Sunday, February 20, 2011

SAUDARAKU DI SANA...

Semalam Selatan Thai bermandi darah lagi. 15 orang cedera dalam letupan bom kereta di Narathiwat. Bila sebut Narathiwat teringat kepada saudara mara yang berada disana. Ada ramai juga anak beranak sebelah ayah yang tinggal di sana. Ada pak sedara, mak sedara, sepupu, anak sepupu dan cucu sepupu menetap dan tinggal disana. Asalnya datuk saya kahwin dengan orang sana sorang, jadi keturunan dari belah nenek kat sanalah yang banyak tinggal disana. 

Walaupun berlainan negara, tapi kitorang agak rapat juga. Terutamanya bila dah dewasa ni. Semasa saya berumur awal 20-an dulu kerap juga ke sana berjumpa dengan anak beranak. Tapi semenjak 10 tahun kebelakangan ni sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Walhal, keluarga sebelah sana acap kali juga menziarahi kami di Malay ni. Tapi disebabkan pergolakan politik dan agama disana, menyebabkan saya menjadi tidak berani untuk menyeberang kesana. Takut silap haribulan diri sendiri menjadi mangsa letupan bom macam yang berlaku semalam.  


Mengapakah nasib umat Islam di 3 daerah yang majoriti penduduknya beragama Islam iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani begitu kelam dan hitam. Mengikut cerita saudara mara yang datang berziarah ke Kelantan ni, mereka berada dalam ketakutan, terutamanya pada waktu malam. Mereka tidak berani keluar rumah berjalan2 kerana takut dipukul atau ditembak. Kadang2 askar2 Thailand masuk sampai ke dalam rumah mencari orang yang dikehendaki mereka.

Sudah berapa ramai nyawa yang menjadi korban akibat pergolakan yang belum menunjukkan tanda noktah ini. Rakyat Thailand sama ada yang beragama Islam atau Buddha bergilir mati dibunuh dengan ditembak, atau dipukul, atau ditetak. 

Mengikut cerita yang disampaikan oleh sanak saudara yang berkunjung ke Kelantan ni, punca berlakunya pergolakan tersebut semasa zaman pemerintahan Thaksin adalah disebabkan askar2 Thailand sengaja melakukan huru-hara untuk mendapatkan elaun khas berlaku kekacauan. Jadi mereka sengaja membuat onar supaya Thaksin menghulurkan wang kepada mereka atas nama bantuan semasa darurat. Sama ada betul atau tidak berita ni Wallahu a'lam...

Tetapi yang musykilnya, selepas kejatuhan pemerintahan Thaksin, pergolakan ini berterusan hingga ke hari ini. Apakah motif yang sama masih lagi menjadi tujuan pergolakan ini? Atau ianya ada kaitan dengan Gerakan Pemisah Selatan Thai (PULO)? Wallahu a'lam... 

Walau apapun motifnya, yang menjadi mangsa dan korbannya adalah rakyat jelata. Para pemimpin dan pengatur rancangan yang berada di atas tidak tergugat. Tetapi rakyat ada yang mati terkorban akibat tembakan atau letupan bom. 

Terutama sekali kepada rakyat Thailand yang beragama Islam, yang ada pertalian darah dengan rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan. Bukan keluarga saya sahaja yang ada pertalian keluarga dengan masyarakt Islam disana, tetapi masih ramai lagi rakyat Kelantan yang juga bersaudara dengan mereka di sana. 

Kadang2 hati berasa amat sedih mengenangkan apakah nasib saudara mara disana? Apakah akan ada diantara mereka nanti yang akhir hayatnya dihujung senapang? Atau badan mereka hancur berkecai menjadi mangsa letupan bom? Ku hanya pasrah dan berdoa semoga Allah S.W.T. pelihara mereka dari menjadi mangsa pergolakan yang tidak berkesudahan disana... Ameeeen!    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...