, lesung pipit dipipi, kulit putih bersih, mata bulat menawan. apabila saja terpandang individu2 yg bersifat fizikal sedemikian, maka hatinya mula berdebar2, "kuch kuch ho ta hai". 

2) tergoda dengan gaya atau suara.
- ada juga manusia yang mudah terpikat apabila mendengar suara yang dianggapnya lunak, merdu, memikat sanubari ataupun dengan melihat kepada gaya seseorang itu berjalan, bergerak, bercakap, dsb, seolah2 melihat Superstar Rajni beraksi, zupp... zuppp... zuppp... penuh style yg unik!
- manusia sebegini tidak mementingkan rupa paras atau bentuk fizikal, tetapi mereka lebih menikmati keseronokan dalaman yang hanya dapat dirasai melalui hati dan perasaan. 

3) tertarik dengan kehebatan bakat dan seni seseorang
- ada juga orang yang tertarik melihat kehebatan bakat yang Allah kurniakan kepada seseorang. ada orang yang berbakat dalam berpidato, mendengar salam yang diberikannya saja, hati sudah terpikat dan sanggup duduk 2-3 jam mendengar setiap butir2 perkataan yang keluar dari mulutnya. ada juga yang berbakat dalam lakonan, tarian, nyanyian, sukan dan juga bakat2 lain. 
- manusia yang tertarik kepada golongan ini juga tidak mementingkan paras rupa, tetapi kalau rupa ada, bakat pun ada, maka itu adalh bonus kepadanya. 

4) paling penting tetapi tak ramai yang mudah tertarik
-  manusia beriman, berilmu, berakhlak, bertakwa. setiap pertuturan dan perlakuannya menggambarkan imannya kepada Allah. setiap patah perkataan dan gerak geri yang lahir darinya mengingatkan kita kepada KEBESARAN ALLAH. 
- beruntunglah mereka yang memilih manusia dalam golongan ini dengan mengutamakannya dari memilih manusia dalam 3 golongan di atas. WALLAHU 'ALAM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...