Wednesday, May 5, 2010

TINGGAL LAH KASIH.... TINGGAL LAH SAYANG!

belek saja suratkhabar pasti ada berita pasal manusia tinggalkan manusia. yang terbaru anak yang masih bayi ditinggalkan ibu atau bapa yang tidak bertanggungjawab. selain itu, ada lagi manusia yang ditinggalkan. ibubapa ditinggalkan anak2 yang masih remaja mungkin kerana tekanan atau mengikut kekasih hati yang kononnya setia.

ada juga sang suami yang sanggup tinggalkan isteri dan anak2 kerana tergila2kan kekasih lama atau masalah lain. begitu juga tak kurang cerita mengenai isteri yang sanggup meninggalkan suami yang kurang berdaya samada dari segi fizikal atau wang ringgit. anak2 yang masih kecil juga sanggup si ibu tinggalkan walaupun anak2 itu menjerit memanggil nama ibu mereka.

dan jangan lupa, di rumah2 kenangan ramai ibu bapa yang sudah tua ditinggalkan anak2 yang derhaka. ibu bapa yang sanggup bersusah dan berkorban apa saja membesarkan anak2 ditinggalkan begitu saja di stesen bas, rumah usang dsb seterusnya diletakkan di rumah2 kenangan yang pastinya tersimpan kenangan pahit bagi ibu bapa di sana. bacalah beberapa kisah manusia yang ditinggalkan untuk ingatan dan iktibar kita...


Bayi ditinggalkan atas tangga

Oleh Rodelio Junjun Taucan
rodelio.taucan@utusan.com.my

TANAH MERAH 28 April - Satu lagi kes buang bayi. Tapi mujur bayi yang dipercayai baru berusia dua hari itu masih hidup dan dalam keadaan sihat.

Bayi lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan masih bertali pusat dan berbalut sehelai selimut itu ditemui oleh penduduk di atas tangga sebuah rumah di Jalan Wan Ahmad di sini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, bayi seberat 3.3 kilogram itu ditemui kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi oleh penduduk yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.

"Polis yang berkejar ke tempat kejadian menemui bayi berkenaan yang berbalut dengan selimut dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

"Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian terbaru itu adalah rentetan kepada beberapa kes buang bayi yang menggemparkan masyarakat sebelum ini.

Pada 14 Februari lalu, mayat seorang bayi yang baru dilahirkan bukan sahaja dibuang di dalam tong sampah di Kuala Krai, tetapi turut dibakar oleh individu yang mahu menutup kesalahan mereka daripada dikesan.

Abdul Aziz berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak hospital itu.

Jelasnya, polis akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang meninggalkan bayi berkenaan.

"Kami akan meminta kerjasama Jabatan Pelajaran bagi mendapatkan maklumat mengenai pelajar sekolah yang tidak ke sekolah sejak beberapa hari lalu untuk disiasat.

"Selain itu, laporan daripada beberapa klinik swasta di sekitar daerah ini juga akan diperiksa untuk mengesan suspek," jelasnya.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di talian 09-9557704.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_13.htm

REMAJA TINGGALKAN IBUBAPA

Lari dari rumah

Golongan manakah yang melarikan diri dari rumah?

Golongan yang melarikan diri dari rumah kebanyakannya adalah dari golongan remaja yang meninggalkan rumah dengan niat tidak akan kembali semula. Sebahagian daripada remaja tersebut kembali selepas beberapa hari, minggu atau bulan tetapi sebahagian lagi tidak akan kembali lagi.

Kenapa remaja melarikan diri?

Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah:

* Keganasan rumah tangga. Contoh:
o Penderaan fizikal, emosi atau seksual
o Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang kebebasan
o Perselisihan dengan ibu bapa
o Diabaikan oleh ibu bapa

* Tekanan rakan sebaya. Contoh:
o Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
o Dipinggirkan
o Dibuli

* Masalah di sekolah. Contoh:
o Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
o Prestasi pembelajaran yang rendah
o Dikenakan hukuman yang berat

Adakah anda terfikir untuk melarikan diri?
Remaja yang terfikir untuk melarikan diri biasanya ada tanda-tanda seperti berikut:

* Tidur yang tidak lena
* Perubahan selera makan
* Rasa gelisah
* Kemurungan
* Mudah marah
* Nakal contohnya; ponteng sekolah, mencuri atau merokok

Bolehkan anda membantu diri anda dari melarikan diri?
YA, anda boleh!
Sentiasa ada orang lain yang sudi mendengar masalah anda dan membantu anda walaupun anda tidak berfikir sedemikian.
Mereka ialah:

* Saudara mara
* Adik beradik
* Jiran
* Rakan sebaya
* Guru-guru kaunseling
* Guru-guru agama

Apa akan terjadi jika anda tidak mendapatkan bantuan?
Besar kemungkinan anda juga akan melarikan diri!
Bahaya yang menunggu ialah sebagai pelarian, anda akan terperangkap dengan:

* Dadah
* Alkohol
* Pornografi
* Pelacuran
* Jenayah

Antara komplikasi lain yang timbul adalah:

* Sakit kelamin
* Kehamilan di luar perkahwinan
* Jangkitan HIV/AIDS

Remaja yang melarikan diri boleh juga mendapat masalah psikiatri seperti:

* Kemurungan
* Tekanan melampau pasca trauma
* Kecelaruan tingkah laku
* Sengaja mencederakan diri sendiri
* Bunuh diri

Apa lagi yang boleh saya lakukan?
Selain dari melarikan diri, ada lagi alternatif lain yang lebih selamat:

* Tinggal dengan rakan yang boleh dipercayai atau saudara sehingga tekanan tersebut berkurangan
* Berbincang dengan ibu bapa
* Jika anda didera, buat laporan polis
* Buat laporan kepada pegawai kebajikan masyarakat untuk perlindungan sementara
* Berbincang dengan guru kaunseling sekolah, jika anda ada masalah di sekolah
* Laporkan kepada ibu bapa dan pihak berkuasa sekolah jika anda di buli
* Luangkan lebih masa untuk belajar jika prestasi di sekolah tidak baik
* Telefon talian pertolongan yang terdekat seperti BEFRIENDERS, Tele-dera dan lain-lain lagi
* Minta nasihat dari doktor

"Ingat, melarikan diri bukan penyelesaian kepada masalah! Malah mungkin akan menambah lebih banyak masalah kepada anda!" http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/LARIRUMAH.php

SUAMI TINGGALKAN ISTERI DAN ANAK-ANAK

Sabtu, Julai 18, 2009
Tinggalkan Isteri Kerana Mabuk Cinta Pertama
SUSUNAN : Bawang Goreng PADA 7/18/2009 10:16:00 AM
Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

KATA ORANG, CINTA ITU BUTA. KERANA CINTA, RUMAH TANGGA BINASA. HARRIS, SUDAH HAMPIR TIGA TAHUN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. NAMUN, PERTEMUAN DENGAN RAKAN BAIKNYA TIDAK LAMA DULU, MEMBUAHKAN KEMBALI CINTA YANG PERNAH BERPUTIK TERHADAP ADIK SAUDARA RAKAN BAIKNYA ITU. CINTA PERTAMA TERHADAP WANITA PUJAANNYA MEMBUATKAN HIDUPNYA TIDAK KERUAN.

Laila, isterinya yang selama ini setia menanti, menyayangi dan mencintai dirinya bagaikan tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Harris bagaikan hilang pedoman hidup. Dia mula mengejar kembali cinta lamanya, cinta yang tidak kesampaian. Mengetahui cinta hatinya, Ruzi masih belum berumah tangga, bertambah teruja dirinya untuk kembali mendekati wanita yang pernah dipuja separuh gila tidak lama dulu. Biarpun hubungan dengan Ruzi tidak lama dulu tidak pernah sampai ke tahap bercinta, cinta yang dipendam masih tetap utuh.

Malah, Ruzi sendiri tidak mengetahui Harris mencintai dirinya. Fikir Ruzi, mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Apatah lagi Harris sendiri tidak pernah menyuarakan rasa hati pada dirinya. Kerana itu, apabila Ruzi berpindah mengikut ibu bapanya ke utara tanah air, Ruzi tidak memberitahu Harris. Sepuluh tahun berlalu, dan pertemuan yang tak disangka di antara rakan baiknya, yang juga saudara kepada ‘kekasih pertamanya’ bagaikan memberi segunung harapan pada dirinya untuk menyambung kembali perhubungan mereka.

Status dirinya sebagai seorang suami, juga bapa kepada tiga orang anak menjadi rahsia dan disimpan kemas daripada pengetahuan rakan baiknya. Setelah meluahkan perasaannya kepada rakan baiknya, akhirnya berjaya juga Harris menagih nombor telefon Ruzi. Tanpa membuang masa, ketika itulah Harris memulakan langkah untuk mendekati Ruzi. Namun, seperti dulu Ruzi agak sukar didekati, apatah lagi dengan orang yang tidak dikenalinya. Bertalutalu SMS dikirim, namun hanya dua kali dibalas, itu pun untuk menjawab salam dan bertanya siapa.

Akibat ingin berahsia, Ruzi langsung tidak melayan SMS yang dihantar. Panggilan telefon juga tidak dipedulikan. Setelah sekian lama mencuba, akhirnya barulah Ruzi sudi menyambut panggilan telefon daripadanya. Itu pun kerana terlalu bosan dan marah kerana terlalu kerap mengganggu dirinya. Setelah memperkenalkan diri, barulah Ruzi berlembut hati dan berbual mesra dengannya. Dalam pada itu dia juga bertanya beberapa kali bertanya tentang status Harris. Kata Ruzi, sepuluh tahun tidak berjumpa dan bertanya khabar, pasti ada cerita.

Pasti juga status sudah berubah. Ruzi tidak mahu menjadi duri dalam daging. Tidak mahu menjadi wanita yang memusnahkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain. Jadi, dia mahu berhatihati. Namun, kerana tidak mahu hubungan terputus begitu sahaja, juga tidak mahu kehilangan Ruzi buat kesekian kalinya, Harris berbohong berkenaan status dirinya. Mujur juga, dia tidak bercerita perihal dirinya kepada rakan baiknya. Jika tidak, dia sendiri amat pasti tidak akan berjaya mendekati Ruzi. Semenjak itu, hubungan mereka semakin lama semakin erat.

Biarpun tidak pernah bertemu mata, namun panggilan telefon dan kiriman SMS pengubat hatinya. Respons yang diberi Ruzi juga amat baik. Harris benarbenar yakin Ruzi semakin dekat di hatinya. Seperti dirinya, dia juga yakin Ruzi mencintainya. Pembohongan terbongkar Akibat terlalu bermain cinta dengan Ruzi, rumah tangganya diabaikan. Isteri dan anakanak langsung tidak dipedulikan. Malah, ada masanya Harris berasa tidak boleh langsung memandang isterinya, Laila. Bukan berasa kasihan, tetapi bingung di kepalanya, bagaimana cara untuknya mendapatkan Ruzi di dalam genggamannya.

Semakin dipandang Laila, semakin sakit kepalanya. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan Ruzi. Laila? Baginya Laila bukanlah cinta sejatinya. Laila juga pilihan keluarganya. Dia berkahwin dengan Laila kerana yakin sebenarnya dia tidak akan berjumpa kembali dengan Ruzi. Malah, dia juga yakin Ruzi sudah pun mendirikan rumah tangga. Namun, mana tahu sangkaannya meleset. Ketika ini, hendak menyesal sudah tidak berguna. Dia tidak mahu pening-pening memikirkan kemungkinan di hari akan datang. Apa yang penting dia mahu bersama dengan Ruzi. Dia mahu jadikan Ruzi sebagai isterinya, miliknya yang sah.

Biarpun terpaksa berbohong, Ruzi tetap cinta hatinya. Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Rancanglah bagaimanapun, jika bukan jodoh, pasti niat dan perancangan tidak menjadi. Begitu juga dengan Harris. Entah bagaimana, Ruzi berkenalan dengan rakan di tempat kerjanya ketika bertugas di luar kawasan. Gambar kenangan ketika hari keluarga syarikatnya tahun lalu kebetulan berada di dalam koleksi gambar rakan sepejabatnya. Ketika itulah segalanya terbongkar. Gambar Harris bersama Laila dan tiga orang anaknya menceritakan segala pembohongannya.

Sejak itu, Ruzi memutuskan hubungan mereka dan semakin menjauhkan diri. Hidupnya tidak keruan, bagaikan mayat hidup. Dia tidak mahu Laila, dia tidak mahu anak-anaknya. Hanya Ruzi di hatinya. Sebaik-baik isteri, jika sudah tidak di pedulikan dan diperlukan, akhirnya Laila akur dan mohon dilepaskan. Mudah untuk melepaskan Laila, tetapi setelah sedar akan kesilapannya, Harris sendiri tidak mampu untuk memaafkan dirinya. Dia berasa cukup bersalah kepada Laila, anak-anaknya, juga kepada Ruzi yang dicintai sepenuh hati. Harris reda hidup bersendirian sehingga kini.
http://laman-seri.blogspot.com/2009/07/tinggalkan-isteri-kerana-mabuk-cinta.html

ISTERI LARI TINGGALKAN SUAMI

Kisah Rumahtangga - Isteri lari tinggalkan suami OKU
Nuffnang Ads

Razak (bukan nama sebenar) tidak peduli dengan keadaan sekeliling yang sibuk memperkatakan tentang kisah rumah tangganya. Malah sewaktu ditemui, dia redha dengan ketentuan Ilahi. Baginya kekurangan dirinya tidak seharusnya menjadi alasan kepada isterinya untuk menuntut cerai daripadanya. Namun apakan daya dia hanya insan biasa yang tidak dapat melawan dengan takdir hidupnya yang tidak selalunya indah.

Dari pandangan mata kasar, Razak sempurna sifatnya. Ada mata, hidung, sepasang kaki dan tangan. Cuma dirinya tidak berupaya untuk bercakap dan mendengar seperti orang normal yang lain. Dia dikategorikan sebagai pekak dan bisu. Oleh sebab, Razak tinggal di kampung dia tidak mendapat pendidikan yang sempurna sebagaimana anak-anak lain. Lagipun, pada zaman itu kepentingan pendidikan untuk kanak-kanak cacat sepertinya tidak begitu digalakkan dan orang tua pada zaman itu sebolehnya akan menyorokkan anak-anak mereka dari terdedah dengan dunia luar.

Setelah remaja, Razak mulai menyimpan keinginan untuk berkawan dengan teman-teman wanita yang lain. Kelebihannya, Razak mempunyai paras rupa yang segak dan mudah menawan hati remaja-remaja wanita di kampungnya. Razak sedikit pun tidak mengambil kesempatan dengan anugerah semula jadi yang ada pada dirinya itu. Entah kenapa sejak bertemu dengan gadis yang baru berpindah ke kampungnya itu, perasaan Razak mula tidak keruan. Jiwanya merontaronta bagaikan mahu mengenali gadis bernama Aridah itu. Orangnya kecil molek dan manis tutur katanya. Rupanya Razak tidak bertepuk sebelah tangan, walaupun dirinya bisu dan pekak Aridah sudi berkawan dengannya. Hampir tiga bulan mereka menjalinkan persahabatan, Razak akhirnya meminang Aridah. Hasrat Razak tidak mendapat bantahan dari mana-mana pihak. Sebaliknya mereka merestui keinginan Razak dengan sepenuh hati.

Sebaik sahaja diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, Razak mengambil keputusan untuk tinggal berasingan dari keluarganya. Keputusan Razak mendapat bantahan ibunya, apatah lagi Aridah belum begitu mahir untuk memahami bahasa pertuturan Razak. Ibunya bimbang menantunya itu nanti tidak dapat memperoleh kata sepakat dengan suaminya apabila tinggal berasingan. Razak enggan menurut saranan ibunya malah tetap berdegil untuk keluar dari rumah keluarganya. Tetapi dia memilih untuk menyewa berdekatan dengan keluarga. Sekurangkurangnya apabila ada halhal yang tidak diingini, keluarganya dekat di sisi dan pertolongan dapat diterimanya dengan pantas. Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, Razak dan Aridah dikurniakan sepasang anak-anak yang comel. Anak sulungnya seorang lelaki manakala anak keduanya perempuan.

Akibat panas baran
Pada tahun ketiga inilah rumah tangga Razak mengalami pergolakan. Aridah mulai tidak memahami Razak, apatah lagi pada masa ini Razak tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Dia sekadar bekerja di kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Selama tiga tahun Aridah cuba bersabar dengan perangai suaminya. Razak memanglah seorang lelaki yang baik dan cukup disanjungi oleh masyarakat kampung itu kerana kerajinannya. Sebaliknya Aridah tidak dapat bertahan dengan keegoan yang ada pada diri suaminya itu. Pantang tersilap sedikit, pasti isterinya itu akan menjadi mangsa pukulan Razak. Sikap panas barannya itulah membuatkan Aridah kerap kali berkecil hati. Tetapi marahnya itu tidak dapat diluahkan kepada sesiapa. Jika dimaklumkan kepada ibunya pasti mereka tidak akan mempercayai kata-katanya itu.

Suatu hari Aridah memasakkan makanan kegemaran suami. Kesibukannya menguruskan hal di dalam rumah di samping menjaga dua orang anak kecilnya itu membuatkan Aridah terlupa untuk menghidangkan makanan kegemaran suaminya itu. Akibatnya makanan yang telah siap dimasaknya itu dibuang di dalam tong sampah. Aridah benarbenar patah hati dengan perangai suaminya itu. Bukan dia tidak pernah cuba berbaikbaik dengan suami, malangnya usahanya itu hanya dipandang dingin oleh suaminya.

Aridah cuba mencari apakah cara terbaik untuk memberitahu suami tentang perasaannya ketika itu. Akhirnya dia cuba mencari kedamaian dengan caranya yang tersendiri. Aridah mula menyibukkan dirinya dengan berniaga kain di kampungnya. Ketika itulah dia dapat melupakan masalahnya. Ternyata perniagaannya mendapat sambutan yang hangat dari orang kampungnya. Dari satu rumah ke satu rumah dia bertamu sampai sebelah malam barulah dia pulang ke rumah. Aridah tidak mempunyai masalah kerana kedua-dua orang anaknya itu diletakkan di bawah pengawasan ibu mentuanya.

Dalam sibuk berniaga inilah, Aridah telah berkenalan dengan seorang lelaki. Puas dia cuba menepis setiap godaan lelaki tadi. Setiap kali ditepisnya, ada sahaja perbuatan Razak yang menyakitkan hati. Akhirnya dia terpaksa juga meluahkan isi hati kepada lelaki yang benar-benar mahu mendengar rintihannya itu. Bagaikan ada kuasa yang membisikkan ke hatinya, Aridah kemudian lari meninggalkan suami keseorangan. Jauh dia pergi bersama dua orang anak-anaknya itu. Tinggallah Razak keseorangan tanpa isteri dan anakanaknya. Masa terus berlalu, anak-anak Razak pun telah dewasa dan kembali mencarinya. Namun, sampai hari ini bekas isterinya itu tidak pernah sekalipun datang menjenguknya.

~ Mingguan Wanita

http://serikasih.blogspot.com/2009/10/kisah-rumahtangga-isteri-lari.html

ANAK TINGGALKAN AYAH

Buang ayah sebab AYAH PENGACAU!

Posted on the January 14th, 2010 under Berita, Tempatan by johnjimat

KANGAR: Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi, kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak, katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh, katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu, katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan, katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu, katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...