بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)
Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Memang bagus menjadi seorang yang peramah. suka bertanya khabar orang lain dan suka memulakan dan meneruskan bicara dengan orang sekeliling supaya suasana tidak menjadi bosan dan memboringkan. orang pun suka kalau kita bersikap peramah, kerana kadang2 dengan sikap peramah kita itu dapat mengubat hati yang lara, dapat menceriakan suasana dan dapat menyegarkan komunikasi antara sesama manusia.
Cuma, kadang2 kerana terlalu peramah kita tak sedar yang kita telah melakukan perbuatan dosa. dalam kita duk bercerita pasal macam2 perkara tu, kita sentuh juga perihal aib dan keburukan orang lain, kita cerita kat orang lain. ketika itu kita dah mengumpat saudara kita. kalau diceritakan perkara2 yang baik dan elok2 saja tak apa, ini sampai segala keburukan saudara kita hebohkan, maka ini sudah tidak betul malah mengundang dosa dan maksiat. orang yang mendengar cerita kita terlibat sama dalam melakukan dosa dek kerana kita yang duk mengumpat orang lain.
kadang2 dek kerana terlalu peramah sampai kita dapat ceritakan setiap keburukan saudara kita secara detail, mula dari A sampai ke Z. tiada satu pun yang tertinggal selagi perkara buruk pada saudara kita tu kita tahu dan lihat atau dengar. apa salahnya kalau kita nasihat dan tegur kesalahan saudara kita secara berdepan dengannya. cuba slow talk dan berhikmah menasihatinya. tak perlu heboh2 kat orang lain hatta kepada orang terdekat dengan kita pun jangan bagi tahu.
perkara aib ni memang amat malu kalau diketahui orang lain. apa kata kalau orang lain duk jaja keburukan diri kita, apa perasaan kita kalau kita tahu si polan duk jaja keburukan kita kat orang lain??? pasti kita pun merasa malu yang teramat sangat, begitu juga dengan orang yang kita dedahkan keaibannya. maklum la, setiap orang tak terlepas dari melakukan kesilapan dak kekhilafan.
kalau orang yang benar2 bersahabat baik, mereka takkan sekali menikam belakang kawan masing2. apa lagi mendedahkan keburukan kepada orang lain. kalau betul kita sayangkan kawan kita, atau keluarga kita, atau sanak saudara kita, maka kita takkan malukan dia dihadapan orang lain. kita akan seboleh mungkin cuba untuk menutup keaiban saudara kita dan membelanya jika dihina dan dicerca oleh orang lain. itulah sahabat sejati bersemangat dengan Ukhuwwah fillah, dan jika saudara kita ada melakukan kesilapan tegurlah dia secara personal dan private. jangan heboh2kan kepada pihak lain.
WALLAHU A'LAM...
No comments:
Post a Comment