3 perkara kena buat secara berjamaah. makan berjamaah, berjalan berjamaah dan sembahyang berjamaah. 3 perkara ni kalau kita sentiasa buat berjamaah, insya Allah selamat hidup kita dunia dan akhirat.
mengapa perlu berjamaah dalam ketiga2 perkara tersebut? kerana banyak pahala, fadhilat serta kelebihan bila melakukan ketiga2 perkara tersebut secara berjamaah.
kalau makan berjamaah, boleh tegur dan nasihat orang yang makan agak gelojoh supaya jangan gelojoh, yang tamak jangan tamak. bila berjamaah bersama ibu bapa, kat situlah medan terbaik untuk bermesra dengan anak2. bertanya khabar pasal anak2, kalau ada yang buat silap, terus tegur dan nasihat. anak2 pun dapat tengok dan berhadapan dengan kedua ibubapa ketika itu. masa bersama dengan keluarga menjadi lebih banyak dan manfaatkan ia sebaik mungkin.
kalau berjalan berjamaah, lebih menjamin keselamatan diri dan harta benda. bila berjamaah orang jahat payah sikit nak buat jahat kat kita. pencuri atau peragut rasa takut juga kalau kita berjalan berjamaah. perogol dan pencabul pun akan berfikir 2-3 kali kalau dilihatnya mangsa berteman. berjalan berjamaah juga boleh mengurangkan kebarangkalian untuk tersesat dalamk perjalanan. kita mungkin dah tak tahu atau tak ingat jalan nak ke destinasi sepatutnya, tapi teman kita mungkin masih ingat.
perkara utama berjamaah adalah solat. Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa solat fardhu berjamaah. pahala berjamaah adalah jauh lebih besar dari solat fardiyyan atau bersendiran. dalam jemaah solat, ada Imam, ada Makmun. Imam seorang, makmun mungkin seorang, mungkin lebih. solat yang kurang sempurna dari segi perbuatan dan bacaan dalam solat berjamaah, akan ditanggung oleh Imam. jelas, berjamaah melahirkan semangat bertolong-tolongan dan bekerjasama. ruuh solat berjemaah lebih dirasai dan menggambarkan kehidupan kita di luar yang mesti berada dalam lingkungan komuniti yang memerlukan ketua dan anak buah sama seperti dalam solat berjamaah memerlukan Imam dan Makmun.
sekiranya solat tidak dilakukan secara berjamaah, menggambarkan masyarakat setempat yang tidak begitu cakna dengan tuntutan Agama. menggambarkan mentaliti masyarakat yang kurang berpegang teguh dengan ajaran Islam, semangat Ukhuwwah Islamiah nyata longgar dan kurang padu.
adakala, bila tiada makmun dikalangan manusia, mungkin yang menjadi makmun adalah jin2 Islam yang Soleh dan wara'. manusia seolah2 telah lupakan Allah. laungan azan sang Bilal seolah2 menjengkelkan dan membingitkan telinga. sepatutnya bila bilal melaungkan azan, berduyun2 orang yang mengaku Islam dalam komuniti tersebut ke masjid atau Musolla menunaikan solat. bila la agaknya dapat lihat suasana seperti solat hariraya berlaku juga pada solat 5 waktu harian.
kadang2 ada la 2-3 orang makmun datang. manusia lain mungkin sibuk, sibuk dengan urusan dunia sehingga sanggup tinggalkan urusan Akhirat. Berdialog dengan Allah adalah paling nikmat, jika solat khusyuk sehingga hadir hati dan menginsafi diri sambil bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T.
Isya' dah masuk, nak gi solat dulu...
No comments:
Post a Comment