Friday, November 30, 2012

MISTERI...

aku baru saja balik dari melihat sendiri tempat di Palekbang, Tumpat Kelantan yang dikatakan ada kubu Jepun yang sangat misteri. sampai disana dalam pukul 5.20 petang, malangnya dah tak boleh masuk sampai ke dalam lagi. Polis dah buat line kuning tak bagi lintas selepas daripada tu. 
















Kenyataan rasmi berkenaan kesahihan perkara ini belum diumumkan lagi. tapi dari cerita yang aku dengar sendiri dari orang kampung Palekbang yang ada di situ, mengatakan kubu ini sangat dalam dan luas. didalamnya dikatakan ada menyimpan bijih timah dan hasil galian lain. tak kurang juga yang menyatakan bahawa ada bom di dalam kubu tersebut. namun, kesahihan berita2 tersebut belum dapat dipastikan lagi. 

Tapi, kalau berdasarkan pengawasan yang rapi dilakukan pihak berkuasa, berkemungkinan besar memang ada sesuatu yang misteri di dalam kubu tersebut. samada misteri tersebut bakal membawa kekayaan atau kemusnahan kepada bumi Kelantan, itu WALLAHU 'ALAM...

MISTERI memang MISTERI...  

kehidupan ini sangat misteri. misteri di masa lampau, misteri hari ini dan sudah tentu misteri di masa akan datang. segalanya penuh dengan misteri. misteri di zaman dahulu ketika mana banyak lagi perkara atau orang atau binatang atau benda yang kita tidak tahu hari ini. samada ianya tersembunyi dengan sendiri, atau disembunyikan pihak2 tertentu. 

hari ini juga misteri. kerana kita tidak tahu apa akan berlaku kepada kita hari ini, setakat mana rezeki kita, perkara yang kita lakukan adakah ianya menjadi 'pahala' atau 'dosa'? 

apa lagi di masa depan. memang sangat2 misteri. kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita selepas ini. apa yang akan terjadi kepada kita sejam lagi, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya. walaupun kita merancang dengan penuh teliti untuk melakukan program hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, tapi yang menentukan samada perancangan kita itu benar2 terlaksana atau tidak adalah ALLAH. 

kita tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa perancangan kita tetap akan berjaya. sebaliknya ucaplah IN SHAA ALLAH... jika ALLAH izinkan akan dapat melakukannya. 

Tuesday, November 6, 2012

MEJA TENGGEK

meja tenggek disediakan bukan untuk bertenggek diatasnya. sebaliknya hanyalah sebagai tempat bersandar pengawas sambil memerhati calon menjawab soalan supaya tidak timbul sebarang masalah. 

meja tenggek sangat popular di musim peperiksaan seperti hari ini. ia disediakan oleh pihak sekolah kepada pengawas yang mengawas peperiksaan murid @ pelajar2 mereka. walaupun masa menjawab sesebuah kertas agak lama, ada yang 2 jam, 2 jam setengah, malah 3 jam pun ada, tapi para pengawas tetap berada disitu. 

pengawas juga memainkan peranan serba sedikit dalam melicinkan proses peperiksaan dan seterusnya menjadi salah satu asbab kejayaan murid @pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 

kembali kepada meja tenggek, ia seperti tempat sang helang memerhati ke bawah untuk mencari mangsa. tapi meja tenggek sasaran pengawas bersandar sambil memerhati kalau2 ada murid @ pelajar yang ada masalah atau persoalan ketika menjawab soalan peperiksaan. 

SELAMAT MENEMPUH SPM PELAJAR2 MALAYSIA SELURUHNYA!

Tuesday, October 9, 2012

MARAH

dlm hidup ini kita pasti pernah memarahi dan dimarahi orang. perasaan marah adalah lumrah dalam diri manusia. sesiapa saja saja pernah marah dan juga dimarahi hatta Nabi Muhammad insan yang paling sempurna juga pernah marah dan dimarahi. 

sekiranya kita dimarahi kerana ingin menegakkan kebenaran dan keadilan, maka itu adalah satu keadaan yang terpuji. kerana Bagunda sendiri pernah dimarahi kerana ingin menyebarkan dakwah islamiyyah kepada masyarakat Quraisy. kemarahan kafir Quraisy kepada Baginda bukan setakat marah biasa saja. malah hingga ke peringkat ancaman dan cubaan bunuh ke atas diri Baginda. namun Bgainda tetap istiqamah dan bersabar dalam menyampaikan dakwahnya. 

akan tetapi, amat malanglah sekiranya kita dimarahi orang kerana kita melakukan kesilapan yang menyebabkan orang lain berasa susah kerana kita. orang lain marah kepada kita atas sebab2 yg munasabah umpamanya kita melanggar peraturan2 atau undang2 yang telah ditetapkan. ataupun lita memberatkan seseorang dengan tanggungjawab atau tugas yang sepatutnya diberikan kepada orang lain yang mana sepatutnya orang yang diberi tugas tadi melakukan kerja lain yang sememangnya dia ditugaskan untuk melakukan tugas tersebut. 

ada sesetengah manusia suka mengambil jalan mudah atau short cut untuk menyelesaikan atau memudahkan kerjanya sehinggakan mengambil tindakan yang menyusahkan orang lain pula. tindakannya itu tidak menyelesaikan sedikitpun masalah bahkan hanya memindahkan masalahnya kepada orang lain. dengan erti kata lain, masalahnya selesai, tetapi orang lain pula terpaksa memikul masalah lain disebabkan tindakannya itu. 

orang sebegini bolehlah disifatkan sebagai individualistik, hanya mememntingkan dirinya sendiri dan tidak fikir pun kesan tindakannya kepada orang lain. orang sebgini juga boleh ditafsirkan sebagai orang yang tidak ada semangat kerjasama dan setiakawan dalam urusan kerja dan pergaulan sosial. seolah2 masalah mereka saja yang perlu diselesaikan, sedangkan masalah lain dipejam mata sahaja.      

Saturday, October 6, 2012

WONDER

bila melihat post kawan2 dlm fb yang memberitahu baru saja selesai melakukan sesuatu tugas yg baik, hatiku jd tertanya2 ikhlaskah amalannya itu? kenapa sampai kena beritahu orang lain yg kita baru saja selesai membuat sesuatu perkara yang baik? kalau beritahu isi kebaikan itu atau dorongan kepada orang lain untuk melakukannya, hatiku boleh terima lagi. tp bila disebut amalan kita, seolah2 menzahirkan diri yg riak dan sombong dengan sesuatu amalan yg kdg2 bukan semua orang melakukannya. 

sebagai contoh seorang kenalan memberitahu: "aku baru saja selesai menyampaikan khutbah jumaat di masjid sekian sekian... ' hatiku terus terlintas persoalan ikhlaskah dia buat begitu? walaupun mungkin empunya badan benar2 ikhlas melakukannya, tapi hatiku tetap terkeliru. 

persoalan ikhlas memang susah untuk dilaksanakan. seseorang itu tidak kira tahap pendidikannya, samada tinggi atau rendah bukanlah tiket untuk mengatakan kerjanya benar2 ikhlas kerana Allah. kerana kadang2 jarum iblis telah masuk dengan mewujudkan perasaan riak, sum'ah dan takabbur serta sifat2 mazmumah yg lain. 

 

Thursday, September 27, 2012

hari ini kenapa aku jadi xdok 'modal' bagi tazkirah kepada murid2 tahun 6. masa yg diberikan kepadaku selama 45 minit. tapi aku hanya mampu memberikan tazkirah selama 30 minit. selebihnya aku termenung mencari idea untuk disampaikan. namun tidak kesampaian juga idea itu. hinggakan aku terpaksa bermain teka-teki dengan murid2 untuk menghabiskan masa yang ada. 

adakah kerana aku kurang membuat persediaan untuk memberikan tazkirah? atau aku tidak selesa dengan cara penyampaian tazkirah sambil berdiri dan bergerak kesana ke mari? ataupun aku terganggu dengan telatah murid2 yang dah sejam berada di dalam dewan mendengar ceramah dari doktor? atau kerana aku terlalu letih sebab baru lepas tampal doa masuk dan keluar tandas di 13 buah tandas di sekolah? 

entahlah... aku pun tak tahu mana satu sebabnya. WALLAHUA'LAM.. 


Monday, September 24, 2012

MALANG

kereta aku masuk wad hari ni. eksiden dah seminggu, tp sbb nak claim insuran pun kena bayar sendiri plk lps tu, jadi aku ambik keputusan baiki dengan bengkel kereta biasa je. tukar bumper dan ketok bonet. lepas tu kena cat balik. habis la dalam *rm800 jugak. 

baru nak masuk gaji esok, dah kena keluar kat kereta. inilah risikonya pakai kereta ni. bila dah rosak atau eksiden, bukan puluh2 habis kena baiki. tapi kena bayar ratus2, ataupun kalau malang lagi kena ribu2 habis duit. kalau macam ni sokmo, memang pokai la... gaji besar pun x boleh simpan lagi duit. kena perabih utk benda2 luar jangka macam ni. 

aku rasa la aku ni kalau time suntuk duit nak guna mesti ada terlibat dengan eksiden la, bini masuk wad la, anak pun masuk wad la, maknanya benda2 yg diluar jangka ni menyebabkan lari budget bulanan aku. acu je nak simpan duit, mesti ada berlaku benda2 yg diluar jangka. agak2 la org lain pun mcm aku juga ke nasibnya??? 

Saturday, August 11, 2012

MENCARI LAILATUL QADAR

hari ni dah masuk 22 hari kita berpuasa. bermakna ada lebih kurang seminggu lagi kita berada di bulan yang penuh keberkatan ini. pada hari2 akhir begini Rasulullah ada menyatakan kepada kita tentang satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di dalam al-Qur'an juga ada disebutkan secara jelas tentang malam ini iaitu di dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5. 

Malam lailatul Qadr yang mana ianya merupakan malam yang penuh keberkatan dan lebih baik dari seribu bulan disediakan khusus oleh Allah S.W.T. kepada kita untuk meraihnya. Allah .S.W.T. menjanjikan kelebihan pada malam tersebut dengan leibh baik dari seribu bulan atau bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. bermakna kalau kita beribadat pada malam tersebut, ganjaran pahala yang Allah sediakan kepada kita adalah lebih dari kita mengerjakan ibadah selama 83 tahun. 

malam itu tidak dinyatakan khusus bial ia akan berlaku. cuma terdapat dalam sesetengah riwayat menagatakan Rasulullah menyuruh kita melipatgandakan ibadah pada sepuluh malam terakhir. ada juga riwayat yang menyatakan dengan jelas malam lailatul qadr iaitu pada malam 27. 

walaubagaimanapun, kita sebagai orang Islam tidak boleh mengkhususkan amal ibadat kita pada malam2 tertentu sahaja. seboleh2nya sepanjang bulan Ramadhan ini kita melipatgandakan amal ibadat kepada Allah .S.W.T. kerana kita beribadah ikhlas kerana Allah bukan kerana bulan Ramadhan atau kerana malam lailatul qadr. 

itulah hikmah mengapa Allah sembunyikan tarikh dan masa sebenar malam lailatul qadr setiap tahun. supaya kita tidak menumpukan hanya pada malam itu sahaja untuk beribadah. sehinggakan kita menjadi hamba Allah yang malas untuk melakukan amal ibadah. sebailiknya kita perlu sentiasa memperbanyakkan amal ibadah terutamanya pada bulan Ramadhan ini kerana ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah kepada orang yang beribadah kepadaNya adalah teramat besar pada bulan ini. 

Justeru itu, carilah malam lailatul qadr itu dengan melakukan amal ibadah sebanyak2nya. jangan hiraukan sebarang tanda atau alamat lailatul qadr yang sering diperkatakan orang. sebaliknya carilah tanda keikhlasan kita beribadah kepadaNya. INSYA ALLAH, dengan berkat kesungguhan dan komitmen kita dalam beribadah kepada Allah, kita akan peroleh lailatul qadr dan diberikan darjat yang tinggi disisi Allah S.W.T. 


Friday, June 29, 2012

ASSALAAMU'ALAIKUM

dekat sini masalah broadband sgt teruk. so, x boleh nak sentiasa update blog ni dan juga masuk ke web2 atau blog2 lain. very frustrated and disappointed!

hidup dipenuhi stress!!!

di sekolah stress dgn anak murid, di jalan raya stress dgn traffic jem, di rumah stress dgn keluarga, di mana dan bila2 saja ada stress. kerana kita lahir pun dalam keadaan stress. macamana seorang ibu terlalu stress ketika nak melahirkan kita. dengan kesakitan dan kepedihan akhirnya lahirlah kita ke dunia ini.

namun, AWAS! jgn sampai stress menyebabkan anda mengambil tindakan bodoh dan gila, jgn jd gila! amalkan 3 s, 1 i:

1) SENYUM
2) SABAR
3) SELAWAT
4) ISTIGHFAR

INSYA ALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT!

Wednesday, May 16, 2012

HARI GURU 2012


assalamualaikum...


selamat hari guru kepada semua insan yang pernah bergelar guru. samada guru kepada murid2 di sekolah, atau guru kepada anak2 dan saudara mara. 

jasa guru amat besar. guru yang mengajar kita erti kehidupan. mengenal baca dan tulis dari alif, ba, ta, 1,2,3, a,b,c, hingga kita dewasa dan memiliki banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. ada orang ilmunya tinggi menggunung, ada orang ilmunya hanya separas dada bangau. namun, semuanya bermula dengan asas yang sama. 

guru banyak berkorban kepada muridnya. ada guru yang sanggup menahan kelaparan, kehausan, keletihan dan juga kesakitan demi memberikan ilmu kepada muridnya. ada guru yang sanggup berkorban tenaga, minda, harta benda dan malah nyawa demi menyampaikan ilmu kepada muridnya. ada guru yang tidak sedar bahawa dia ada anak2 sendiri yang perlu diajar dan dididik lantaran terlalu obses dengan pengajaran terhadap muridnya. 

guru yang ikhlas tidak mengharapkan apa2 balasan dari muridnya. dia hanya mengharapakan keredhaan Allah .SW.T. dia berusaha sepenuh daya dan usaha untuk melihat muridnya berjaya di akhirat dan juga di dunia. guru sebenar adalah guru yang lebih mementingkan aspek keakhiratan muridnya dari aspek keduniaan yang bakal fana. 

kerjaya guru banyak juga cabarannya. cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. ada guru yang dicabar dengan tingkah laku muridnya yang bermasalah. masalah dari segi disiplin, akhlak, perangai, pekerti, adab dan perilaku. ada guru yang dicabar dengan keadaan muridnya yang terlalu lemah, daif, OKU, naif, pasif dan pessimis. ada guru dicabar dengan persekitaran tempat kerja yang bermasalah. masalah dengan pihak pentadbir dan pihak atasan, masalah rakan2 guru lain yang busuk hati dan dengki, masalah ibubapa yang terlalu sayangkan anak sehinggakan tindakan guru keatas anaknya sering disalah erti. 

justeru, guru perlu sentiasa bersabar. mental perlu sentiasa kuat dan bersedia menghadapi apa saja kemungkinan. ilmu perguruan perlu sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan. sunnah nabi S.A.W. dalam mendidik perlu sentiasa diamalkan. 

SELAMAT HARI GURU! 

Monday, March 12, 2012

NAK MENGUMPAT LAGI KE?

Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(AL-HUJURAAT : 12)

dalam ayat di atas Allah S.W.T melarang orang2 yg beriman dari suka membuat sangkaan2, mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan mengumpat orang lain. 

ketiga2 perbuatan diatas memang amat disukai oleh sebahagian besar umat Islam. seolah2 hidup kurang serinya jika tidak melakukan ketiga2 atau salah satu perbuatan itu. 

disini, saya ingin fokuskan kepada persoalan untuk perkara yang ketiga; iaitu perbuatan suka mengumpat. Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim)http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/11/bahaya-mengumpat.html
.mengumpat ni bererti kita menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai oleh orang yang kita katakan itu walaupun ianya adalah benar. 

Thursday, February 9, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


Bulan ini adalah bulan Rabi'ul Awwal, bulan dimana Allah S.W.T. membangkitkan seorang Rasul mulia untuk memimpin ummat manusia. Manusia itu bernama Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttalib. 

manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T dari kalangan berbillion-bilion manusia yang dijadikanNya dan diangkatnya menjadi kekasihNya. Rasulullah SA.W. sememangnya merupakan mausia agung yang mempunyai sifat2 mulai serat berperibadi tinggi sesuai dijadikan Allah sebagai contoh ikutan oleh seluruh manusia di dunia ini. 

ketika mana Sayyidatina Aisyah ditanya mengenai akhlak Baginda, maka beliau menjawab :"kana khuluquhu al-qur'an". bermaksud akhlaq Rasulullah itu amat sempurna sebagaimana sempurnanya al-Qur'an sebagai wahyu daripada Allah S.W.T. 

Alangkah bahagianya orang2 yang pernah berada bersama baginda iaitu para sahabat Radiyallahu 'anhum kerana dapat menatap wajah dan tubuh badan fizikal baginda, dapat mendengar sendiri mutiara wahyu yang terbit dari mulut baginda, dapat merasai sendiri saat2 gembira dan duka bersama2 baginda. 

begitu juga amat beruntung mereka yang diizinkan Allah S.W.T. bertemu dengan baginda dalam mimpi, dapat melihat dan bercakap dengan baginda. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...