Monday, November 16, 2009

ADA APA DENGAN 2012.....


2012. Apa istimewanya berbanding tahun-tahun yang lain??? tahun ini dikatakan bakal berlakunya kiamat, sebagaimana yang digambarkan dalam filem hollywood terbaru, 2012. apakah ini benar-benar akan berlaku???



mengikut kalendar kaum Mayan dunia akan berakhir pada 26 Disember 2012. bermakna usia dunia hanya ada 2 tahun lebih saja lagi. selepas itu segala-galanya akan hancur.

Kita sebagai orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan ramalan sebegini. apatah lagi ianya datang dari sumber yang diragui dan tidak Islamik. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak diberitahu oleh Allah S.W.T. bila akan berlakunya hari Kiamat. inikan pula pendapat kaum mayan yang tidak beragama Islam boleh saja ditolak ketepi dan dibuang jauh-jauh.

Sebagai orang Islam kita wajib percaya bahawa dunia pada satu hari nanti akan berakhir. dunia akan kiamat dan kita semua akan dibangkitkan semula oleh Allah S.W.T. Ketika itu semua manusia dalam keadaan terpinga-pinga dan mereka yang sebelum ini kufur dan tidak percaya kepada Allah akan percaya, tetapi pada masa itu nilai keimanan tidak berguna lagi. Hari itu adalah hari pembalasan, hari dimana manusia yang soleh akan menerima ganjaran nikmat daripada Allah dan barangsiapa yang berbuat dosa di dunia akan diazab dengan azab yang pedih.

Allah S.W.T. tidak memberitahu kepada kita akan tarikh kedatangan hari kiamat itu pasti ada tersembunyi hikmah-hikmahnya. Antaranya Allah S.W.T. mahu kita manusia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan soleh dengan melakukan amal-amal ibadah seikhlas hati. Allah sengaja menyembunyikan tarikh hari kiamat kepada kita supaya kita berterusan mengerjakan ibadah kepadaNya dan tidak menunggu pada hari tertentu sahaja.

perlu diingat juga, disana terdapat satu lagi kiamat yang dinamakan sebagai kiamat kecil. apa itu kiamat kecil? kiamat kecil itu terjadi bilamana nyawa yang Allah kurniakan kepada kita ini akan diambil kembali. ketika itu terputuslah segala hubungan kita dengan dunia ini.... ayah akan meninggalkan anak dan isteri, isteri akan meninggalkan suami dan anak, anak akan meninggalkan ayah dan ibu.... dan yang pasti kita akan meninggalkan segala harta benda dunia dan segala macam kenikmatan didalamnya.

Justeru itu, bersiap siagalah setiap masa untuk menyambut kehadiran kiamat... tidak kiralah samada kiamat kecil atau kiamat besar, ia tetap akan menjelma di hadapan kita. hanya orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh sahaja yang dapat menyelamatkan diri dari balasan azab sengsara yang disediakan Allah di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...