Monday, February 14, 2011

KELAHIRAN YANG MULIA

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua umat Islam. Bagi mereka yang bukan beragama Islam juga perlu tahu bahawa tarikh 12 Rabi'ul awwal merupakan tarikh yang amat penting kepada umat Islam. 

Rasulullah telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu. Baginda yang terkenal dengan gelaran al-Amin merupakan insan yang paling agung dan paling baik dimuka bumi Allah ini. Bagindalah satu2nya insan yang paling sempurna di kalangan manusia2 yang lain. Allah dam para Malaikat sentiasa berselawat kepada Baginda, maka kita sebagai umat Islam juga perlu sentiasa berselawat kepadanya. 

Al-Amin merupakan satu gelaran yang bukan calang2 orang mendapatnya. Membawa maksud yang amanah, atau yang jujur, atau dalam bahasa kontemporari yang paling berakauntabiliti. Masyarakat Arab jahiliyyah begitu mempercayai baginda lantaran sifat amanahnya terlalu tinggi. Masyarakat Arab jahiliyyah sentiasa meninggalkan barang2 mereka kepada Baginda untuk menjaganya kerana mereka tahu bahawa Baginda amat jujur dalam menjaga amanah yang ditinggalkan. 

Ironinya, apabila sahaja Baginda menyeru masyarakat Arab jahiliyyah supaya menyembah Allah S.W.T. yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan batu2 berhala yang tidak bernyawa, mereka dengan keras menentang sepenuhnya seruan yang dibawa Baginda. Dalam masa yang sama mereka masih lagi mengharapkan Baginda supaya menjaga barangan mereka tatkala mereka berpergian, tapi serentak dengan itu seruan Islam ditolak mentah2 oleh mereka yang keras hati mereka melebihi kerasnya batu kerikil. 

Anehnya sikap manusia, dalam perkara material atau fizikal mereka dapat memberikan kepercayaan 100% kepada Baginda untuk menjaganya. Tetapi apabila baginda mengajak ke arah mengesakan Tuhan i.e. Allah, mereka menolak ajakan tersebut dengan keras. Gelaran al-Amin itupun mereka yang berikan kepada Baginda. Bukan Baginda minta mereka supaya memberikan gelaran tersebut. Tetapi itulah sifat manusia yang telah ditutup pintu hati mereka untuk menerima seruan Islam. wal 'iya zubilLahi min zalik!



Baginda juga amat mengasihi umatnya. Ketika mana Baginda berada diambang maut, masih sempat lagi mulut Baginda mengucapkan "Ummati! Ummati!" yang bermaksud "Umatku! Umatku!" Kitalah yang termasuk dikalangan umat Baginda. kita yang tak pernah dilihat Baginda, dan kita pun tidak pernah melihat Baginda, tetapi kita inilah antara manusia yang dikasihi oleh Baginda. Walaupun nyawa Baginda sudah berada dihujung rambut, tetapi nasib dan masa depan ummatnya tak lekang dari ingatannya. begitulah sang kekasih yang amat mengasihi kekasih-kekasihnya yang begitu ramai di dunia ini. 

Apa pula yang dirasai oleh umat Baginda yang sebegini ramai ini??? Apakah kita semua juga mengasihi Baginda sebagaimana Baginda mengasihi kita??? 

Memang ada yang benar2 kasih dan cinta kepada Baginda. Tetapi ramai juga dikalangan manusia yang bersikap tidak mengenang budi dan kasih Baginda kepada kita. Ada juga yang mengucapkan kasih, cinta kepada Baginda dengan ucapan kata2 dan berselawat dibulan ini saja. Tetapi amalan mereka kebanyakkannya bertentangan dengan Sunnah baginda dan apa yang disukai Baginda. 

Seolah2 cinta Baginda terhadap kita tidak terbalas. Baginda terlalu menyayangi kita, tetapi kita bukan setakat tidak menghiraukan Sunnah Baginda, malah menghina dan membelakangkannya. Inikah caranya kita menunjukkan kecintaan terhadap Baginda??? 

2 perkara utama yang ditinggalkan Baginda kepada kita; Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Apakah kita hidup hari ini berpandukan 2 panduan atau rujukan tersebut??? Ternyata kita banyak menggunakan akal fikiran manusia lain dan sistem hidup yang bukannya lahir dari 2 sumber utuh di atas. Bolehkah kita mendakwa bahawa kita amat mencintai Baginda sedangkan pada masa sama kita meminggirkan 2 Pusaka Agung tersebut??? 

Wallahu a'lam! Sampai bila perkara ini akan berterusan, dan bila agaknya manusia akan kembali berpegang kepada al-Qur'an dan al-sunnah dalam segenap urusan mereka di dunia ini.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...