óOs9urr(!@#$%& tt ير tûïÏ%©!$# (#ÿrãxÿx. ¨br& ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur $tFtR%2 $Z)ø?رu $yJßg»oYø)tFxÿsù ( $oYù=yèy_ur z`ÏB Ïä!$yJø9$# ¨@ä. >äóÓx« @cÓyr ( أxsùr
يؤمنون ã ÇÌÉÈ
dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Al-anbiya’ : 30
Allah S.W.T. telah menjadikan setiap sesuatu itu bermula dari air. ini menunjukkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita. adat kata, kalau kita tidak minum air kita akan mati. begitulah betapa pentingnya dan besarnya fungsi air dalam memastikan kelangsungan hidup kita di dunia ini.
AIR (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Kitaran AIR menjelaskan kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, di dalam perut bumi dan di lapisan atmosfera bumi. Air di bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, daripada air (cecair) kepada wap (gas)atau kepada ais (pepejal) dan kembali semula. Kitaran air telah berlaku semenjak bumi wujud lagi dan semua kehidupan di bumi bergantung kepadanya. Bumi akan menjadi sebuah planet tanpa kehidupan jika tiada kewujudan air.*
Kitaran AIR menjelaskan kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, di dalam perut bumi dan di lapisan atmosfera bumi. Air di bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, daripada air (cecair) kepada wap (gas)atau kepada ais (pepejal) dan kembali semula. Kitaran air telah berlaku semenjak bumi wujud lagi dan semua kehidupan di bumi bergantung kepadanya. Bumi akan menjadi sebuah planet tanpa kehidupan jika tiada kewujudan air.*
Justeru betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, maka kita mestilah menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita itu. Air secara alamiahnya kita gunakan sebagai minuman untuk menghilangkan dahaga dan memastikan kesinambungan survival hidup.
air juga kita gunakan dalam melaksanakan ibadat. kita mandi menggunakan air, samada mandi sunat, mandi wajib atau mandikan jenazah. kita berwuduk juga menggunakan air.
akitviti pembersihan juga menggunakan air sebagai bahan utama. kita memebersih tubuh badan dengan air, membasuh pakaian dengan air, mencuci kenderaan dengan air, membersihkan peralatan2 lain juga menggunakan air. begitulah peri pentingnya air dalam kehidupan kita seharian.
di dalam sirah Rasulullah, pernah terjadi dalam satu peperangan, Rasulullah menerima pendapat seorang sahabat yang mencadangkan supaya tentera Muslimin berkubu di satu lembah yang ada mata air. semasa Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan di lembah Mekah yang kering kontang, Hajar sanggup meninggalkan Ismail yang masih kecil sementara waktu untuk mencari air.
unta yang terkenal dengan ketahanan tubuh hinggakan dapat hidup walaupun 3 hari tidak makan, tetapi mesti ada simpanan air di dalam bonggolnya. Allah jadikan tubuh unta yang tahan lapar itu tetapi tetap memerlukan air untuk terus hidup.
hari ini, manusia sanggup bergaduh, berbalah, bertumbuk disebabkan air. sistem pengurusan air yang tidak cekap dan mendatangkan kesulitan kepada manusia lain juga menyebabkan berlaku pergesaran dan demonstrasi menuntut pengurusan yang lebih cekap dan adil.
hari ini juga air dijadikan modal untuk bisnes. seseorang yang hendak menggunakan air mesti bayar. kalau harga airnya murah dan munasabah manusia takkan berbalah. tapi, jika harganya meningkat akan menimbulkan kesulitan untuk membayarnya dan akhirnya manusia akan bangkit menentang ketidakadilan tersebut.
No comments:
Post a Comment