Sunday, February 13, 2011

SAY NO TO VALENTINE'S DAY


valentine's day sering disambut oleh pasangan yang bercinta pada setiap 14 februari. pada hari tersebut, biasanya bunga2 ros di kedai akan habis dijual, walau dijual dengan harga yang tinggi kepada pasangan yang sedang bercinta untuk diberikan kepada kekasih masing2. 

fenomena ini semakin tahun semakin merebak, berkembang dan melata bukan saja kepada mereka yang beragama kristian. malah tidak pelik hari ini mereka yang buka beragama kristian juga menyambut valentine's day. ini termasuk mereka yang mengaku beragama Islam sendiri sanggup dan berani menyambutnya samada secara sembunyi2 atau secara terang2an. 

jika ditelusuri sejarah perayaan ini di sini kita akan dapati beberapa perkara yang dengan jelas bertentangan dengan aqidah umat islam. antaranya org2 rom purbakala merayakan valentine sebagai upacara penyembahan tuhan2 mereka. bagi masyarakat kristian pula, mereka menyambutnya sebagai meraikan pengorbanan yang dilakukan oleh paderi mereka, saint Valentino terhadap kekasihnya. 

lingkaran sejarah ini tidak ada sangkut paut dengan ajaran Islam. malah ia datangnya dari dogma dan ajaran lain iaitu rom purba dan kristian. maka sebagai umat Islam kita tidak boleh menyambut hari valentine ini kerana ditakuti kita redha dengan kepercayaan sesat dan mengarut dan kita membenarkan kepercayaan mereka dengan cara kita juga menyambutnya. 

perlu diingat ada juga dikalangan masyarakat Islam yang sudah berkahwin juga menyambut hari valentine ini dengan memberi hadiah kepada pasangan masing2. mereka beranggapan tindakan mereka itu tidak salah kerana mereka sudah berkahwin. mereka lupa bahawa persoalan pokok kepada valentine's day ini adalah mengenai asal atau asas perayaan atau sambutan ini diadakan. kalau sudah jelas ianya menyimpang dari ajaran Islam, maka kita tidak boleh merayakannya juga. maksud sabda nabi Muhammad S.A.W. : "Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.    

Justeru itu, walaupun kita sudah berkahwin kita tidak boleh walaupun dengan hanya menyebut perkataan valentine kepada pasangan kita. sesuatu perkara yang tidak ada asasnya dalam ajaran Islam perlu diselidiki dan diperincikan terlebih dahulu supaya kita tidak tersesat dengan permainan musuh2 Islam yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan umat Islam. 

sebenarnya, di dalam Islam kasih sayang itu bukan hanya pada hari2 tertentu sahaja. sebaliknya setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun adalah hari untuk berkasih sayang. kita berkasih sayang kepada Allah S.W.T., kasih sayang kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W., kasih kepada ibu bapa, kasih kepada suami @ isteri, kasih kepada anak2, kasih sesama saudara Islam kita. kasih sayang ini tidak ada had hari dan masanya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”. di dalam hadith yang lain Baginda menyebut: "3 perkara yang ada pada seseorang itu akan dapati kemanisan Imaan; 1) dia mengasihi Allah dan Rasulnya melebihi yang lain....")
  begitulah betapa universalnya ajaran Islam. islam tidak membataskan soal kasih sayang hanya pada hari2 tertentu sahaja. sebaliknya konsep Ukhuwwah Islamiyyah itu begitu luas dan melangkaui sempadan bangsa, bahasa, warna kulit, budaya dan adat. oleh itu, mengapa kita tergamak mengambil ajaran lain untuk diamalkan dan meninggalkan hak kita yang ternyata lebih mulia dan lebih baik. WALLAHU A'LAM...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...