Thursday, May 13, 2010

ju D

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
surah al-maidah : 90.

telah jelas di dalam Al-Qur'an akan pengharaman judi. semua orang yang mengaku dirinya beragama Islam memang patut tahu akan hal ini dan patut juga mematuhinya. ada juga orang yang tahu tetapi tidak mematuhinya seperti penunggang motosikal yang tahu bahawa tidak memakai topi keledar semasa berada di jalan raya adalah satu kesalahan trafik. tetapi ramai juga penunggang motosikal yang masih tidak memakai topi keledar semasa berada di jalan raya.

Allah mengharamkan sesuatu kepada kita Umat Islam kerana ada sebab2 yang tertentu. Allah tidak akan sesekali mengharamkan sesuatu yang memberi kebaikan kepada kita. sebaliknya perkara itu pasti mempunyai keburukan dan kemudaratan kepada kita, sama ada kita tahu keburukan tersebut atau kita masih lagi tercari2 keburukan itu.

Judi merupakan satu cara singkat bagi sesetengah orang untuk memperoleh wang. itu pandangan yang dihiasi syaitan walhal hakikatnya judi adalah jalan pintas mendapat kecelakaan dan kesengsaraan hidup. berapa ramai orang yang berjudi menjadi kaya raya. kalau kaya pun duit itu tidak berkat, bukan membawa ketenangan dalam hidup malah menambahkan lagi penderitaan.

kesan judi ke atas individu menyebabkan individu itu menjadi ketagih. bermula dengan RM1 sebagai contoh, kemudian bertambah kepada RM10, RM 100, 1000, 10 000, 1 000 000 (kalau ada). orang yang kaya kalau berjudi duitnya makin lama makin susut, akhir sekali habuk pun tak ada. masa tu fikirannya boleh jadi kacau, mereng, akhir sekali GILA. kalau yang miskin lagilah cepat gila, sebab duit tak banyak nak berjudi akhir sekali duit tak ada seposen pun, terus jadi GILA.

ada juga orang yang ketagih judi sampai sanggup pinjam wang dengan along, angah, acik, semua lintah darat peminjam wang yang tak ada lesen, dan juga kepada bank2 yang berlesen. bila tak dapat bayar along kejar, angah hambat, acik pitah, bank2 pula cari sampai kat rumah tuntut hutang.

masa tulah bagi orang yang berkeluarga menyusahkan orang lain. bukan dirinya saja yang susah, isteri susah, anak susah, bapak susah, emak susah sampai mentua pun susah. SUSAH! SUSAH!. along datang disimbahnya rumah dengan cat merah, cermin kereta dipecahkan, anak bini diugut, kalau dapat bini ugut nak lacurkan, kalau dapat anak nak jual... kan haru jadinya!.

masayarakat pula menjadi kacau bilau. pergaduhan disana sini kerana judi. ada yang tak puas hati kalah jidi dibelasahnya orang yang menang. orang yang menang pulak selepas teruk dibelasah panggil geng2nya belasah balik orang yang kalah tadi. keamanan sudah tidak ada. belum lagi tiba huru-hara di akhirat, huru-hara di dunia dah rasa.

akhir sekali semua susah. nidividu susah, keluarga susah, masyarakat susah, negara susah, dunia pun susah. nak senang jadi susah... biarlah susah bekerja yang halal, dari senang sementara yang haram tapi kesudahannya merana hingga ke MATI, hingga ke AKHIRAT!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...