Monday, May 3, 2010

KERENAH PENJUAL

Pernahkah anda pergi ke tempat pameran atau sesuatu pesta yang ada jualan disediakan di setiap khemah seperti ekspo, funfair, jomheboh dsb? pasti ramai yang suka berkunjung ke tempat2 seperti itu samaada untuk mencari barangan tertentu atau saja suka2 nak berjalan2 tengok ragam manusia.



biasanya ditempat seperti itu, pasti ada jurujual yang berlegar2 ditepi kawasan jualan syarikat mereka terutamanya yang menjual produk sapu2 muka, tangan, kulit atau senang kata produk kecantikan. kalau lalu kat kawasan mereka pasti mereka akan menjemput kita mencuba produk mereka. kalau jemput secara baik, ok tak kisah. tapi kalau sampai tarik orang untuk pergi cuba produk mereka rasanya dah tak ada tatasusila sebagai penjual dan tidak menghormati pengguna.

saya pernah juga mengalami suasana seperti ini. saya cuma jalan2 saja kat ekspo nak tengok apa yang ada disana. tapi bila sampai kat produk mereka terus ditarik tangan dan disapu krim entah apa kebenda namanya. dia sapu kat lengan lepas tu sapu dengan kain kecil dan suruh buat perbandingan dengan tangan satu lagi. tak nampak apa2 perbezaan pun, cuma licin sikit sebab baru disapu. lepas tu terus di'kecek'nya suruh beli produk mereka. saya kata saya tak mahu tapi di'kecek'nya lagi nak bagi harga lebih murah sebab sama negeri. apa ni? orang tokse, tokse la... kenapa sampai macam paksa2 pulak!

ada lagi yang lebih teruk, jurujual perempuan suruh pergi kat dia nak sapu krim dia kat muka ni. tak tahu hukum halal haram ke? sampai nak sentuh muka saya pulak, haram dapat dosa free je. nasib baik ada makcik kat sebelah saya suruh dia buat kat makcik tu. selamat... tapi kesian pulak kat makcik tu. lepas disapunya krim di'kecek' pulak suruh beli krim dia... kena dalam RM35. asalnya makcik tu bukan nak cari benda tu... tapi dah terkena... saya rasa bersalah pulak.

itulah serba sedikit telatah jurujual kat ekspo tu. macam2 ada. kalau kita layan satu satu, alamat banyak lah wang terbang masa tu. asalnya tujuan pergi kat sana nak tengok2 je dan adalah barang2 tertentu yang nak dibeli. tapi bila dah di'kecek' dan dicuba dulu, rasa terhutang budi terus beli walaupun kadang2 benda tu kita tak guna pun lepas tu. nampaknya banyak kena BERHATI-HATI kalau pergi kat tempat macam tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...