hari ini 16 Mei merupakan hari yang bersejarah bagi golongan seprofesion dengan aku. hari ini diwar-warkan sebagai hari guru. 1 hari diperuntukkan untuk mengingati dan mengenang jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh insan yang bergelar guru. walaupun sebenarnya jasa guru sepatutnya sentiasa dikenang kerana merekalah yang menjadi penyebab kepada kejayaan manusia sama ada doktor, polis, peguam, usahawan, ulamak, hatta perdana menteri atau presiden. (bak kata Allahyarham Usman Awang).
tugas sebagai guru merupakan tugas yang sangat mulia. guru adalah penyambung tugas rasul. Rasul berguru dengan malaikat yang menyampaikan wahyu dari Allah. Rasul berdakwah mengajak manusia mengikut jalan kebenaran dan cahaya dan meninggalkan jalan kesesatan dan kegelapan.
tugas guru juga mengajak murid atau pelajar mereka keluar dari kejahilan dan kebodohan menuju kejayaan dan masa depan hidup yang lebih cerah dan bermakna. guru adalah mudarris, mu'allim, mursyid, murabbi, muaddib. guru bukan saja bertanggungjawab memberi ilmu dan maklumat kepada murid. malah guru juga bertanggungjawab mendidik murid supaya menjadi manusia unggul dari segi pencapaian akademik, akhlak, rohani dan kehidupan seluruhnya.
guru mengajar dan juga mendidik. mengajar ilmu ABC, 123, ALIF BA TA. guru juga mendidik pekerti dan peribadi murid supaya berakhlak mulia, bersivik tinggi, berbudi bahasa dan menjadi insan yang selayaknya.
tugas guru kadang2 dipandang lekeh dan kurang mencabar berbanding profesion lain. walhal tugas guru amatlah berat lebih berat dari tugas seorang askar yang nak berperang dengan musuh. guru perlu berhadapan dengan 1001 macam kerenah murid. hendak disiplinkan mereka, fahamkan mereka, men'jadi'kan mereka sebagai insan perlukan keikhlasan dan ketabahan serta semangat yang tinggi. calang2 orang dapat melaksanakan tugas ini dengan sempurna. di tambah pula dengan bebanan tugas lain menyangkut hal2 rekod dan pengisian serta penyemakan data serta maklumat.
ada orang mengatakan kerjaya guru tidak popular, padahal mereka lupa gurulah yang mengajar manusia sehingga menjadi popular. di setiap kejayaan seseorang pasti ada guru yang menunjuk ajar sehingga orang itu berjaya.
No comments:
Post a Comment