Saturday, April 23, 2011

POCO2

MAJLIS FATWA NEGERI PERAK tetap memutuskan tarian poco2 adalah HARAM. manakala keputusan MAJLIS FATWA KEBANGSAAN pula mengatakan tarian tersebut adalah harus. 

implikasi bagi 2 keputusan yang berbeza ini adalah sangat besar. pertamanya bagaimana dalam sebuah negara yang mendakwa sebagai negara Islam boleh mengeluarkan 2 fatwa yang sangat berbeza dan berlawanan, satu kata harus dan satu lagi kata haram. 

kedua, apakah tanggapan masayarakat bukan Islam apabila mengetahui 2 keputusan yang berbeza ini? mungkin mereka merasakan bahawa hukum dalam agama Islam ini macam kartun boleh berubah2 walaupun dalam negara yang sama, masyarakat sama. 

ketiga, dimana kredibiliti semua mufti di Malaysia ini sekiranya tidak dapat memberikan kata putus yang sama dalam sesuatu masalah atau isu, e.g. tarian poco2 ini. mengapa tidak boleh dikeluarkan fatwa secara bersama, setelah dilakukan kajian bersama2, meneliti definisi, corak serta kesan sesuatu isu ke atas umat Islam di Malaysia ini.  

seolah2 tidak berlaku ijmak 'ulama dalam memberikan jawapan kepada isu ini. dimana pelaksaan ijmak dan qiyas yang digariskan oleh para salafussoleh terdahulu dalam mencari jawapan hukum bagi persoalan baru yang tiada di zaman Rasulullah dan para Sahabat. 

memang benar umat Islam berpecah. salah satu isu perpecahan yang jelas nampak sekarang ini adalah dalam keputusan isu poco2 ini. 

pandangan peribadiku, kalau namanya tarian, dilakukan dengan berlatar muzik dangdut yang melalikan, bercampur antara lelaki dan perempuan, terdapat juga mereka yang tidak menutup aurat, maka itu adalah perbuatan HARAM. 

bukan saja poco2, malah apa saja jenis tarian yang berciri seperti di atas maka ia adalah HARAM. kalau kata senaman, kenapa perlu bercampur lelaki dengan perempuan. kemudian, menari dengan melenggok2kan badan, nampak batas2 aurat yang wajib dipelihara maka ia adalah HARAM. 

bila ada sesi tarian/senaman poco2 ini, aku lebih rela bersendirian, meninggalkan mereka yang lalai dan ditipu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...