aku harap adik aku tu dapat la jawab segala soalan samada bertulis atau lisan, berkumpulan atau individu dengan betul dan baik serta memuaskan hati si penemuduga2. dari minggu lepas lagi aku dah bagi buku2 aku yg sesuai untuk temuduga tu berserta tips2 nak bagi tenang semasa interview dan cara menjawab soalan yang dikemukakan. semoga lepas ni tambah sorang lagi cikgu dalam keluarga ayah aku.
Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Monday, December 12, 2011
INTERVIEW
hari ni adik aku ada interview dekat KTC. interview jqaf untuk ambilan tahun depan. aku pegi hantar adik aku tadi dengan kawan dia kat KTC tu. sampai disana aku lihat ramai jugak calon2 temuduga hari ni. katanya sampai khamis ni interview nak jadi guru jqaf ni kat KTC.
Sunday, December 11, 2011
BANJIR
hujan tgh lebat pagi ni. bermula semalam hujan mula turun di tanah pasir mas ni slps kira2 seminggu lebih cuaca menjadi panas dan tidak hujan. Allah telah memberi peluang kepada manusia untuk melakukan urusan yang sesuai ketika panas terik seperti menjemur pakaian, menjemur keropok, berjalan2 dsb.
mengikut ramalan cuaca kelantan akan mengalami banjir fasa kedua dalam minggu ni. fasa pertama sudah berlalu kira2 2 minggu yg lalu. banjir fasa pertama tidaklah seteruk mana. tp di bunut susu ni jalan nak masuk ke kg. Kochang menuju ke rumah mertua di anak keranji hampir ditutup. aku sendiri tak berani nak lalu ikut jalan biasa nak balik rumah mertua. kena lalu jalan alternatif, itupun ada air melimpah jugak. nasib baik enjin kereta tak mati mengharung air hari tu.
kini, rasanya mungkin ada benar ramalan tersebut. kalau hujan berterusan sampai esok biasanya air bendang di bunut susu ni akan melimpah balik. terpaksa keluar guna jalan alternatif. apapun banjir yang Allah jadikan ini perlu dilihat sebagai satu hikmah. hikmahnya untuk menyedarkan kita betapa kerdilnya manusia bila berdepan dengan fenomena alam yang Allah ciptakan.
kalau kita lihat baru2 ini, bukan di kelantan saja berlaku banjir, malah di negeri2 lain pun banjir jugak. banjir ada berlaku di terengganu, pahang, johor, melaka, perak, selangor bahkan boleh dikatakan semua negeri di malaysia ini pernah dilanda banjir.
Friday, October 7, 2011
PONTENG
bila sebut ponteng biasanya kita akan terbayang kepada budak 2sekolah yang suka ponteng sekolah. ada yang lompat pagar, ada yang keluar pagar, ada yang menyuruk pagar semata2 nak ponteng sekolah. kebiasaannya mereka ponteng kerana sebab2 tertentu, antaranya: GO TO - http://ohcikgu.com/2010/11/06/5-sebab-kenapa-pelajar-sekolah-ponteng-sekolah/
namun, sebenarnya ada banyak lagi aspek yang boleh dikatakan ponteng. masalah ponteng ni bukan hanya terjadi dikalangan budak2 sekolah saja. tetapi ponteng juga berlaku kepada bapak2 dan mak2 budak. ponteng berlaku di tempat kerja. ada pekerja yang tidak hadir @ ponteng dari tempat kerja. kemudian diadakan sebab2 tertentu walhal sebenarnya dia malas atau sebab2 lain yang tidak munasabah.
ponteng juga berlaku kepada ahli2 parlimen atau adun. mereka ni pun ada yang ponteng dari menghadiri sesi perbahasan di parlimen atau dun masing2. kalau tak hadir atas sebab2 yang diuzurkan syarie tu tak apalah, tapi yang tak bestnya ponteng sebab benda2 lain. walhal diorang ni terima gaji dan elaun dari duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat. tapi mereka yg suka ponteng ni senang2 je makan hasil secara tidak jujur dan boleh dikatakan haram.
seperkara lagi, kalau ahli parlimen atau adun tu mereka dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya sebagai wakil rakyat membawa suara dan isihati rakyat atas segala isu yang bersabit dengan keperluan dan kepentingan rakyat. tapi kalau asyik ponteng je, bila nak suarakan masalah dan harapan rakyat??? lepas tu bila rakyat dah tahu perangai ahli parlimen atau adun masing2 yang suka ponteng tu, bawa2lah tukar wakil rakyat lain pulak.
dan yang lebih penting adalah ramai orang yang suka ponteng menunaikan kewajipan fardhu ain dan juga fardhu kifayat. berapa ramai manusia yang suka ponteng dari menunaikan solat secara berjemaah dan juga secara bersendirian??? berapa ramai orang yang ponteng dari melakukan kerja2 amal yg menjadi fardhu kifayat seperti gotong royong membersihkan kubur dan sebagainya??? FIKIR2 KANNNN!
Monday, October 3, 2011
LAMBAIAN KAABAH
baru bbrp jam tadi ada majlis solat hajat di rumah. solat hajat ni kerana abg dan kakak iparku akan pergi menunaikan fardhu haji lusa. ptg esok mereka berdua naik kapal terbang dari pengkalan chepa ke KLIA. lps tu pagi lusa diorang akan bertolak ke Makkatul mukarramah.
ramai jugak org dtg solat hajat. ada dalam 60 org campur lelaki dan perempuan. sehari dua sebelum tu pun dah ramai org yg datang nak 'berjumpa' dgn diorang berdua ni.
mereka akan pergi selama 48 hari disana. maknanya sebulan lebih, lama juga tu masanya. kiranya mereka ni masih lagi dikalangan orang yang terawal di'jemput' mengerjakan haji. mudah2an haji mereka adalah haji yang mabrur, haji yang diterima oleh Allah S.W.T aku ni tak tahu lagi bila boleh pergi menunaikan haji. insya Allah masanya akan tiba pada masa akan datang. niat dan azam dah ada, cuma kena rajin 'topup' wang dalam akaun tabung haji.
menulis mengenai ibadah haji ni, teringat kepada nabi Ibrahim dan nabi Ismail. kisah merekalah yang menjadi sebahagian dari pensyariatan ibadah haji ini. teringat bagaimana kisah nabi Ibrahim yang meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya nabi Ismail di padang pasir yang tandus dan tidak ada pokok kayu atas perintah Allah S.W.T.
bagaimana Siti Hajar berulang alik dari Safa dan Marwah untuk mencari air bagi dirinya dan juga putera kesayangan nabi Ismail yang sedang menangis terisak2 kehausan. daripada sinilah, Allah mensyariatkan supaya umat Islam yang mengerjakan haji melakukan sai'e dari Safa ke Marwah mengingati pengorbanan yang dilakukan Siti Hajar.
begitu juga dengan irhas yang berlaku ke atas nabi Ismail. dimana semasa ibunya sedang kehulu hilir mencari air, kakinya mengais2 tanah sehingga dengan izin Allah keluar mata air yang sehingga kini dikenali air Zam-zam. Air Zam-zam yang tidak pernah kering dan habis ini masih lagi diminum dan dibawa balik oleh umat Islam yang mengerjakan haji dan juga umrah di sana.
kalau dilihat kepada kesatuan dan semangat persaudaraan Islam, ibadah haji ini memanifestasikan perhimpunan manusia yang terbesar didunia. ia menggambarkan bahawa umat Islam itu adalah satu dan sepatutnya umat Islam benar2 bersatu dalm segenap segi kehidupan. barulah kehidupan umat Islam seluruh dunia akan terjamin keselamatannya, kebajikannya, pendidikannya, kesihatannya, dan kebahagiaannya.
kembali kepada penilaian individu, ibadah haji adalah kemuncak kepada peribadatan kita sehari2. ini kerana boleh dikatakan ibadah haji itu menghimpunkan segala jenis ibadah didalamnya. ada solat, zikir, doa, korban, tawaf, dsb. didalamnya juga ada latihan membentuk akhlak dan personaliti muslim sejati kerana orang yang mengerjakan ibadah haji dikehendaki berkelakuan baik, sopan, sabar, ikhlas, jujur dan rajin.
maka, sesiapa yang mengerjakan haji perlu melakukan ibadah hajinya dengan sepenuh jiwa dan raganya serta mengharapkan semoga ibadah hajinya itu diterima oleh Allah S.W.T dengan mendapat haji yang MABRUR. kerana RasululLah S.A.W. pernah bersabda : “Haji yang mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan syurga” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam kitab Baqi Musnad al-Mukatthirin, bab Musnad Abi Hurairah r.a).
Friday, September 23, 2011
vice versa
- ucapan syahadah tidak boleh dipermain-mainkan.
- ucapan syahadah bererti ucapan 'aqidah yang bersifat tetap dan teguh, tidak boleh dibuat secara suka-suka dan lawak jenaka sahaja.
- kalau nak buat lawak jenaka, kena berpada-pada. kadang2 kita anggap apa yang kita kata atau buat itu just joke dan orang lain pun suka.
- tapi, sebenarnya tidak semua lawak yang dibuat itu disukai orang lain terutamanya kalau melibatkan lawak yang bersifat peribadi.
- ada juga lawak yang menyebabkan orang sakit hati, marah dan tak puas hati dengan kita. betul dia pun ketawa ketika orang buat lawak, tapi jauh di sudut hati disembunyikan perasaan marah dan tak puas hati kepada orang yang membuat lawak itu.
- apa lagi kalau lawak itu menyentuh pegangan agama, budaya, sejarah atau apa saja yang boleh membangkitkan perasaan marah orang ramai jika lawak itu bersifat memberikan persepsi negatif atau bercanggah atau membohongi perkara2 diatas.
Friday, August 26, 2011
KUUNUU RABBANIYYIIN WALAA TAKUUNUU RAMADHAANIYYIIN...
di bulan Ramadhan ini ramai umat Islam yang berlumba2 melakukan amal ibadat. sama ada ibadat wajib mahupun yang sunat ramai orang Islam yang berlumba2 melakukannya. mereka rajin solat berjemaah di majid, rajin baca al-qur'an, rajin bersedekah, rajin berzikir, rajin beriktikaf dan segala macam rajin lagi dibuatnya.
fenomena ini jika dilihat dan diperhatikan sebaiknya amatlah membanggakan dan menunjukkan ruh semangat ibadat yang tinggi dikalangan umat Islam.
namun, apa yang menyedihkan ramai juga dikalangan kita yang hanya beribadat dengan begitu rajin pada bulan ramadhan sahaja. habis saja ramadhan amal ibadat yang banyak dilakukan itu semakin lama semakin ditinggalkan hingga akhirnya tiada lagi ibadat itu dilakukan.
kalau di bulan ramadhan, pada sebelah malam ruang masjid penuh dengan orang yang ingin solat fardhu dan solat terawih. tetapi bila masuk 1 syawal, jemaah yang begitu ramai itu semakin berkurangan hingga akhirnya tinggal pak imam dan bilal saja melakukan solat di sesetengah tempat.
begitu juga dengan tilawah al-Qur'an. kalau di bulan Ramadhan sempat 2-3 kali khatam. pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam asyik duk baca al-Qur'an. tetapi apabila habinya bulan ramadhan bacaan al-Qur'an ditinggalkan. al-Qur'an yang dibelek tiap2 hari itu disimpan kembali di dalam almari dan dikunci dengan kemas. tunggu ramadhan tahun depan pulak baru buka balik almari tu ambil al-Qur'an tu untuk dibaca. itu pun kalau sempat berjumpa dengan ramadhan tahun seterusnya.
amalan sedekah pun begitu juga. di bulan ramadhan ramai orang suka bersedekah. tak boleh tengok orang susah sikit mesti nak huluir duit seringgit dua atau lebih. kalau yang kaya gila tu sampai sponsor majlis berbuka puasa untuk orang miskin dan juga anak2 yatim. buat pulak tu dekat hotel2 besar konon nak bersedekah kepada mereka yang memerlukan. tapi bila habis ramadhan, sifat kedekut dan bakhil kembali bertapak dihati. orang miskin yang dibantu dibulan ramadhan tadi sudah tidak dipedulikan malah dihina sehina2nya.
begitulah perangai sesetengah dari kita. kita seolah beribadah kerana bulan ramadhan bukan ikhlas kerana Allah S.W.T. kita hanya menjadi baik dan soleh hanya di bulan ramadhan. tetapi pada bulan2 lain kita menjadi sahabat syaitan dan iblis.
sepatutnya, bulan ramadhan ini menjadi latihan kepada kita berbuat amal kebajikan sebanyak2nya dan kesannya akan kita bawa sepanjang hidup kita walaupun di bulan2 lain. barulah matlamat mendapatkan 'TAQWA' itu tercapai dan kita beroleh kejayaan dan kemenangan yang sempurna sepanjang melakukan ibadah di bulan ramadhan.
Monday, August 22, 2011
dimana lailatul qadr?
malam ini malam 23 ramadhan. dikatakan malam lailatul qadr ada pada salah 1 dr 10 malam terakhir ramadhan. mungkin malam ini adalah malam lailatul qadr. atau mungkin juga ia telah lepas. atau boleh jadi juga ia masih belum tiba.
malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. dianggarkan beruia lebih kurang 84 tahun. bayangkan kita dapat beribadat kepada Allah selama lebih 84 tahun. usia kita pun belum tentu dapat mencapai hingga 84 tahun. ada ramai orang yang mati ebelum menginjak ke usia tersebut.
malam ini hujan lebat. mengikut petandanya malam ini bukan malam lailatul qadr. kerana pada malam lailatul qadr dikatakan hujan hanya turun renyai2 pada jam 2-3 pagi. semasa sedang solat terawih tadi tiba2 hujan turun dengan agak lebat. makin lama makin lebat hinggalah sekarang hujan tak berhenti lagi.
pada pagi keesokannya pula dikatakan matahari bersinar tetapi tidak menyilaukan mata. boleh tengok matahari naik dengan jelas. itu antara tanda2nya malam lailatul qadr.
bila bertemu dgn malam lailatul qadr kenalah banayakkan ibadah. baca Qur'an, solat malam, berzikir, menuntut ilmu dsb. tp bukan bermakna bukan malam lailatul qadr kurangkan ibadah atau takde ibadah langsung. kena sentiasa perbanyakkan ibadah lebih2 lagi pada malam lailatul qadr.
Wednesday, August 10, 2011
SALAH SENDIRI...
Isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya semakin hangat diperkatakan. banyak pihak memberikan pandangan ke atas insiden tersebut. ada yang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan tak kurang juga yang kurang bersetuju dengan pendekatan dan cara yang digunakan oleh JAIS dalam insiden itu.
Kristian merupakan satu agama 'evangelization' atau 'Christian Mission' iaitu mempunyai dakwah mengajak mereka yang belum menganut agama mereka supaya murtad dan memeluk Kristian. begitu juga halnya dengan agama Islam, juga adalah agama Dakwah yang menyeru manusia supaya menjadikan Islam sebagai agama mereka.
Justeru, pelbagai cara dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk menarik dan mengajak manusia umum supaya bertukar akidah dan menganut agama mereka. Tidak pelik jika pihak gereja menggunakan pendekatan memberikan sumbangan dan bantuan kepada orang Islam yang hidup susah kerana kita orang Islam juga boleh menggunakan pendekatan sedemikian dalam usaha untuk menarik manusia supaya menganut agama Islam.
Apa yang sepatutnya menjadi persoalan adalah dimana tanggungjawab pihak kerajaan yang dikhaskan untuk menjaga kebajikan umat Islam sebagai contoh lembaga Zakat dalam usaha memastikan kebajikan setiap umat Islam terbela dan terlepas dari hidup melarat?
kita ibaratkan golongan gereja kristian itu seperti harimau yang sentiasa menunggu masa untuk membaham rusa di dalam kandang. kalau tuan punya kandang tidak menyelia dengan baik rusa2 tersebut, nescaya lama kelamaan sang harimau tadi akan dapat membaham rusa yang dipelihara itu.
begitu juga dengan senario yang berlaku ini. sekiranya pihak berkuasa dapat menjaga kebajikan dan keselamatan orang Islam dengan baik dan sempurna, maka tidak ada sebab untuk golongan yang susah tersebut pergi atau dijemput untuk menerima bantuan dari pihak gereja.
musuh diluar tidak akan dapat menewaskan kita jika kita dapat mengawal dan mengurus segala situasi dan permasalahan dalaman kita dengan baik. sebaliknya, apa yang membimbangkan adalah apabila berlaku pengabaian tanggungjawab ke atas memastikan kebajikan dan kesejahteraan umat Islam. maka ketika inilah musuh mengambil kesempatan untuk cuba menarik seramai mungkin umat Islam supaya lari dari akidah Islam dan menganut agama mereka dengan menggunakan pendekatan yang bersifat pertolongan tetapi sebenarnya tersimpan niat buruk mereka untuk memurtadkan umat Islam.
Sunday, July 31, 2011
MALAM PERTAMA RAMADHAN
baru sebentar tadi penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan bahawa tarikh puasa pada tahun ini adalah esok. ini bermakna bermula dengan malam ini umat islam sudah boleh niat berpuasa esok dan juga puasa untuk tempoh selama sebulan.
pada malam ini juga umat islam sudah boleh melaksanakan ibadah solat terawih yang mana ianya hanya dapat dilakukan pada bulan ramadhan.
kebiasaannya pada malam2 awal seperti ini ramai yang pergi solat terawih. tetapi selepas separuh biasanya orang semakin berkurangan. ada yang sibuk nak buat kuih raya, nak cari pakain raya, perhiasan raya dan sebagainya.
sungguh rugi orang2 yang seperti itu. ini kerana solat terawih hanya dapat dilakukan pada bulan ramadhan dan ganjarannya sangat besar sekali diberikan oleh Allah. sepatutnya masa untuk membuat persiapan ray dapat di'ejas' sebagai contoh cari awal2 sebelum puasa lagi. ataupun carilah atau buatlah pada siang hari puasa.
oklah, orang dah habis azan, nak solat isyak dan terawih dulu. wassalam!
Saturday, July 30, 2011
MENJELANG RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di antara bulan2 yang lain dalam Islam.
Ramadhan digelar sebagai penghulu segala bulan lantaran banyak kelebihan dan kemuliaan serta kebaikan yang terdapat dalam bulan ini.
Ramadhan adalah bulan dimana semua umat Islam yang cukup syarat sah dan syarat wajib menunaikan ibadah puasa.
Ramadhan adalah bulan dimana umat Islam berbondong2 ke masjid, surau atau musolla untuk menunaikan solat Terawih.
Ramadhan adalah bulan dimana Allah S.W.T. melipatgandakan pahala bagi orang2 yang beramal dengan Ikhlas di dalamnya.
Ramadhan adalah bulan dimana Allah menurunkan kitab suci AL-QUR'AN AL-KAREEM yang menjadi panduan dan hidayat kepada semua manusia dan jinn.
Ramadhan adalah bulan dimana terdapat didalamnya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam LAILATUL QADR.
Ramadhan adalah bulan dimana iblis dan syaitan2 laknatullah dirantai dan dikunci dari menghasut dan memporakperandakan kehidupan manusia.
Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam berusaha menggapai ketakwaan kepada Allah dan mendapat kerahmatan, keampunan, dan pembebasan dari api neraka.
Thursday, June 30, 2011
SALAM ISRA' MI'RAJ!
hari ini 27 Rejab dikatakan ulangtahun berlakunya 1 peristiwa yang cukup besar dan sangat memberi bekas kepada umat Islam yang berlaku kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. peristiwa yang dinamakan sebagai ISRA' MI'RAJ ini terlalu signifikan dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan jadikan iktibar.
jika dilihat semasa sebelum berlakunya peristiwa ini, Rasulullah diuji dengan 2 peristiwa yang sedih dan menyayatkan hati. 2 orang kuat Baginda yang sentiasa membantu ketika mana melaksanakan Da'wah kepada manusia telah kembali kepada Allah. Sayyidatina Khadijah, Ummahatul Mu'minin yang merupakan isteri Baginda yang pertama dan amat banyak berkorban jiwa dan harta dalam mengembangkan ajaran Islam menemui Penciptanya meninggalkan Baginda seorang.
Begitu juga bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak mempertahankan baginda dari dihina, diseksa dan dipukul oleh kaum kafir Quraisy pergi jua meninggalkan Baginda keseorangan meneruskan misi da'wah. walaupun pakciknya ini tidak memeluk Islam, tetapi jasa dan pengorbanannya terhadap Nabi Muhammad amat tidak ternilai.
seperkara lagi yang berlaku sebelum peristiwa Isra' Mi'raj ini, Baginda dihina dan dimalukan oleh penduduk Taif dengan menyuruh budak2 nakal melontar batu ke arah Baginda yang pergi ke Taif untuk mengajak masayarakat Taif supaya memeluk agama Islam. begitu sedih dan hinanya Nabi kita diperlakukan sedemikian oleh manusia2 Taif ketika itu, namun Baginda tidak berdendam dan tidak menaruh perasaan benci kepada mereka malah mendoakan semoga mereka menerima Islam 1 hari nanti.
3 kejadian diatas benar2 membuatkan Baginda berasa sedih. sehinggakan tahun itu dinamakan sebagai ''amul huzni' iaitu 'tahun kesedihan'. tahun dimana Baginda ditimpa peristiwa yang sedih secara bertalu2. lalu, Allah menganugerahkan kepada Baginda peristiwa Isra' Mi'raj ini untuk menugab kesedihan dihati kekasihNya disamping memberikan semula kekuatan dan semangat kepada baginda untuk terus berda'wah menyebarkan Islam kepada manusia.
tidak lupa, sebelum Baginda diisra'kan juga, datang Malaikat Jibril dan Mikail membelah dada Baginda untuk mengeluarkan bahagian yang kotor dan diselaputi syaitan supaya hati Baginda sentiasa bersih dan suci sebagai persediaan untuk menerima titah perintah Allah ketika diisra' mi'rajkan nanti.
semasa berlakunya proses Isra' Mi'raj ini, baginda dipertontonkan dengan beberapa peristiwa. peristiwa2 tersebut diringkaskan seperti di bawah:
1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah ..
2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang beriman kepada Allah.
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.
11. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
12. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
13. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
14. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
15. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
16. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
17. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
18. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
19. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
20. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.
setelah selesai Baginda diisra' Mi'rajkan, lalu Baginda pun memanggil orang2 Quraisy untuk memberitahu peristiwa yang dialaminya dalam masa semalaman. lanjutan dari pemakluman ini, orang2 Quraisy pada masa itu terpecah kepada 3.
1) kumpulan pertama adalah orang2 kafir yang terus mendustakan berita yang dibawa oleh Baginda. semakin dida'wah dan diberi berita benar, semakin jauh hati mereka dengan Islam.
2) kumpulan kedua, orang2 Quraisy yang telah memluk Islam tetapi hati mereka masih belum yakin dengan keimanan. lalu mereka kembali menjadi murtad dan menganut agama asal mereka menyembah berhala dengan alasan berita yang dibawa Baginda adalah dusta dan Baginda adalah seorang pendusta. ini menggambarkan tahap keimanan mereka yang masih rapuh dan belum yakin dengan kenabian Rasulullah.
3) Kumpulan Muslimin yang tetap teguh keimanan mereka, walaupun Baginda menyampaikan berita ynag agak susah dan mustahil diterima oleh akal, mereka tetap beriman kepada apa yang disampaikan Baginda, ini termasuk sahabat karib dan juga mertua Baginda, Abu Bakar yang membenarkan apa saja berita ynag dibawa Baginda sehingga beliau digelar al-Siddiq, bermaksud orang yang membenarkan berita.
begitulah bebrapa iktibar yang boleh dikutp dari peristiwa Isra' Mi'raj tersebut. semoga ianya sentiasa menjadi iktibar buat kita semua dan dijadikan panduan serta peringatan dalam melakukan sebarang gerak kerja kehidupan di dunia ini. WALLAHU'ALAM!
Monday, June 20, 2011
GAM
hari ini aku pegi bubuh gam dekat cermin sisi tengok belakang dalam kereta. cermin tu tercabut seminggu lebih dah, dicabut tangan anak aku yang agak 'buas' dan nakal. aku pergi bubuh di kedai cermin dekat Cherang, kena RM25.
katanya, gam ni dah kuat. susah dah nak tercabut. sebelum ni dah banyak tempat dan kedai pegi tanya macamana nak buat cermin yang dah tercabut ni. ada yang kata kena bubuh gam tutan, pegi bubuh tak jadi jugak. ada kata kena tampal double tape, bila dah tampal tak jadi jugak. lepas tu pegi dekat kedai Perodua Wakaf Che Yeh ada bro tu letak gam tutan jugak rasanya. dia suruh masukkan cermin tu keesokkan hari. keesokkannya aku pun letak lah cermin tu dekat besi pelekat yang dia bubuh dengan tutan tu. lekat lah dalam 3 jam, lepas tu jatuh balik.
aku dah jadi boring dan hampir mati akal, macamana nak buat ni. tanya lah sorang cikgu kat sekolah ni, org panggil dia cikgu Jack, walhal namanya Zulkifli. lepas sekolah dia bawa pegi kedai nombor plet gu dia di Panji, gu dia pun kata tak boleh buat jugak. dia suggest suruh pegi kat kedai cermin di Cherang. aku pun pergi lah kat sana, dan cina tu buat, alhamdulillah setakat ni tak tercabut lagi. lepas ni kalau tercabut lagi cina tu suruh pegi kat dia balik dia nak lekatkan semula secara percuma.
susah jugak rupanya nak cari pelekat yang betul2 sesuai dan masuk untuk cermin kereta ni. merata cari sekitar KB ni, baru jumpa tempatnya. itupun kena tunggu dulu dalam minggu ni tgk betul ke lekap sungguh gam tu. kalau tak kena pegi buat balik.
rupanya gam ni penting dalam kehidupan kita. dalam hubungan sesama manusia sendiri perlu ada gam yang menghubungkan kita dengan orang lain. jikalau kita singkap Sirah Rasulullah ketika mana baginda hampir wafat, baginda masih lagi menyebut "UMMATI! UMMATI!" (ummat aku, ummat aku). betapa kuatnya 'gam' dalam diri baginda terhadap ummatnya walaupun belum pernah melihat macamana rupa dan perangai umatnya di akhir zaman ini.
maka kita juga sebagai ummat nabi Muhammad perlu mencari dan menempelkan diri kita dengan 'gam' yang boleh menyatukan kita dengan akidah serta ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad. kita sebagai ummat Islam, perlu mengetahui, menghayati serta mengamalkan apa saja yang dibawa oleh junjungan besar Nabi kita untuk membolehkan kita ini benar2 layak dipanggil sebagai Ummat Nabi Muhammad S.A.W.
di dalam sesebuah keluarga juga perlu ada gam yang kuat yang menghubungkan setiap ahli keluarga tersebut. seorang ayah atau suami perlu ada 'gam ' yang kukuh dengan ibu atau isterinya. ibu bapa perlu ada 'gam' yang kuat dengan anak2, begitu juga sebaliknya anak2 perlu sentiasa ada 'gam' yang melekatkan setiap aktiviti mereka dengan pengetahuan dan keizinan ibu bapa.
hubungan kekeluargaan perlu kejap dan utuh. setiap anak wajib taat kepada ibu bapa dan tidak boleh sekali-kali menderhaka kepada kedua2nya. setiap aktiviti atau program yang ingin dilakukan perlu diberitahu kepada kedua ibubapa dan perlu mendapat keizinan mereka dahulu sebelum boleh dilaksanakan. ibubapa pula perlu sentiasa bertanggungjawab dan cakno dengan setiap tingkah laku dan aktiviti anak2 mereka. ibubapa tidak boleh bersikap sambil lewa melepaskan tanggungjawab kepada pihak2 tertentu semata2 contohnya sekolah; untuk mendidik anak2 mereka. sebaliknya mereka perlu mengawasi dan mendidik setiap anak2 supaya tidak melanggar perintah Allah ketika mana bersosial dan beraktiviti didalam rumah dan juga diluar rumah.
seorang pemimpin perlu sentiasa menjaga 'gam' yang sedia lekat pada dirinya dengan masyarakat atau rakyat yang menyokongnya. pemimpin itu tidak boleh hanya mementingkan dirinya semata2 dan meninggalkan kebajikan serta harapan rakyat terhadapnya. janganlah ber'gam' dengan rakyat bila ada pemilihan atau bila ada orang yang ingin melawannya sahaja. tetapi perlu sentiasa cakno dan peka dengan setiap masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyatnya.
masyarakat atau rakyat pula perlu bijak dalam memilih pemimpin. jangan memilih pemimpin hanya berdasarkan pidatonya sahaja; atau berdasarkan hartanya sahaja;. tetapi kena memilih pemimpin yang benar2 nampak hendak bersama dengan mereka, menyelami nasib malang mereka dan cuba berusaha bersungguh2 menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. syarat utama memilih pemimpin mestilah pemimpin itu bertaqwa. kerana orang yang bertaqwa itu tidak akan sesekali mensia-siakan harapan orang dibawahnya.
begitulah betapa pentingnya 'gam' dalam kehidupan kita ini. tanpanya kita tidak boleh hidup dalam suasana aman damai dan sejahtera.
Monday, May 23, 2011
HALUS ATAU KASAR?
mempengaruhi seseorang mempercayai dan mengikut apa yang kita mahukan tidak terlalu mudah. manusia dewasa bukan seperti kanak2 yang mudah dipujuk dengan aiskrim atau coklat supaya menurut kata. berhadapan dengan orang dewasa memerlukan skill dan ilmu2 tertentu untuk memujuk dan seterusnya mempengaruhi seseorang itu supaya menerima pendapat, kepercayaan, ideologi, atau anutan kita.
cara tersebut boleh dibahagikan kepada 2. ada yang bersifat keras, memaksa, ugutan keras. 1 lagi dilakukan secara lembut dan halus. menggunakan kaedah psikologi membuatkan seseorang itu secara tidak sedar mengikut atau mempercayai dan menerima apa yang ingin disampaikan.
semua bidang sama ada dakwah agama, politik, urusan perniagaan, memsyuarat perlu dilakukan dengan mengambil kira aspek psikologi subjek yang ingin dipengaruhi. ada yang menggunakan fakta2 yang nampak menarik. walaupun ada juga kadang2 yang seolah2 memberikan fakta tetapi sebenarnya adalah 'auta' iaitu fakta yang diputarbelit dan diseleweng dah jadi seperti filem hindi atau tamil yang banyak belit sebelit lidah untuk menuturkan bahasa mereka.
ada juga yang menggunakan sentuhan emosi dan rasa dalam cubaan mempengaruhi seseorang. dibawakan cerita2 dan andaian2 yang boleh memudaratkan sentimen kekeluargaan, kumpulan, kepercayaan, bangsa, atau bahasa sekolompok subjek yang berkongsi ciri2 pengenalan yang sama.
tak kurang juga ada yang secara direct menyebut apa yang dimahukan oleh mereka untuk dilakukan oleh subjek yang menjadi sasaran mereka. golongan ini dilihat tidak begitu pandai dan cerdik dalam menilai tahap emosi, perasaan dan sentimen orang lain. kadang2 golongan ini boleh bertindak secara agresif jika subjek tidak memberikan respon sebagaimana yang diharapkan. penderaan fizikal mungkin terjadi dalam sesetengah keadaan yang terlalu kuat unsur penentangan dan penolakan ke atas ajakan mereka.
1 lagi mungkin cara yang agak konservatif dan lama tetapi masih diamalkan sehingga ini iaitu dengan cara menyogok atau memberi rasuah kepada subjek supaya mengikut kemahuan mereka. guru pelatih merasuah murid supaya bersikap baik ketika penilai melakukan penilaian, ahli perniagaan merasuah pihak berkuasa supaya barangan mereka yang masuk secara tidak sah dilepaskan begitu saja, pemimpin memberikan rasuah kepada rakyat (perwakilan) supaya mengundi mereka dalam jawatan2 tertentu, pesalah jenayah atau trafik memberikan rasuah kepada polis atau penguasa supaya kesalahan jenayah mereka terlindung dan tidak dibicarakan. itulah contoh2 pemberian dan penerimaan rasuah yang kerap berlaku di dalam negara2 di dunia ini.
walau apa pun cara yang digunakan, 'menete menerak' bagi orang yang mempunyai keazaman yang tinggi, berintegriti utuh, berakauntabiliti unggul mencontohi akhlak dan perilaku Rasul2 dan pemimpin agung Islam, mereka tidak akan dipengaruhi. biar mati jasad di bumi, namun kebenaran tetap dijaga dan dizahirkan kepada manusia!
Thursday, May 12, 2011
BAIK PUNYA PLAN...!
cara nak mempopularkan diri sendiri.
wujudkan satu suasana tegang dan gelisah. kemudian tonjolkan diri dan bertindak seolah2 hero yang dapat menyelesaikan suasana tadi.
cukup mudah! org2 yg mudah bengong dan tak berapa cerdik akan mudah dan cepat percaya serta termakan dengan taktik sebegini.
hasilnya, orang akan menganggap kita sebagai hero, disanhjung, dipuji, dijunjung orang ramai. orang mula bercakap mengenai 'kehebatan' kita, walhal tidak ada apa2 pun yg berlaku. lebih parah lagi kita yg mengupah orang supaya mewujudkan suasana tegang tadi dan selepas itu bertindak seolah2 seorang perwira.
Tuesday, May 3, 2011
MATINYA SEORANG KETUA PENGGANAS???
Semalam, media melaporkan Osama Bin Laden yang digambarkan oleh Amerika dan sekutu2 mereka sebagai ketua kumpulan pengganas al-Qaeda telah meninggal dunia. Beliau dikatakan mati terbunuh di dalam pertempuran sengit di Islamabad.
watak ini merupakan satu watak penting yang memberi pengaruh yang amat kuat kepada senario dunia semenjak awal dekad ini. beliau dikatakan orang yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya serangan ke atas World Trade Order di New York yang mengakibatkan beratus2 orang mati. berdasarkan kejadian itulah, Amerika membuat justifikasi untuk menentang pengganas dengan melancarkan serangan ke atas Afghanistan yang menyaksikan lebih ramai rakyat Afghanistan yang beragama Islam mati dibunuh tentera Amerika dan sekutu2 mereka.
apa yang musykil, setelah sekian lama Amerika mencari Osama untuk dibunuh masih tidak jumpa lagi. sedangkan mereka dikhabarkan mempunyai senjata yang canggih-manggih, perisikan yang hebat, jaringan komunikasi yang moden dan termaju. Tetapi kenapa nak tang kap seorang Osama pun tak boleh. alih2 semalam dilaporkan Osama di bunuh setelah lebih sedekad pencarian dilakukan.
berbagai berita dari khabar angin yang dilaporkan mengenai Osama ini. ada yang menyatakan bahawa Osama sebenarnya adalah ciptaan Amerika sendiri untuk mewujudkan satu watak pengganas Islam supaya mudah bagi mereka membunuh kumpulan2 yang disifatkan militan Islam dan juga menjajah negara Islam dengan memberikan alasan itu.
ada juga manusia lain yang percaya dengan propaganda Amerika bahawa Osama sememangnya ketua pengganas satu kumpulan yang dinamakan sebagai al-Qaeda yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kekacauan dan pembunuhan yang berlaku di seluruh dunia. mereka dikatakan memiliki jaringan pengganas antarabangsa yang tersusun rapi diberi latihan khusus untuk memerangi dan membunuh orang kafir serta mewujudkan suasana kacau bilau di dunia.
walau apapun dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau, kita percaya bahawa Osama adalah seorang Islam. kalaupun benar dia menjadi ketua pengganas, kita perlu melihat kepada sebab atau faktor yang mendorong beliau melakukan tindakan sedemikian. Osama mungkin seorang Islam yang komited dengan ajaran agamanya. beliau tidak mahu terus melihat nasib umat Islam yang ditindas, dipermainkan, dihina, dizalimi oleh orang2 kafir yahudi, Amerika dan kafir2 lain. sebagai contoh, lihat saja apa yang dilakukan zionis yahudi keatas umat Islam di Palestin. mereka dibunuh, dirogol, dihina, dirompak dan diperlakukan seperti binatang oleh bangsa zionis yahudi laknatulLah!
dunia hari ini berada dalam cengkaman yahudi dan Amerika. mereka menguasai setiap bidang dan lapangan kehidupan mencakupi persoalan politik, ekonomi, sosial, media-massa, budaya, sukan dan persoalan2 lain. setiap isi atau agenda serta perancangan dalam kehidupan manusia hari ini diatur dan dimanipulasi oleh mereka. tujuan mereka supaya semua manusia berkiblatkan apa yang mereka tentukan supaya mudah mereka menjajah dan mengawal manusia lain.
tertekan dengan suasana tersebut, menyebabkan sekumpulan muslimin mencari jalan menubuhkan kumpulan jihad Islam yang bertujuan untuk menentang kuffar dengan cara mengangkat senjata. apabila ini berlau, kita tidak boleh persalahkan mereka 100%. sebaliknya perlu memperbetulkan punca ataupun asas kepada tindakan yang mereka ambil itu.
Tuesday, April 26, 2011
KEBAIKAN vs KEBURUKAN
di dalam dunia ini ada perkara yang baik dan ada perkara yang buruk. Allah S.W.T. tidak menjadikan sesuatu itu baik belaka, atau buruk belaka. kecuali ada benda yang baik dan ada benda yang buruk.
kita sebagai manusia perlu menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah ini disamping berpandukan wahyu al-Qur'an dan al-Sunnah untuk memilih mana yang baik untuk kita amalkan dari segala perkara yang ada dimuka bumi ini. kita perlu mengenalpasti mana perkara yang baik dan mana perkara yang buruk, kemudian bila sudah dapat tahu apa yang baik, maka yang baik itulah kita amalkan.
untuk mengetahui samada sesuatu itu baik, nak taknak kita kena tahu juga perkara yang buru. ini kerana kalau kita tidak tahu mana perkara yang buruk, maka kita tidak dapat membezakan apa dia ciri2 perkara yang baik dan ap dia ciri2 perkara yang buruk. Justeru itu, perlulah bagi kita mengetahui semua perkara samada yang baik atau yang buruk.
Allah S.W.T. mengajar kita di dalam Kalam SuciNya (al-Qur'an) mengenai perkara yang baik dan juga perkara yang buruk. Di dalam al-Qur'an, Allah menyebut mengenai Syurga, dan Allah juga menyebut tentang Neraka. begitu juga dengan perkara2 yang lain, Allah menyebut mengenai Pahala dan Dosa, Amal Soleh dan Maksiat, Malaikat dan Iblis, Nikmat dan Azab, Taqwa dan Nafsu. Semua ini memberi pengertian kepada bahawa dalam kehidupan kita seharian juga, kita perlu tahu itu kebaikan sesuatu perkara dan apa dia keburukannya.
tidak ada sebab bagi kita untuk hanya memberitahu, mengajar, mendidik, mentarbiah orang lain dalam perkara kebaikan sahaja. begitu juga adalah tidak kena kalau kita hanya mendedahkan keburukan sesuatu perkara. sebaliknya kita perlulah mendedahkan kedua2nya sekali, kebaikan dan juga keburukan sesuatu perkara.
sebagai contoh, apabila kita ingin memberitahu tentang rokok adalah tidak bijak jika hanya memberitahu faedah atau perkara positif yang akan berlaku jika kita tidak merokok. sebaliknya disamping perkara positif, kita juga perlu menerangkan perkara negatif akibat dari tabiat suka menghisap rokok. begitu juga dengan perkara2 lain.
Saturday, April 23, 2011
POCO2
MAJLIS FATWA NEGERI PERAK tetap memutuskan tarian poco2 adalah HARAM. manakala keputusan MAJLIS FATWA KEBANGSAAN pula mengatakan tarian tersebut adalah harus.
implikasi bagi 2 keputusan yang berbeza ini adalah sangat besar. pertamanya bagaimana dalam sebuah negara yang mendakwa sebagai negara Islam boleh mengeluarkan 2 fatwa yang sangat berbeza dan berlawanan, satu kata harus dan satu lagi kata haram.
kedua, apakah tanggapan masayarakat bukan Islam apabila mengetahui 2 keputusan yang berbeza ini? mungkin mereka merasakan bahawa hukum dalam agama Islam ini macam kartun boleh berubah2 walaupun dalam negara yang sama, masyarakat sama.
ketiga, dimana kredibiliti semua mufti di Malaysia ini sekiranya tidak dapat memberikan kata putus yang sama dalam sesuatu masalah atau isu, e.g. tarian poco2 ini. mengapa tidak boleh dikeluarkan fatwa secara bersama, setelah dilakukan kajian bersama2, meneliti definisi, corak serta kesan sesuatu isu ke atas umat Islam di Malaysia ini.
seolah2 tidak berlaku ijmak 'ulama dalam memberikan jawapan kepada isu ini. dimana pelaksaan ijmak dan qiyas yang digariskan oleh para salafussoleh terdahulu dalam mencari jawapan hukum bagi persoalan baru yang tiada di zaman Rasulullah dan para Sahabat.
memang benar umat Islam berpecah. salah satu isu perpecahan yang jelas nampak sekarang ini adalah dalam keputusan isu poco2 ini.
pandangan peribadiku, kalau namanya tarian, dilakukan dengan berlatar muzik dangdut yang melalikan, bercampur antara lelaki dan perempuan, terdapat juga mereka yang tidak menutup aurat, maka itu adalah perbuatan HARAM.
bukan saja poco2, malah apa saja jenis tarian yang berciri seperti di atas maka ia adalah HARAM. kalau kata senaman, kenapa perlu bercampur lelaki dengan perempuan. kemudian, menari dengan melenggok2kan badan, nampak batas2 aurat yang wajib dipelihara maka ia adalah HARAM.
bila ada sesi tarian/senaman poco2 ini, aku lebih rela bersendirian, meninggalkan mereka yang lalai dan ditipu!
Tuesday, April 12, 2011
DARI KERANA MATA...
lirik lagu di atas menggambarkan seseorang yang terpikat hatinya kepada orang lain setelah melihat mata orang tersebut. orang kata dari mata turun ke hati. Jadi, apabila mata bertentang mata, maka hati mula berbicara. merencanakan sesuatu agar dapat berkenalan dengan orang yang diminati dan akhirnya berhajat supaya diijabkabulkan dengan sempurna.
setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai keistimewaan dan keunikan yang menyebabkan hati sesetengah orang yang lain mudah terpikat dan tergoda dengannya. Jika dikelompokkan daya penarik atau daya pemikat tersebut, bolehlah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
1) manusia terpikat dengan tubuh badan fizikal manusia lain.
- sebagai contoh ada orang yang berkenan dengan orang yang mempunyai hidung mancung, lesung pipit dipipi, kulit putih bersih, mata bulat menawan. apabila saja terpandang individu2 yg bersifat fizikal sedemikian, maka hatinya mula berdebar2, "kuch kuch ho ta hai".
2) tergoda dengan gaya atau suara.
- ada juga manusia yang mudah terpikat apabila mendengar suara yang dianggapnya lunak, merdu, memikat sanubari ataupun dengan melihat kepada gaya seseorang itu berjalan, bergerak, bercakap, dsb, seolah2 melihat Superstar Rajni beraksi, zupp... zuppp... zuppp... penuh style yg unik!
- manusia sebegini tidak mementingkan rupa paras atau bentuk fizikal, tetapi mereka lebih menikmati keseronokan dalaman yang hanya dapat dirasai melalui hati dan perasaan.
3) tertarik dengan kehebatan bakat dan seni seseorang
- ada juga orang yang tertarik melihat kehebatan bakat yang Allah kurniakan kepada seseorang. ada orang yang berbakat dalam berpidato, mendengar salam yang diberikannya saja, hati sudah terpikat dan sanggup duduk 2-3 jam mendengar setiap butir2 perkataan yang keluar dari mulutnya. ada juga yang berbakat dalam lakonan, tarian, nyanyian, sukan dan juga bakat2 lain.
- manusia yang tertarik kepada golongan ini juga tidak mementingkan paras rupa, tetapi kalau rupa ada, bakat pun ada, maka itu adalh bonus kepadanya.
4) paling penting tetapi tak ramai yang mudah tertarik
- manusia beriman, berilmu, berakhlak, bertakwa. setiap pertuturan dan perlakuannya menggambarkan imannya kepada Allah. setiap patah perkataan dan gerak geri yang lahir darinya mengingatkan kita kepada KEBESARAN ALLAH.
- beruntunglah mereka yang memilih manusia dalam golongan ini dengan mengutamakannya dari memilih manusia dalam 3 golongan di atas. WALLAHU 'ALAM!
Sunday, April 10, 2011
MISTERI KEHILANGAN KASUT!
"Baik, hari ini kita akan baca surah al-Ruum. Aidiq, awak mula baca dari ayat pertama", kata Ustaz. selesai Aidiq membaca ayat ketiga, Ustaz berkata: "Cukup Aidiq. Sekarang Ustaz nak Sahlan pulak sambung bacaan Aidiiq. Sahlan! kenapa senyap dan tunduk?". "Dia menangis, Ustaz", sampuk murid2 lain."Sahlan, kenapa awak menangis?", tanya Ustaz.
"Kasut saya hilang Ustaz, semasa keluar dari perpustakaan tadi, saya tengok kasut saya sudah hilang", jawab Sahlan. "Awak dah cari ke kasut tu kat kawasan sekitar perpustakaan?", tanya Ustaz. "sudah, Ustaz. Tapi tak ada", jawab Sahlan. "mari kita pergi cari sekali lagi", kata Ustaz kepada Sahlan.
"Ini dia kasut saya Ustaz", kata Sahlan. "Awak jumpa kat mana kasut tu?", tanya Ustaz. "kat dalam tong sampah ni, Ustaz", jawab Sahlan.
"Kasut saya hilang Ustaz, semasa keluar dari perpustakaan tadi, saya tengok kasut saya sudah hilang", jawab Sahlan. "Awak dah cari ke kasut tu kat kawasan sekitar perpustakaan?", tanya Ustaz. "sudah, Ustaz. Tapi tak ada", jawab Sahlan. "mari kita pergi cari sekali lagi", kata Ustaz kepada Sahlan.
"Ini dia kasut saya Ustaz", kata Sahlan. "Awak jumpa kat mana kasut tu?", tanya Ustaz. "kat dalam tong sampah ni, Ustaz", jawab Sahlan.
Friday, April 8, 2011
PASAR PAGI KEDAI BULOH
Pasar Pagi di Kampung Kedai Buloh diadakan pada setiap hari jumaat, seawal jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Pasar ini terletak di Cabang 3 Baru Kedai Buloh, dahulunya terletak di Cabang 3 Lama. Disebabkan masalah lalu lintas yang terlalu teruk di Cabang 3 Lama setiap kali diadakan pasar pagi, maka pihak berkenaan memindahkan pasar tersebut ke Cabang 3 Baru yang lebih luas dan selesa.
semakin lama semakin ramai peniaga dan juga mengunjung yang berurusniaga di pasar ini. sehingggakan kalau datang jam 10 pagi, tempat letak kereta sudah penuh dan terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak jauh dari pasar. berbagai barangan dan juga makanan dijual di pasar ini, meliputi nasi, lauk-pauk, makanan segera, kuih-muih, lauk-pauk, pakaian, permainan kanak-kanak, vcd, buah-buahan, peralatan rumah dan dapur dan sebagainya. boleh dikatakan segala jenis keperluan harian terdapat disini. yang tinggal lagi ad duit atau tak ada duit nak membeli semua barang-barang tu.
kat bawah ni tengoklah sendiri beberapa keping gambar yang boleh menggambarkan suasana pasar tersebut. kalau nak rasa pengalaman sebenar, datanglah sendiri, dalam gambar ni sedikit saja pengalaman yang boleh diceritakan.
jual cd
shot bahagian tepi, ni kat hujung pasar
ini barang RM1 - 1
PILIH! PILIH!
BAHAGIAN SELIPAR
ORANG TUA, ORANG MUDA, KANAK-KANAK, LELAKI, PEREMPUAN SEMUA ADA!
JELUK, BALDI, BEKAS PLASTIK...
BAHAGIAN PAKAIAN PEREMPUAN
KEADAAN BEGITU DITENGAH2 PASAR...
BAHAGIAN PAKAIAN SUKAN
tak tahu kenapa sebahagian gambar tidak dapat dipaparkan...
Monday, April 4, 2011
MEDAN IKAN BAKAR KEDAI BULOH
Medan ikan bakar ni sebenarnya dah 2 minggu lebih beroperasi di tepi sungai Kedai Buloh. Tapi disebabkan beberapa masalah, baru malam ni sempat aku postingkan pasal medan ikan bakar ni. viewnya sungguh menarik sebab terletak betul2 di tepi sungai. makanannya aku kira oklah, sederhana je kot!.
PEMANDANGAN DISISI
ORANG RAMAI JUGAK!
PELAYAN SEMAKIN SIBUK MELAYAN PELANGGAN
IM DAH BORING NAMPAKNYA
korang tengok sendirilah macamana rupa bentuk medan ikan bakar ni. nama blog ni anakkedaibuloh, jadi aku rasa tak kena kalau aku tak masukkan cerita mengenai medan ikan bakar ni kat kampung aku, Kedai Buloh. Jom, layan...
PEMANDANGAN DILUAR
PEMANDANGAN DISISI
ORANG RAMAI JUGAK!
PELAYAN SEMAKIN SIBUK MELAYAN PELANGGAN
IKAN BAKAR YANG AKAN DIMAKAN OLEHKU DAN ISTERI
IM DAH BORING NAMPAKNYA
SETELAH DIBELASAH SEPARUH...
MAMA RALITNYA MAKAN!
LICIN DIMAKAN PELANGGAN
MENU YANG ADA
ORANG TUAKU DAN ADIK2
Subscribe to:
Posts (Atom)