Tuesday, December 7, 2010

1432 H

Hari ini 1 Muharram bersamaan dengan 7 Disember 2010. hari ini merupakan hari pertama tahun baru Islam yang ke 1432 Hijrah. sejajar dengan pertambahan hari dan tahun, maka usia kita pun bertambah sama. kita hidup bermula dari janin, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. selepas tua kita akan mati menghadap Ilahi. Tapi jangan ingat bila dah tua baru mati, kadang2 sebelum tua lagi dah dijemput Ilahi. 

 
di dalam sistem kehidupan hari ini, kita menggunapakai 2 jenis takwim, Hijrah dan Masihi. walhal, sepatutnya kita sebagai orang Islam mesti menggunakan takwim Hijrah. tetapi oleh kerana kesesuaian global menuntut kita mengikut takwim Masihi lantaran segala urusan hidup hari ini berdasarkan kiraan Masihi kecuali masa2 tertentu yang bersifat penentuan ibadah, maka x boleh tidak mesti menggunakan takwim Hijrah. sampai bilakah keadaan ini berterusan? bolehkah kita ubah perkara ini sehingga kita boleh menggunakan sistem kiraan Hijrah sepenuhnya dalam kehidupan kita seharian??? !

suasana Tahun Baru ini juga disambut dengan semangat Hijrah. Hijrah umat Islam semasa zaman permulaan Islam dari Mekkah ke Madinah. langkah taktikal yang diambil oleh Nabi Muhammad S.A.W. mengarahkan sahabat2 baginda berhijrah ke Madinah sebagai usaha memastikan survival dakwah dan juga mencari tapak kebangkitan semula untuk mencapai kegemilangan Islam di muka bumi ini. ternyata, langkah baginda ini amat tepat, sahabat2 Ansar begitu baik hati dan menunjukkan semangat 'Ukhuwwah' sejati membantu sahabat2 Muhajirin dengan sanggup memberikan harta, rumah, punca rezeki bahkan isteri pun sanggup diberikan demi 'Ukhuwwah Islamiah' yang tulen. 

hasil dari dakwah Rasulullah yang tersusun itu, maka kita hari ini dapat menikmati kemanisan Iman dan Islam dalam kehidupan. perjuangan dan pengorbanan yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan para sahabat Muhajirin dan Ansar begitu berharga dan amat bernilai tiada tandingannya. menginsafi jasa dan pengorbanan mereka, maka umat Islam perlu menjaga Deen kita ini agar sentiasa terpelihara dari segala macam ancaman dan cabaran yang pasti datangnya dari iblis laknatullah dan juga manusia2 kuffar yang sentiasa iri hati dengan Islam dan Umat Islam. 

jaga ibadah kita, jaga akhlak kita, jaga amalan kita maka akan terjagalah Islam di muka bumi ini. walhal, Islam itu sentiasa tinggi, agung, cuma kita yang menjadi rendah dan hina bila kita tinggalkan Islam, kita lupa dan lalai melaksanakan ajaran2 Islam serta amalan2nya.    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...