Friday, December 24, 2010

SERKAP!

Allah SWT telah berfirman, yang artinya:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)


setiap perkara yang berlaku di dunia ini disebarkan melalui berita atau penyampaian dari sumber2 tertentu. ada yang mendapat berita dari alQur'an dan al-Hadith, ada yang perolehi khabar dari mulut ke mulut, ada yang mendapat informasi dari media seperti televisyen, radio, internet, telefon bimbit dsb. semua berita yang diterima dan disampaikan itu bukan semua boleh dipercayai dan bukan semua tidak boleh dipercayai. ada berita yang boleh dipercayai 100%, ada yang tidak boleh dipercayai 100% dan ada yang perlu diteliti dulu untuk memastikan sama ada berita tersebut benar atau tidak. 

berita yang boleh diterima 100% itu pastilah berita yang datang dari al-Qur'an al-areem dan al-Hadith Nabawi. manakala berita yang perlu ditolak 100% adalah berita dari bisikan iblis dan syaitan, dan berita yang perlu diselidiki adalah yang datangnya dari orang2 fasik.

 

sumber berita yang 100% diterima dan tolak tidak akan dibincangkan secara lanjut disini. apa yang akan dibncangkan seterusnya adalah mengenai berita yang disampaikan orang2 yang fasik. 

Siapakah orang-orang yang disebut fasik itu?

Kata fasik berasal dari kata dasar al-fisq, yang berarti "keluar" (khuruj). Para ulama mendefinisikan fasik sebagai "orang yang derhaka kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah-Nya atau melanggar ketentuannya." Orang fasik adalah orang yang pernah melakukan dosa besar walaupun sekali dan tidak pernah bertaubat. begitu juga dengan orang yang sentiasa melakukan dosa kecil tanpa henti juga dipanggil oranf fasik. cuba renungi diri kita sendiri adakah kita ni termasuk dikalangan orang fasik atau tidak?! kalau tidak ALHAMDULILLAH... kalau ya, cepat2 la bertaubat dan tinggalkan dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. 

hari ini kita mendapat banyak sumber maklumat dan info. ada yang datang secara tradisional iaitu melalui mulut ke mulut dan ada juga melalui alat2 media moden seperti televisyen, radio, internet dsb. setiap berita atau maklumat yang kita dengar atau lihat perlu diteliti selanjutnya. kalau kita lihat berita yang disampaikan ditelevisyen hari ini, dah sah penyampai wanita yang tidak menutup aurat itu adalah fasik. maka bertepatanlah dengan saranan Allah tadi supaya 'fatabayyanuu' iaitu usul periksa terlebih dahulu sama ada berita itu betul atau tidak. jangan mudah percaya dengan setiap suapan yang kita terima.  

begitu juga dengan berita2 dari internet, ada yang betul dan banyak juga yang salah. kadang2 orang lain cuba mempengaruhi kita atas bermacam2 faktor, sama ada politik, agama, perkauman, ekonomi, hiburan dsb. disinilah kita sebagai pelanggan maklumat perlu bijak dan teliti dalam menerima berita2 yang disampaikan. 

sama juga halnya dengan berita yang disampaikan dari mulut ke mulut. banyak kali kita dengar bila bercakap dengan orang lain perkataan "aku rasa", "aku dengar", "saudara aku cakap", "pakcik aku yang kerja kat jabatan ...... cakap", dan kadang2 ada juga yang beritahu dengan penuh yakin akan sesuatu perkara walhal sebenarnya itu adalah andaiannya semata2.

berita2 sebegini jangan terus dipercayai. kita perlu ada sedikit sikap 'skeptic', sikap tidak mudah percaya dengan sesuatu berita yang disampaikan kecuali apabila disertakan dengan bukti2 dan keterangan2 yang kukuh dan solid. 

tetapi harus diingat, sikap 'skeptic' ini tidak boleh digunakan ketika berhadapan dengan persoalan agama, seperti ketuhanan, kenabian, hari akhirat dsb. 

sebab itu kita lihat Islam menggariskan syarat2 yang cukup susah ketika mana kita ingin menerima sesuatu hadith yang disampaikan. perawi hadith itu perlulah seorang yang thiqah, wara', benar, hadith bersifat mutawatir dsb barulah boleh diterima hadith tersebut. dan dalam pembahagian hadith ada bermacam2 jenis; 

Hadits Mutawatir, yakni hadits yang diriwayatkan oleh ramai para sahabat, tabi'in, dan seterusnya, yang dipastikan mereka tidak mungkin bersepakat berbohong. Hadits tingkat ini dapat diyakini kebenaran secara pasti (tidak diragukan), bahawa kabar atau berita itu berasal dari Nabi SAW.

Hadits Masyhur, yaitu hadits yang diriwayatkan oleh satu atau dua orang sahabat, tetapi tidak sampai mencapai derajat mutawatir, lalu diriwayatkan oleh generasi sesudahnya dengan derajat mutawatir.

Hadits Ahad, yaitu hadits yang seluruh perawinya, mulai generasi sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in, tidak mencapai darjat mutawatir.

Kemudian, macam hadits yang ketiga yaitu hadits ahad, dikelompokkan lagi menjadi tiga macam, yaitu:

Hadits Sahih, yaitu hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang adil (tidak fasik), sempurna ketelitiannya, sanadnya bersambung sampai kepada Nabi SAW, tidak mempunyai cacat, dan tidak bertentangan periwayatan orang yang lebih dipercayai.

Hadits Hasan, yaitu hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang adil, tetapi kurang ketelitiannya, sanadnya bersambung sampai Nabi SAW, tidak mempunyai cacat, dan tidak bertentangan dengan periwayatan orang yang lebih dipercayai. Jadi bezanya dengan hadits sahih terdapat pada ketelitian perawi.

Hadits Dha'if, yakni hadits yang tidak memenuhi syarat sahih maupun hasan. 

pembahagian hadith sebegini adalah bagi memastikan hadith yang disampaikan dan diterima itu adalah benar2 datangnya dari Rasulullah S.A.W. 

kesimpulannya, kita jangan mudah terima berita yang disampaikan. jangan suka bersikap 'SERKAP jarang'. perlu ada penelitian dan soal selidik terlebih dahulu. ia adalah untuk menjamin supaya kita tidak berlaku zalim terhadap orang atau kumpulan yang menjadi sasaran berita. sejarah telah banyak membuktikan akibat buruk hasil dari mudah percaya kepada berita dari orang fasik. 

dari sirah para sahabat, terdapat ramai sahabat yang syahid dibunuh orang Islam sendiri lantaran serkap jarang ini. begitu juga dialam melayu ini kita mendengar bagaimana Hang Tuah dan Mahsuri menjadi mangsa fitnah dan serkap jarang yang dilakukan mereka yang fasik. WALLAHU A'LAM...  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...