Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

SALAM pekerja diucapkan kepada semua, khasnya para pekerja yang tak duduk saja. kerja merupakan satu ikhtiar hidup manusia untuk memastikan kelangsungan hidup didunia ini sebelum nyawa dicabut malaikat Izrail.

setiap orang yang sudah habis belajar, mesti bekerja untuk mencari rezeki dan menanggung tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi yang sudah berumahtangga. namun ada juga pelajar terutamanya di IPT yang sanggup bekerja sambilan dek kerana kesempitan wang untuk memastikan pembelajaran mereka tidak terbantut.



kerja yang kita buat sepatutnya bukan sekadar kerja biasa saja. tapi kita mesti usahakan supaya kerja kita itu menjadi ibadah. kerja itu akan menjadi ibadah apabila ianya dilakukan ikhlas kerana Allah. kerja itu pula adalah kerja yang halal walaupun kerja sebagai tukang cuci misalnya. walaupun ia dipandang hina oleh sesetengah masyarakat namun jika dilakukan dengan penuh ikhlas akan diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. kerja yang dilakukan itu juga mestilah dibuat dengan penuh ketekunan dan sabar serta bersungguh2. innallaha yuhibbul 'abda iza 'amala 'amalan an yutqinah- Hadith.

disamping kerja2 yang biasa kita lakukan untuk menyara kehidupan di dunia ini, disana ada satu lagi jenis kerja yang seharusnya dilakukan oleh setiap Muslim. kerja itu adalah kerja Da'wah, kerja untuk mengajak manusia supaya beriman kepada Allah dan sentiasa mengingatiNya serta melaksanakan segenap unsur kehidupan ini mengikut peraturan atau sistem yang telah digariskanNya.

kerja da'wah inilah yang paling penting namun tak berapa ramai yang sanggup melaksanakannya secara serius dan bersungguh2. bertuahlah bagi yang menjadi guru kerana mad'unya sudah menjadi pelanggan tetapnya. murid2 atau pelajar2 adalah subjek yang berada didepan mata untuk dida'wahkan supaya menjadi baik dan lebih baik. namun, perlu diingat syarat pertama tadi iaitu perlu dilakukan dengan ikhlas. bukan semata2 kerana mahukan gaji atau apa2 yang lain.

walaupun begitu, pekerjaan lain juga boleh diaplikasikan juga da'wah ini. cuma ia mengikut kesesuaian tugas, masa dan juga subjek yang menjadi pelanggan bagi pekerjaan tersebut. 'ballighu 'anni walau aayah'. itu sabda nabi junjungan besar kita Muhammad .S.A.W yang seharusnya kita hayati dan laksanakan. sampaikanlah ajaran Islam itu kepada seluruh manusia walaupun satu ajaran. samada manusia itu mahu beriman, atau mahu mengikut nasihat kita itu terpulang kepada dirinya sendiri dan juga bergantung kepada Hidayah Allah S.W.T. tugas kita sebagai penda'i telahpun kita laksanakan. WALLAHU A'LAM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...