"Kasut saya hilang Ustaz, semasa keluar dari perpustakaan tadi, saya tengok kasut saya sudah hilang", jawab Sahlan. "Awak dah cari ke kasut tu kat kawasan sekitar perpustakaan?", tanya Ustaz. "sudah, Ustaz. Tapi tak ada", jawab Sahlan. "mari kita pergi cari sekali lagi", kata Ustaz kepada Sahlan.
"Ini dia kasut saya Ustaz", kata Sahlan. "Awak jumpa kat mana kasut tu?", tanya Ustaz. "kat dalam tong sampah ni, Ustaz", jawab Sahlan.
senario diatas merupakan peristiwa yang benar2 berlaku disalah sebuah sekolah kebangsaan di Malaysia ini. Gejala sakat, 'ngenak', bergurau 'biawak' (bergurau bodoh), buli, hingga sampai ke tahap samseng berlaku di sekolah2 dalam negara kita hari ini.
SEOLAH-OLAH SAHLAN DIBULI MURID LAIN YANG DIGELAR GIANT!
kalau melihat kepada kes Sahlan tadi, mungkin kita boleh kategorikan kes tu sebagai menyakat atau bergurau 'biawak'. bergurau sehingga menyebabkan orang susah hati. tetapi ada lagi kes2 yang lebih dahsyat dan teruk sehinggakan yang terbaru kita dengar seorang guru perempuan ditumbuk oleh pelajarnya sehingga patah hidung di negeri sebelah utara tanah air.
mengapa perkara seperti ini berlaku dikalangan pelajar kita pada hari ini? siapakah yang bersalah dalam hal ini? adakah kesalahan patut diletakkan kepada institusi guru yang tidak dapat mengajar akhlak dan budi bahasa dikalangan pelajar? atau ibu bapa yang perlu dipersalahkan kerana tidak pandai mendidik anak-anak? atau anak-anak sendiri yang terlalu nakal dan degil? atau disebabkan pengaruh persekitaran dan media massa yang seolah2 begitu bebas tanpa had?
pada pandangan saya, semua jawapan di atas adalah betul. kita semua bertanggungjawab ke atas setiap salah laku yang terjadi dikalangan pelajar2. guru bersalah kerana tidak dapat menumpukan kepada pembentukan akhlak dan sakhsiah diri yang baik ke dalam jiwa pelajar. ibu bapa juga bersalah kerana menyerahkan tanggungjawab mendidik anak2 100% peratus di bahu para guru. pelajar terbabit juga bersalah kerana tidak dapat mengawal diri dan kelakuan hingga berlaku biadap dan samseng. suasana persekitaran dan media massa juga perlu dipersalahkan kerana menyediakan contoh model hidup yang bersifat kontra dengan model mulia yang diinginkan dan diimpikan semua.
saya mengambil sikap dan tanggungjawab secara holistik dalam usaha mencari punca ataupun berlakunya faktor salahlaku pelajar dan dalam masa yang sama cuba memberi sedikit cadangan mengatasi masalah tersebut. kita tidak perlu menyalahkan pihak2 tertentu sahaja di atas kegagalan pembentukan sakhsiah diri yang mulia dikalangan pelajar. sebaliknya, setiap orang menyumbang kepada keruntuhan sivik dan akhlak dikalangan pelajar hari ini.
justeru itu, semua pihak perlu sedar bahawa mereka sama-sama memikul satu amanah mulia iaitu menyediakan satu generasi yang baik, berpelajaran tinggi, beradab, berpekerti mulia dan berani menghadapi apa saja cabaran dalam usaha mengharungi hidup yang semakin mencabar.
para guru tidak boleh hanya menitikberatkan persoalan akademik ke dalam diri pelajar. jangan jadikan pelajar seolah2 seekor lembu yang diberi makan rumput sebanyak2nya. kemudian bila tiba hari raya Haji atau masa2 tertentu lembu tersebut disembelih untuk dimakan dagingnya. sebaliknya para juga perlu juga menyentuh mengenai aspek nilai, akhlak dan moral ketika mengadakan sesi P&P. ini bukan tertakluk kepada guru yang mengajar subjek Agama, atau moral atau kesedaran sivik saja. tetapi setiap guru hatta yang mengajar matematik perlu mengaitkan pelajaran yang diajar dengan nilai2 akhlak dan sakhsiah diri yang mulia.
ibu bapa pula hendaklah mengetahui setiap perkembangan aktiviti anak2. mereka tidak boleh melepaskan begitu saja anak2 mereka ke sekolah seperti seorang pengembala melepaskan kambing2nya meragut rumput di padang yang luas. mungkin disana terdapat harimau yang sedang menunggu korban kambing untuk dijadikan santapan. maka, para ibu bapa perlu memantau anak2 mereka, sentiasa mengambil tahu mengenai pelajaran anak2, dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka belajar di sekolah dan apa yang mereka buat di sekolah, supaya dengan itu dapat mengetahui aktiviti sebenar anak mereka, dan dalam masa yang sama menambahkan lagi perasaan kasih sayang sesama keluarga.
diri pelajar itu merupakan nukleus atau pusat kepada permasalahan ini. maka mereka perlu berusaha mengenal siapa diri mereka? apa tujuan mereka dihidupkan di dunia ini? dan selepas ini ke mana arah tuju mereka? (arah tuju pendek, di dunia, dan arah tuju panjang, di akhirat). apabila mereka sedar mengenai perkara2 asas ini, maka Insya Allah kenakalan dan kedegilan mereka tidak akan berpanjangan.
pengaruh persekitaran dan media yang terlalu bebas juga menjadi penyumbang kepada gejala ini semakin menular dan membarah. persekitaran yang meliputi kawan2, jiran, komuniti, masyarakat perlu bersikap proaktif di dalam membantu dan menegur salah laku pelajar. pepatah ' jangan jaga tepi kain orang' tidak perlu diikut jika berhadapan dengan situasi salah laku pelajar yang semakin meruncing. lebih baik jaga tepi kain orang jangan bagi terlondeh sebelum kain kita sendiri dirombak oleh mereka. lebih baik ambil cakna masalah pelajar hari ini, sebelum diri kita, keluarga kita dan juga anak-beranak kita sendiri terlibat dengan kegiatan salah laku pelajar.
manakala media pula patut dikawal agar ianya tidak terlalu angkuh melebarkan rakaman2, video2, tatapan umum yang boleh mempengaruhi akhlak pelajar dari yang baik menjadi buruk. cerita2 di suratkhabar, internet, tv, filem perlu ditapis agar ianya tidak terlalu menyiarkan aksi2 seks, jenayah, salahlaku masayarakat yang dalam diam berjaya ditiru oleh anak2 kita. sebaliknya siarkanlah cerita2 dan berita2 yang boelh menjadi motivasi dan pembakar semangat manusia untuk menjadi leb ih berjaya dan lebih maju dalam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment