Friday, November 21, 2014

HOUSEHUSBAND

aku dah jadi househusband. isteriku beranak dah masuk 33 hari. bermakna dah 33 hari aku jadi househusband. baru ku tahu banyak rupanya tugas di rumah ni. kalau nak disenaraikan memang banyak. cuma yang mampu aku senaraikan seperti dibawah:

1) kemas rumah.
1.1. sapu lantai.
1.2. mop lantai.
1.3. susun meja dan perabot.
1.4. sapu sawang labah-labah. 
1.5. lap perabot.

2) basuh pakaian.
2.1. basuh pakaian.
2.2. jemur pakaian. 
2.3. angkat pakaian.
2.4. lipat pakaian. 
2.5. seterika pakaian.

3) memasak. 
3.1. beli lauk dan sayur.
3.2. siang lauk dan sayur.
3.3. masak nasi dan lauk. 
3.4. hidang nasi dan lauk. 
3.5. basuh pinggan mangkuk. 

itu tak termasuk tugas-tugas lain macam mendodoikan anak, menjaga anak semasa isteri nak mandi, makan. menguruskan anak yang sorang lagi tu. dll. namun, ada hikmah yang aku boleh ambil dengan melakukan tugas-tugas tersebut. yg penting aku rasa lebih rajin dan lebih bertanggungjawab. inilah antara hikmah dan kebaikan bagi orang yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. SEKIAN. 

Friday, November 7, 2014

BULI

di akhir-akhir ini negara dikejutkan dengan beberapa klip video yang memaparkan aksi membuli berlaku di asrama sekolah. sebenarnya aktiviti membuli ini merupakan aktiviti yang sudah sekian lama berlaku. cuma di masa ini dengan kecanggihan teknologi dan media massa video mengenainya terlalu cepat tersebar dan amat mudah didapati. dengan adanya fb, whatsapp, twitter dan bermacam2 lagi perisian moden perkara ini menjadi semakin cepat tersebar. 

memang kegiatan membuli merupakan aktiviti yang buruk dan negatif. golongan senior yang merasakan mereka lebih berkuasa di sesuatu komuniti menjadikan adik-adik junior mereka sebagai mangsa buli. berbagiai alasan direka untuk meng'harus'kan perlakuan buli mereka ke atas adik2 junior. dan ada juga yang membuli tanpa sebarang alasan. namun, walau apapun alasan buli mereka perbuatan mereka itu tetap salah kerana sepatutnya jika ada sebarang kesalahan dilakukan junior mereka sepatutnya melaporkan kepada pihak asrama atau warden yang lebih berhak menyiasat dan menjatuhkan hukuman. 

sebenarnya dari segi psikologi pembuli ini adalah orang yang lemah. mereka kurang mendapat kasih sayang dari keluarga. ibubapa yang terlalu sibuk bekerja dan menghantar mereka ke asrama walaupun mereka sepatutnya diberikan kasih sayang secara langsung oleh keluarga mereka. apabila mereka berada di asrama maka mereka ingin melepaskan tekanan perasaan mereka kepada junior mereka. dari situlah berlakunya kes-kes buli. seandainya mereka ini cukup kasih sayang nescaya mereka tidak akan membuli sesama mereka. 

golongan yang dibuli pula sepatutnya tidak takut untuk melaporkan perlakuan buli senior mereka. mereka perlu melaporkan kepada warden dan ibubapa atau keluarga mereka supaya diambil langkah pencegahan untuk mengelakkan dari kegiatan buli ini terus berlaku. mereka juga sewajarnya bekerjasama sesama mereka melawan balik golongan pembuli kerana pembuli biasanya akan terus membuli jika mangsa buli tidak melawan. tetapi apabila mereka berpakat melawan pembuli, pembuli pun akan terkejut dan tidak mustahil mereka menghentikan perbuatan mereka. 

pihak ibubapa dan penjaga pula perlu menyelidik sendiri anak2 mereka sekiranya mereka kelihatan tidak seperti biasa. ini kerana mereka mungkin berada di dalam masalah dan salah satunya masalah dibuli. ibubapa perlu mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku ke atas anak mereka dan terus bertanya dan siasat apa sebenarnya yang berlaku. 

pihak asrama dan sekolah serta kerajaan juga perlu lebih peka dengan keadaan dan aktiviti pelajar2mereka. warden perlu lebih kerap melakukan pengawasan ke atas para pelajar. sekolah perlu menguruskan kehidupan pelajar dengan lebih teratur dan bertanggungjawab. manakala kerajaan perlu mewujudkan undang2 yang tegas bersabit hal pembulian ini disamping menghantar pegawai khas untuk mengenalpasti sebarang masalah dan kesulitan yang dihadapi sekolah dan para pelajar.   

Thursday, November 6, 2014

BERJIMAT

Baru ku tahu dan sedar rupa2nya mudah saja nak jimatkan perbelanjaan harian. berhenti atau kurangkan makan diluar dan masaklah sendiri makanan di rumah, INSYA ALLAH perbelanjaan anda akan berkurangan dan lebih menjimatkan. 

2-3 minggu ni aku terpaksa masak sendiri makan tengahari dan makan malam. ini kerana isteriku baru saja melahirkan anak. menu makannya pun berubah, hanya boleh makan ikan selar bakar, ikan haruan daging saja. alang2 masak untuk isteriku, aku masak juga untukku sekali. kalau x pandai, aku tanya dia macamana cara nak masak. 

selepas hampir 10 hari aku dapati memang perbelanjaanku menurun. kalau dulu dalam 10 hari ada dalam RM400-RM500 perbelanjaan termasuk makan, minyak kereta, barang2 dapur dan keperluan rumah. Tapi untuk 10 hari ni rasanya aku baru habis RM300. kalau didarab dengan 3 baru RM900. maknanya dalam sebulan aku hanya perlu habiskan RM900 untuk makan dan perbelanjaan harian lain berbanding sampai kadang2 RM1500 sebulan perbelanjaan. ini bermakna aku dah jimat lebih kurang RM500-RM600 sebulan. dan duit lebihan ni bolehlah aku simpan dan masukkan dalam simpanan tabung Haji. 

INSYA ALLAH selepas ni aku akan terus amalkan petua penjimatan yang baru aku sedari ini. barulah hidupku pun rasa tenang sikit dan tak perlu lagi fikirkan tentang masalah kewangan setiap bulan. ku anggap ini adalah rezeki berkat kehadiran puteri kedua dalam kehidupanku dan kami sekeluarga. ALHAMDULILLAH... 

Monday, October 27, 2014

WAN NURUL IFTINAN


anak keduaku lahir pada 18 Oktober 2014(Sabtu). lahir di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di Kota Bharu. dia lahir melalui pembedahan kerana jalannya tak terbuka. masuk 16 Oktober lagi. tapi kena tahan 2 hari sebab mama dia ada kencing manis. malam ahad tu terpaksa belah sebab jalannya tak terbuka. 

3 hari pulok lepas tu duk dalam wad. mama duduk di wad 12. Iftinan pula duduk di wad 2. hari isnin baru Iftinan dihantar ke wad 12 bersama mama. 

21 Oktober baru dibenarkan keluar wad dan boleh pulang ke rumah. Iftinan ada kuning sikit. 3 kali kena pergi hospital ambil darah. hari isnin(27 Oktober) baru hilang kuning tu. buat majlis cukur hari sabtu 25 Oktober. 

bertambahlah tugas dan tanggungjawabku nak membesarkan 2 orang puteri ni. ku mohon padaMu ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk memelihara, mendidik dan membesarkan anak2ku ini. AAMIIIN... 

Wednesday, August 6, 2014

BOIKOT

sekarang musim orang nak boikot. boikot syarikat2 yang ada menyumbang saham dan wang kepada zionis yahudi yang berterusan melakukan kekejaman dan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin. 

antara syarikat yang menjadi sasaran boikot adalah McD, Coca-cola, Starbucks, Colgate dll. boikot bukan kerana kita menyatakan bahawa makanan dan minuman dan juga perkhidmatan yang disediakan syarikat2 tersebut adalah haram. tapi oleh kerana mereka menyumbang kepada keganasan yang dilakukan zionis yahudi laknatullah. 

sepatutnya kita boikot terus syarikat2 ini selama mereka bersekongkol dengan zionis dalam menyediakan senjata dan bom yang akhirnya digunakan untuk membunuh saudara2 kita di Palestin. ada orang berkata kalau kita boikot syarikat2 ini, maka kesianlah kepada pekerja2 mereka yang muslim mencari rezeki dengan bekerja di syarikat2 tersebut. kita jawab carilah pekerjaan di tempat lain, syarikat2 lain yang tidak terbabit dalam membekalkan persediaan menyembelih umat Islam di sana. lagipun target boikot adalah suapaya mereka menghentikan serangan ke atas umat Islam. 

berapa ramai nyawa umat Islam di Palestin yang menjadi korban mangsa kebinatangan zionis yahudi laknatullah. kaum lelaki dibunuh, ditembak, dibom, dipenggal. kaum wanita dirogol, dicabul, dibunuh. malahan golongan tua dan kanak-kanak juga tidak terkecuali menjadi mangsa keganasan dan kekejaman zionis. 

justeru itu, marilah saudara2ku kita boikot setakat mana yg boleh syarikat2 yang menyalurkan sumbangan kepada zionis yahudi samada secara langsung atau tidak secara langsung kepada zionis yahudi laknatullah. ALLAHU AKBAR! 

Thursday, August 29, 2013

MERDEKA



SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 56. 
rupa2nya dah masuk 56 tahun negaraku merdeka. merdeka dalam erti bebas mentadbir negara dengan cara sendiri. tiada lagi penguasaan kuasa2 asing ke atas sistem pentadbiran negara. pemerintah negara adalah orang kita sendiri, rakyat Malaysia sendiri, bermula dari sekecil2 jawatan hinggalah kepada sebesar2 jawatan. semuanya dipegang oleh anak bangsa kita. 

itu merdeka dalam konteks negara. bagaimana dengan konteks merdeka diri? adakah kita telah bebas merdeka dari sebarang kuasa ke atas kita? atau kita masih dijajah syaitan? iblis? nafsu? memang kita tidak boleh bebas secara mutlak. ini kerana kita tetap menjadi hamba. tetapi bukan hamba kpd syaitan, iblis, nafsu. tapi kita adalah hamba kepada Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa. 

kita sentiasa terikat dengan undang2 dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kita tidak boleh melakukan segala perkara yang kita inginkan. ada perkara yang boleh kita lakukan, dan ada juga perkara2 yg tidak boleh kita lakukan. semuanya bergantung kepada keizinan daripada Allah selaku Tuan (Master) kita semua. 

kalau kita langgar juga arahan Allah maka bermakna kita telah mengundang kemurkaanNya. dan jika Allah telah murka kepada kita, maka tidak ada satu pun kuasa yg boleh menolong kita kecuali semuanya lemah bila berhadapanm dengan Kuasa dan Keagungan Allah. 

kalau kita boleh menunjukkan semangat patriotik terhadap negara dengan mengibarkan bendera, bersumpah taat setia kepada negara, maka lebih lagilah kita kena tunjukkan ketaatan kita kepada Allah dengan menjadi hamba yang patuh, taat, setia melebihi segala2nya. hatta jika kesetiaan kita kepada Allah dilihat bercanggah dengan kesetiaan kepada yg lain, maka kesetiaan kpd Allah itulah yg perlu diutamakan. ketepikan segala ketaatan kpd benda2 lain jika ianya bercanggah atau 'berlaga' dengan ketaatan kepada Allah. 

Friday, June 7, 2013

SALAM ISRA' MIKRAJ

mengingati peristiwa isra' mikraj yang berlaku ke atas Sayyidina Muhammad S.A.W. amatlah besar faedahnya. ia berisi penuh dengan pengajaran dan iktibar yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan ini. betapa peristiwa yang tak masuk akal jika difikirkan secara logik ini benar2 menguji keimanan kita kepada kekuasaan ALLAH S.W.T. 

perisitiwa yang pelik berlaku ribuan tahun dulu memang membingungkan akal minda manusia. tapi itu semua tidak mustahil bagi ALLAH, keran Dia maha Berkuasa melakukan segala-galanya. apa yang difikirkan tidak logik dalam fikiran manusia boleh saja dilakukan oleh ALLAH S.W.T. bukankah kita juga dijadikan pelik oleh Allah, langit, bumi, semua hidupan adalah pelik. kita tidak mampu mengadakan walau seekor lalat pun. Tetapi bagi Allah itu senang saja... إذا اراد شيئا أن يقول له كن فيكون

Nabi diisra'kan dari masjidil haram di mekah ke masjidil aqsa di Palestin dengan menaiki buraq. baginda ditemani malaikat Jibril 'alaihissalam. perjalanan dengan menaiki buraq tersangatlah laju sekali melangkah sejauh mata memandang. ianya jauh lebih laju dengan kenderaan yang paling laju atas muka bumi hari ini. malah ia lebih laju dari kapal angkasa alien yang didakwa oleh sesetengah orang. betapa mulianya baginda S.A.W. disisi Allah S.W.T. dapat menggunakan kenderaan yang sebegitu laju tiada tandingannya. 

sepanjang perjalanan isra', baginda diperlihatkan dengan berbagai perangai dan kerenah umatnya. ada yang baik dan banyak juga yang tidak baik. 

 Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

http://ahmad-sanusi-husain.com

Sunday, June 2, 2013

MAKCIK HEBAT

di hadapan sebuah bank, duduk seorang makcik tua dengan barangan jualan berupa kerepek dan kekacang. makcik ni tak malu walau orang ramai masuk keluar bank menunaikan urusan masnig-masing. setiap orang yang lalu dihadapannya akan di'tawar' kerepek dan kekacang jualannya. aku perhatikan di dalam kereta makcik ini begitu sabar dan tabah menanti pelanggan membeli makanannya.

sebelum ini ada dua tiga orang lelaki yang kelihatan masih kuat dan mampu bekerja berada di tempat yang sama. tapi tanpa apa-apa untuk dijual. cuma mengharapkan simpati dan belas kasihan orang ramai supaya memberikan sedekah kepadanya. sedangkan badannya masih kuat dan mampu bekerja sendiri, tetapi malas membuat kerja sampai sanggup menjual maruah diri meminta-minta dengan orang ramai.

aku malu menjadi lelaki kerana tindakan beberapa orang lelaki seperti itu. malas berusaha, malas berikhtiar, mencari jalan mudah mendapatkan wang sampai sanggup mengggadaikan maruah dan harga diri menjadi pengemis. malulah kepada makcik tua tadi, seorang wanita yang tidak kuat mana kederatnya tetapi sanggup berikhtiar berniaga ditepi jalan begitu demi mencari nafkah hidup.

walaupun tindakannya itu salah dari segi undang-undang kerana aku percaya undang-undang tidak membenarkan berniaga di tempat terbuka sebegitu. tetapi aku kagum dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan makcik tersebut. entah bagaimana nasib keluarganya aku tidak tahu, tapi daya usaha dan kesungguhannya memberikan kesedaran kepada manusia yang mahu berfikir bahawa kita tidak boleh menyerah kalah begitu saja dengan takdir. perlu ada usaha untuk membetulkan keadaan yang songsang supaya hidup ini kembali tersusun perjalanannya.
WASSALAM...


Sunday, April 14, 2013

ORANG DALAM

apa yg nak disohorkan jika dapat menggunakan khidmat orang dalam dalam melakukan sesuatu perkara. lantaran kita ini rapat dengan orang2 berpengaruh kerana kita pendokong kuat kepada pihak2 tertentu. hinggakan ianya menyalahi norma asas yang normal dan fitrah dalam pemilihan sesuatu perkara. tetapi oleh kerana kita ada seolah2 'kuasa' untuk mengatur perjalanan sesuatu perkara tidak mengikut flow yg biasa. 

bukankah ini juga adalah satu bentuk pelanggaran undang2 secara halus yang melibatkan penindasan ke atas hak orang lain yang sepatutnya berhak ke atas haknya itu??? tetapi oleh kerana, kita rapat dengan orang yang menentukan keputusan, maka digunakan 'kuasa' rapat itu untuk mengejas kawan2 atau keluarga yang sepatutnya tidak berhak kerana ada orang yang lebih berhak mendapatkannya. 


Thursday, January 24, 2013

LISTEN! LISTEN! LISTEN!

kata ayah, LISTEN!

kata guru, LISTEN!

kata polis, LISTEN!

kata menteri, LISTEN!

kata raja, LISTEN!

ayah, kain sarung ayah terbalik tu,

cikgu, ada kesan dakwat dibaju,

datok, pencuri tu sembunyi dalam bilik stor tu, 

yb, bukan ke duit kopi tu rasuah?,

tuanku, kesian rakyat tuanku kebuluran walaupun hasil bumi banyak,




bila nak betul? bila nak pandai? bila nak maju? bila nak baik? 
WHEN I SPEAK U LISTEN! WHEN U SPEAK DON'T SPEAK TOO MUCH! 
LOL...!

Friday, November 30, 2012

MISTERI...

aku baru saja balik dari melihat sendiri tempat di Palekbang, Tumpat Kelantan yang dikatakan ada kubu Jepun yang sangat misteri. sampai disana dalam pukul 5.20 petang, malangnya dah tak boleh masuk sampai ke dalam lagi. Polis dah buat line kuning tak bagi lintas selepas daripada tu. 
















Kenyataan rasmi berkenaan kesahihan perkara ini belum diumumkan lagi. tapi dari cerita yang aku dengar sendiri dari orang kampung Palekbang yang ada di situ, mengatakan kubu ini sangat dalam dan luas. didalamnya dikatakan ada menyimpan bijih timah dan hasil galian lain. tak kurang juga yang menyatakan bahawa ada bom di dalam kubu tersebut. namun, kesahihan berita2 tersebut belum dapat dipastikan lagi. 

Tapi, kalau berdasarkan pengawasan yang rapi dilakukan pihak berkuasa, berkemungkinan besar memang ada sesuatu yang misteri di dalam kubu tersebut. samada misteri tersebut bakal membawa kekayaan atau kemusnahan kepada bumi Kelantan, itu WALLAHU 'ALAM...

MISTERI memang MISTERI...  

kehidupan ini sangat misteri. misteri di masa lampau, misteri hari ini dan sudah tentu misteri di masa akan datang. segalanya penuh dengan misteri. misteri di zaman dahulu ketika mana banyak lagi perkara atau orang atau binatang atau benda yang kita tidak tahu hari ini. samada ianya tersembunyi dengan sendiri, atau disembunyikan pihak2 tertentu. 

hari ini juga misteri. kerana kita tidak tahu apa akan berlaku kepada kita hari ini, setakat mana rezeki kita, perkara yang kita lakukan adakah ianya menjadi 'pahala' atau 'dosa'? 

apa lagi di masa depan. memang sangat2 misteri. kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita selepas ini. apa yang akan terjadi kepada kita sejam lagi, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya. walaupun kita merancang dengan penuh teliti untuk melakukan program hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, tapi yang menentukan samada perancangan kita itu benar2 terlaksana atau tidak adalah ALLAH. 

kita tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa perancangan kita tetap akan berjaya. sebaliknya ucaplah IN SHAA ALLAH... jika ALLAH izinkan akan dapat melakukannya. 

Tuesday, November 6, 2012

MEJA TENGGEK

meja tenggek disediakan bukan untuk bertenggek diatasnya. sebaliknya hanyalah sebagai tempat bersandar pengawas sambil memerhati calon menjawab soalan supaya tidak timbul sebarang masalah. 

meja tenggek sangat popular di musim peperiksaan seperti hari ini. ia disediakan oleh pihak sekolah kepada pengawas yang mengawas peperiksaan murid @ pelajar2 mereka. walaupun masa menjawab sesebuah kertas agak lama, ada yang 2 jam, 2 jam setengah, malah 3 jam pun ada, tapi para pengawas tetap berada disitu. 

pengawas juga memainkan peranan serba sedikit dalam melicinkan proses peperiksaan dan seterusnya menjadi salah satu asbab kejayaan murid @pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 

kembali kepada meja tenggek, ia seperti tempat sang helang memerhati ke bawah untuk mencari mangsa. tapi meja tenggek sasaran pengawas bersandar sambil memerhati kalau2 ada murid @ pelajar yang ada masalah atau persoalan ketika menjawab soalan peperiksaan. 

SELAMAT MENEMPUH SPM PELAJAR2 MALAYSIA SELURUHNYA!

Tuesday, October 9, 2012

MARAH

dlm hidup ini kita pasti pernah memarahi dan dimarahi orang. perasaan marah adalah lumrah dalam diri manusia. sesiapa saja saja pernah marah dan juga dimarahi hatta Nabi Muhammad insan yang paling sempurna juga pernah marah dan dimarahi. 

sekiranya kita dimarahi kerana ingin menegakkan kebenaran dan keadilan, maka itu adalah satu keadaan yang terpuji. kerana Bagunda sendiri pernah dimarahi kerana ingin menyebarkan dakwah islamiyyah kepada masyarakat Quraisy. kemarahan kafir Quraisy kepada Baginda bukan setakat marah biasa saja. malah hingga ke peringkat ancaman dan cubaan bunuh ke atas diri Baginda. namun Bgainda tetap istiqamah dan bersabar dalam menyampaikan dakwahnya. 

akan tetapi, amat malanglah sekiranya kita dimarahi orang kerana kita melakukan kesilapan yang menyebabkan orang lain berasa susah kerana kita. orang lain marah kepada kita atas sebab2 yg munasabah umpamanya kita melanggar peraturan2 atau undang2 yang telah ditetapkan. ataupun lita memberatkan seseorang dengan tanggungjawab atau tugas yang sepatutnya diberikan kepada orang lain yang mana sepatutnya orang yang diberi tugas tadi melakukan kerja lain yang sememangnya dia ditugaskan untuk melakukan tugas tersebut. 

ada sesetengah manusia suka mengambil jalan mudah atau short cut untuk menyelesaikan atau memudahkan kerjanya sehinggakan mengambil tindakan yang menyusahkan orang lain pula. tindakannya itu tidak menyelesaikan sedikitpun masalah bahkan hanya memindahkan masalahnya kepada orang lain. dengan erti kata lain, masalahnya selesai, tetapi orang lain pula terpaksa memikul masalah lain disebabkan tindakannya itu. 

orang sebegini bolehlah disifatkan sebagai individualistik, hanya mememntingkan dirinya sendiri dan tidak fikir pun kesan tindakannya kepada orang lain. orang sebgini juga boleh ditafsirkan sebagai orang yang tidak ada semangat kerjasama dan setiakawan dalam urusan kerja dan pergaulan sosial. seolah2 masalah mereka saja yang perlu diselesaikan, sedangkan masalah lain dipejam mata sahaja.      

Saturday, October 6, 2012

WONDER

bila melihat post kawan2 dlm fb yang memberitahu baru saja selesai melakukan sesuatu tugas yg baik, hatiku jd tertanya2 ikhlaskah amalannya itu? kenapa sampai kena beritahu orang lain yg kita baru saja selesai membuat sesuatu perkara yang baik? kalau beritahu isi kebaikan itu atau dorongan kepada orang lain untuk melakukannya, hatiku boleh terima lagi. tp bila disebut amalan kita, seolah2 menzahirkan diri yg riak dan sombong dengan sesuatu amalan yg kdg2 bukan semua orang melakukannya. 

sebagai contoh seorang kenalan memberitahu: "aku baru saja selesai menyampaikan khutbah jumaat di masjid sekian sekian... ' hatiku terus terlintas persoalan ikhlaskah dia buat begitu? walaupun mungkin empunya badan benar2 ikhlas melakukannya, tapi hatiku tetap terkeliru. 

persoalan ikhlas memang susah untuk dilaksanakan. seseorang itu tidak kira tahap pendidikannya, samada tinggi atau rendah bukanlah tiket untuk mengatakan kerjanya benar2 ikhlas kerana Allah. kerana kadang2 jarum iblis telah masuk dengan mewujudkan perasaan riak, sum'ah dan takabbur serta sifat2 mazmumah yg lain. 

 

Thursday, September 27, 2012

hari ini kenapa aku jadi xdok 'modal' bagi tazkirah kepada murid2 tahun 6. masa yg diberikan kepadaku selama 45 minit. tapi aku hanya mampu memberikan tazkirah selama 30 minit. selebihnya aku termenung mencari idea untuk disampaikan. namun tidak kesampaian juga idea itu. hinggakan aku terpaksa bermain teka-teki dengan murid2 untuk menghabiskan masa yang ada. 

adakah kerana aku kurang membuat persediaan untuk memberikan tazkirah? atau aku tidak selesa dengan cara penyampaian tazkirah sambil berdiri dan bergerak kesana ke mari? ataupun aku terganggu dengan telatah murid2 yang dah sejam berada di dalam dewan mendengar ceramah dari doktor? atau kerana aku terlalu letih sebab baru lepas tampal doa masuk dan keluar tandas di 13 buah tandas di sekolah? 

entahlah... aku pun tak tahu mana satu sebabnya. WALLAHUA'LAM.. 


Monday, September 24, 2012

MALANG

kereta aku masuk wad hari ni. eksiden dah seminggu, tp sbb nak claim insuran pun kena bayar sendiri plk lps tu, jadi aku ambik keputusan baiki dengan bengkel kereta biasa je. tukar bumper dan ketok bonet. lepas tu kena cat balik. habis la dalam *rm800 jugak. 

baru nak masuk gaji esok, dah kena keluar kat kereta. inilah risikonya pakai kereta ni. bila dah rosak atau eksiden, bukan puluh2 habis kena baiki. tapi kena bayar ratus2, ataupun kalau malang lagi kena ribu2 habis duit. kalau macam ni sokmo, memang pokai la... gaji besar pun x boleh simpan lagi duit. kena perabih utk benda2 luar jangka macam ni. 

aku rasa la aku ni kalau time suntuk duit nak guna mesti ada terlibat dengan eksiden la, bini masuk wad la, anak pun masuk wad la, maknanya benda2 yg diluar jangka ni menyebabkan lari budget bulanan aku. acu je nak simpan duit, mesti ada berlaku benda2 yg diluar jangka. agak2 la org lain pun mcm aku juga ke nasibnya??? 

Saturday, August 11, 2012

MENCARI LAILATUL QADAR

hari ni dah masuk 22 hari kita berpuasa. bermakna ada lebih kurang seminggu lagi kita berada di bulan yang penuh keberkatan ini. pada hari2 akhir begini Rasulullah ada menyatakan kepada kita tentang satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di dalam al-Qur'an juga ada disebutkan secara jelas tentang malam ini iaitu di dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5. 

Malam lailatul Qadr yang mana ianya merupakan malam yang penuh keberkatan dan lebih baik dari seribu bulan disediakan khusus oleh Allah S.W.T. kepada kita untuk meraihnya. Allah .S.W.T. menjanjikan kelebihan pada malam tersebut dengan leibh baik dari seribu bulan atau bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. bermakna kalau kita beribadat pada malam tersebut, ganjaran pahala yang Allah sediakan kepada kita adalah lebih dari kita mengerjakan ibadah selama 83 tahun. 

malam itu tidak dinyatakan khusus bial ia akan berlaku. cuma terdapat dalam sesetengah riwayat menagatakan Rasulullah menyuruh kita melipatgandakan ibadah pada sepuluh malam terakhir. ada juga riwayat yang menyatakan dengan jelas malam lailatul qadr iaitu pada malam 27. 

walaubagaimanapun, kita sebagai orang Islam tidak boleh mengkhususkan amal ibadat kita pada malam2 tertentu sahaja. seboleh2nya sepanjang bulan Ramadhan ini kita melipatgandakan amal ibadat kepada Allah .S.W.T. kerana kita beribadah ikhlas kerana Allah bukan kerana bulan Ramadhan atau kerana malam lailatul qadr. 

itulah hikmah mengapa Allah sembunyikan tarikh dan masa sebenar malam lailatul qadr setiap tahun. supaya kita tidak menumpukan hanya pada malam itu sahaja untuk beribadah. sehinggakan kita menjadi hamba Allah yang malas untuk melakukan amal ibadah. sebailiknya kita perlu sentiasa memperbanyakkan amal ibadah terutamanya pada bulan Ramadhan ini kerana ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah kepada orang yang beribadah kepadaNya adalah teramat besar pada bulan ini. 

Justeru itu, carilah malam lailatul qadr itu dengan melakukan amal ibadah sebanyak2nya. jangan hiraukan sebarang tanda atau alamat lailatul qadr yang sering diperkatakan orang. sebaliknya carilah tanda keikhlasan kita beribadah kepadaNya. INSYA ALLAH, dengan berkat kesungguhan dan komitmen kita dalam beribadah kepada Allah, kita akan peroleh lailatul qadr dan diberikan darjat yang tinggi disisi Allah S.W.T. 


Friday, June 29, 2012

ASSALAAMU'ALAIKUM

dekat sini masalah broadband sgt teruk. so, x boleh nak sentiasa update blog ni dan juga masuk ke web2 atau blog2 lain. very frustrated and disappointed!

hidup dipenuhi stress!!!

di sekolah stress dgn anak murid, di jalan raya stress dgn traffic jem, di rumah stress dgn keluarga, di mana dan bila2 saja ada stress. kerana kita lahir pun dalam keadaan stress. macamana seorang ibu terlalu stress ketika nak melahirkan kita. dengan kesakitan dan kepedihan akhirnya lahirlah kita ke dunia ini.

namun, AWAS! jgn sampai stress menyebabkan anda mengambil tindakan bodoh dan gila, jgn jd gila! amalkan 3 s, 1 i:

1) SENYUM
2) SABAR
3) SELAWAT
4) ISTIGHFAR

INSYA ALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT!

Wednesday, May 16, 2012

HARI GURU 2012


assalamualaikum...


selamat hari guru kepada semua insan yang pernah bergelar guru. samada guru kepada murid2 di sekolah, atau guru kepada anak2 dan saudara mara. 

jasa guru amat besar. guru yang mengajar kita erti kehidupan. mengenal baca dan tulis dari alif, ba, ta, 1,2,3, a,b,c, hingga kita dewasa dan memiliki banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. ada orang ilmunya tinggi menggunung, ada orang ilmunya hanya separas dada bangau. namun, semuanya bermula dengan asas yang sama. 

guru banyak berkorban kepada muridnya. ada guru yang sanggup menahan kelaparan, kehausan, keletihan dan juga kesakitan demi memberikan ilmu kepada muridnya. ada guru yang sanggup berkorban tenaga, minda, harta benda dan malah nyawa demi menyampaikan ilmu kepada muridnya. ada guru yang tidak sedar bahawa dia ada anak2 sendiri yang perlu diajar dan dididik lantaran terlalu obses dengan pengajaran terhadap muridnya. 

guru yang ikhlas tidak mengharapkan apa2 balasan dari muridnya. dia hanya mengharapakan keredhaan Allah .SW.T. dia berusaha sepenuh daya dan usaha untuk melihat muridnya berjaya di akhirat dan juga di dunia. guru sebenar adalah guru yang lebih mementingkan aspek keakhiratan muridnya dari aspek keduniaan yang bakal fana. 

kerjaya guru banyak juga cabarannya. cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. ada guru yang dicabar dengan tingkah laku muridnya yang bermasalah. masalah dari segi disiplin, akhlak, perangai, pekerti, adab dan perilaku. ada guru yang dicabar dengan keadaan muridnya yang terlalu lemah, daif, OKU, naif, pasif dan pessimis. ada guru dicabar dengan persekitaran tempat kerja yang bermasalah. masalah dengan pihak pentadbir dan pihak atasan, masalah rakan2 guru lain yang busuk hati dan dengki, masalah ibubapa yang terlalu sayangkan anak sehinggakan tindakan guru keatas anaknya sering disalah erti. 

justeru, guru perlu sentiasa bersabar. mental perlu sentiasa kuat dan bersedia menghadapi apa saja kemungkinan. ilmu perguruan perlu sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan. sunnah nabi S.A.W. dalam mendidik perlu sentiasa diamalkan. 

SELAMAT HARI GURU! 

Monday, March 12, 2012

NAK MENGUMPAT LAGI KE?

Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(AL-HUJURAAT : 12)

dalam ayat di atas Allah S.W.T melarang orang2 yg beriman dari suka membuat sangkaan2, mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan mengumpat orang lain. 

ketiga2 perbuatan diatas memang amat disukai oleh sebahagian besar umat Islam. seolah2 hidup kurang serinya jika tidak melakukan ketiga2 atau salah satu perbuatan itu. 

disini, saya ingin fokuskan kepada persoalan untuk perkara yang ketiga; iaitu perbuatan suka mengumpat. Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim)http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/11/bahaya-mengumpat.html
.mengumpat ni bererti kita menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai oleh orang yang kita katakan itu walaupun ianya adalah benar. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...