Friday, December 24, 2010

SERKAP!

Allah SWT telah berfirman, yang artinya:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)


setiap perkara yang berlaku di dunia ini disebarkan melalui berita atau penyampaian dari sumber2 tertentu. ada yang mendapat berita dari alQur'an dan al-Hadith, ada yang perolehi khabar dari mulut ke mulut, ada yang mendapat informasi dari media seperti televisyen, radio, internet, telefon bimbit dsb. semua berita yang diterima dan disampaikan itu bukan semua boleh dipercayai dan bukan semua tidak boleh dipercayai. ada berita yang boleh dipercayai 100%, ada yang tidak boleh dipercayai 100% dan ada yang perlu diteliti dulu untuk memastikan sama ada berita tersebut benar atau tidak. 

berita yang boleh diterima 100% itu pastilah berita yang datang dari al-Qur'an al-areem dan al-Hadith Nabawi. manakala berita yang perlu ditolak 100% adalah berita dari bisikan iblis dan syaitan, dan berita yang perlu diselidiki adalah yang datangnya dari orang2 fasik.

Tuesday, December 21, 2010

PERAMAH @ PENGUMPAT???

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)

Daripada Abu Hurairah berkata: “Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?” Baginda bersabda: “(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci”. Dia bertanya: “Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar.”

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sunday, December 19, 2010

BERJAMAAH DENGAN JINN

3 perkara kena buat secara berjamaah. makan berjamaah, berjalan berjamaah dan sembahyang berjamaah. 3 perkara ni kalau kita sentiasa buat berjamaah, insya Allah selamat hidup kita dunia dan akhirat. 

mengapa perlu berjamaah dalam ketiga2 perkara tersebut? kerana banyak pahala, fadhilat serta kelebihan bila melakukan ketiga2 perkara tersebut secara berjamaah. 

Tuesday, December 7, 2010

1432 H

Hari ini 1 Muharram bersamaan dengan 7 Disember 2010. hari ini merupakan hari pertama tahun baru Islam yang ke 1432 Hijrah. sejajar dengan pertambahan hari dan tahun, maka usia kita pun bertambah sama. kita hidup bermula dari janin, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. selepas tua kita akan mati menghadap Ilahi. Tapi jangan ingat bila dah tua baru mati, kadang2 sebelum tua lagi dah dijemput Ilahi. 

 
di dalam sistem kehidupan hari ini, kita menggunapakai 2 jenis takwim, Hijrah dan Masihi. walhal, sepatutnya kita sebagai orang Islam mesti menggunakan takwim Hijrah. tetapi oleh kerana kesesuaian global menuntut kita mengikut takwim Masihi lantaran segala urusan hidup hari ini berdasarkan kiraan Masihi kecuali masa2 tertentu yang bersifat penentuan ibadah, maka x boleh tidak mesti menggunakan takwim Hijrah. sampai bilakah keadaan ini berterusan? bolehkah kita ubah perkara ini sehingga kita boleh menggunakan sistem kiraan Hijrah sepenuhnya dalam kehidupan kita seharian??? !

suasana Tahun Baru ini juga disambut dengan semangat Hijrah. Hijrah umat Islam semasa zaman permulaan Islam dari Mekkah ke Madinah. langkah taktikal yang diambil oleh Nabi Muhammad S.A.W. mengarahkan sahabat2 baginda berhijrah ke Madinah sebagai usaha memastikan survival dakwah dan juga mencari tapak kebangkitan semula untuk mencapai kegemilangan Islam di muka bumi ini. ternyata, langkah baginda ini amat tepat, sahabat2 Ansar begitu baik hati dan menunjukkan semangat 'Ukhuwwah' sejati membantu sahabat2 Muhajirin dengan sanggup memberikan harta, rumah, punca rezeki bahkan isteri pun sanggup diberikan demi 'Ukhuwwah Islamiah' yang tulen. 

hasil dari dakwah Rasulullah yang tersusun itu, maka kita hari ini dapat menikmati kemanisan Iman dan Islam dalam kehidupan. perjuangan dan pengorbanan yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan para sahabat Muhajirin dan Ansar begitu berharga dan amat bernilai tiada tandingannya. menginsafi jasa dan pengorbanan mereka, maka umat Islam perlu menjaga Deen kita ini agar sentiasa terpelihara dari segala macam ancaman dan cabaran yang pasti datangnya dari iblis laknatullah dan juga manusia2 kuffar yang sentiasa iri hati dengan Islam dan Umat Islam. 

jaga ibadah kita, jaga akhlak kita, jaga amalan kita maka akan terjagalah Islam di muka bumi ini. walhal, Islam itu sentiasa tinggi, agung, cuma kita yang menjadi rendah dan hina bila kita tinggalkan Islam, kita lupa dan lalai melaksanakan ajaran2 Islam serta amalan2nya.    

Monday, December 6, 2010

AIR


óOs9urr(!@#$%& ttƒ ير tûïÏ%©!$# (#ÿrãxÿx. ¨br& ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur $tFtR%Ÿ2 $Z)øu $yJßg»oYø)tFxÿsù ( $oYù=yèy_ur z`ÏB Ïä!$yJø9$# ¨@ä. >äóÓx« @cÓyr ( أŸxsù
يؤمنون ãƒ ÇÌÉÈ
  
dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Al-anbiya’ : 30

Allah S.W.T. telah menjadikan setiap sesuatu itu bermula dari air. ini menunjukkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita. adat kata, kalau kita tidak minum air kita akan mati. begitulah betapa pentingnya dan besarnya fungsi air dalam memastikan kelangsungan hidup kita di dunia ini. 

AIR (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Kitaran AIR menjelaskan kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, di dalam perut bumi dan di lapisan atmosfera bumi. Air di bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, daripada air (cecair) kepada wap (gas)atau kepada ais (pepejal) dan kembali semula. Kitaran air telah berlaku semenjak bumi wujud lagi dan semua kehidupan di bumi bergantung kepadanya. Bumi akan menjadi sebuah planet tanpa kehidupan jika tiada kewujudan air.*

Wednesday, December 1, 2010

UBI KAYU... IKAN MASIN... (IKAN BUDU)... PUTU HALBA

Hari ni masuk first of disember. biasa la bila masuk bulan ni teringat nostalgia ulangan iaitu msuim tengkujuh @ musim banjir. hari ni pun boleh kata sehari suntuk hujan. berhenti kejap lepas tu hujan balik. nak jalan dgn motor pasti payah, kena hujan. nak naik keta pun kurang mood sebab kena bawak slow takut jalan licin, nanti terbabas. ingat nak basuh keta, tapi dah hujan terpaksa cancelkan niat suci itu. 


hari ni disamping makan nasi, dapat juga makan ubi kayu. ubi kayu ni mengingatkan tentang nostalgia datuk nenek kita semasa di zaman Jepun dulu. betapa susahnya kehidupan semasa itu hinggakan makan ubi kayu je, nak makan nasi pun payah. 


ubi kayu juga popular di musim tengkujuh ni. kenikmatan merasa kesedapan ubi kayu ni hanya dapat dirasai oleh orang yang memakannya. time kupas atau koyok kulit tu pun aku suka jugak. bila soyok @ koyok kulit tu datang satu perasaan puas selepas gali ubi dan cabut dari perdunya. bila hujan makin lebat, makin terasa nikmatnya mengunyah ubi kayu ni. tapi, budak2 zaman sekarang ni dah tak berapa kenal dan tak suka makan makanan istimewa ni. kesian kau ubi kayu, lebih2 lagi ubi kayu rebus, budak2 tak suka sangat. 



baru tadi aku teringat 1 lagi makanan yg agak popular di musim tengkujuh ni. ikan masin @ di kelantan orang panggil ikan budu. Fuhh! kalau makan nasi dengan ikan budu memang best giler... ayam KFC pun belum tentu dapat menewaskan kelazatannya. apa lagi kalau makan nasi kosong dengan ikan budu saja, pasti lepas makan nasi tu, minta tambah nasi lagi. 


ikan budu ni walaupun baunya kurang menyenangkan, tetapi rasanya memang tak boleh lawan. tetapi kadang2 baunya yang busuk bagi sesetengah orang, sesetengah orang lain pula kata wangi bau macam tu. terpulanglah kepada empunya diri masing2. makan nasi yg masih lagi panas dengan secebis ikan budu, disuap kedalam mulut... ahhhh... alangkah Nikmatnya!


1 lagi, putu halba. makanan ni pun best gak kalau makan musim hujan ni. kalau makan masa masih panas lagi sedap. semasa tubuh rasa sejuk akibat cuaca hujan, makan benda panas macam putu ni memang best. thumb up!



tetapi yang peliknya, makanan2 ni kalau dimakan semasa musim panas, tak berapa sedap. kenikmatannya macam dah lari. betapa hebatnya ALLAH menciptakan nikmat makanan itu yang boleh berubah2 mengikut musim.

Tuesday, November 30, 2010

IKHTIAR ELAK KECURIAN (MESTI BACA)

Setiap hari pasti ada rumah yang menjadi mangsa kecurian. pencuri ni kadang2 bukan calang2 orang jugak, diorang ada ilmu dan kemahiran dalam bab mencuri ni. bila rumah dimasuki pencuri, bukan saja wang atau harta kita yang lesap, malah ada jugak sampai nyawa dan maruah diri kita tergadai. 

oleh itu perlu ada ikhtiar2 khusus dari kita untuk mencegah jenayah ini berlaku. apa yang kita tahu mungkin sedikit saja caranya. tapi sebenarnya banyak lagi ikhtiar yang boleh kita buat untuk mengelakkannya. yang pertama sekali mesti minta dengan Allah supaya jaga keselamatan diri kita dan harya kita. sama ada dgn berdoa atau doa 'pagar rumah'. manakala ada juga saranan dari pihak polis untuk mencegah kecurian ni. iaitu: 

Saturday, November 27, 2010

1 SISI MUKJIZAT AL-QUR'AN

Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali

HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 =

28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Masih ragu-ragu? Masuk siniuntuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.

Begitulah kebesaran dan keagungan Allah SWT!! 

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA 1431H

selamat hari raya aidil adha diucapkan kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia. baru 2 bulan yang lalu kita menyambut hari raya aidil fitri. dan hari ini kita menyambut hari raya aidil adha pula. kedua2 hari raya ini penting bagi kita umat islam. yang lebih penting dan besar adalah hari raya aidil adha, hari raya aidil fitri adalah yang kedua penting dan besar.

kita menyambut hari raya aidil fitri setelah kita berjaya menahan diri selama sebulan berpuasa di bulan ramadhan. manakala hari raya aidil adha kita sambut bersempena dengan ibadah haji yang sedang dilaksanakan oleh sebahagian umat islam di mekkah al-mukarramah. kita juga merayakan hari ini bersempena dengan ibadah korban yang kita laksanakan, korban haiwan seperti lembu, kambing, kerbau dan unta semata2 kerana ALLAH S.W.T.

idul adha atau hari raya korban kita sambut setiap 10 zulhijjah bulan islam, diikuti dengan hari2 tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 zulhijjah. ibadah korban mempunyai signifikan dan pengajaran yang amat bermakna bagi kita umat islam. perisitwa penyembelihan korban oleh nabi ibrahim ke atas anaknya nabi ismail begitu berbekas di hati yang beriman kepada ALLAH S.W.T. nabi ibrahim tidak diperintahkan untuk menyembelih haiwan, kalau haiwan senang cari dan senang buat. tapi baginda diperintahkan sembelih manusia. 

Sunday, November 14, 2010

SAMPAH

1- SAMPAH! 1 perkataan yang cukup jijik bagi kebanyakan orang. 

2- sampah ada bermacam2, ada kertas, plastik, tin minuman, botol, dan lain2 lagi. 

3- tapi, ada juga orang yang berkehendakkan sampah, mencari rezeki melalui sampah, menyelongkar sampah untuk mencari bahan2 yang boleh dijual untuk mencari sesuap nasi. 

4- sampah bukan hanya itu. ada banyak lagi jenis2 benda yang layak dipanggil 'sampah'.

5- sampah masyarakat ialah mereka yang tidak berguna, menyusahkan masyarakat, peragut, penagih dadah, pencuri, perogol, pembunuh, penyamun, perompak, pengadu domba, pengumpat dan banyak lagi pe2 yang lain, yang berperangai HODOH dan layak digelar 'SAMPAH'. 

6- Sampah pemikiran adalah semua pemikiran, idea, konsep atau apa2 saja selain dari ISLAM. Hanya ISLAM satu2nya pemikiran yang betul dan bersih kerana ialah satu2nya yang diredhai dan diterima oleh ALLAH S.W.T. pemikiran lain seperti liberal, demokrat, republik, monarki, nasionalis dll tertolak... 

7- sampah hiburan berbentuk rancangan tv, radio, akhbar dan media massa lain yang melalaikan dan melaghakan manusia dari mengingati ALLAH.  rancangan hiburan berbentuk seks, ganas, hantu, tahyul, dll berupa maksiat yang melalaikan dan menjauhkan manusia dari berzikir kepada ALLAH. 

8- sampah dalam percakapan berupa berbohong, mengumpat, mengeji, mengadu domba, membodek, menyindir dll yang berupa perkataan yang buruk. 

banyak lagi perkara2 yang boleh dikategorikan sebagai 'sampah', korang pikirlah sendiri...   



Wednesday, November 3, 2010

HUJAN

hujan turun membasahi bumi. tanah yang kering dan gersang menjadi basah dan berair selepas disirami hujan. bermula hari ahad baru ni, hujan mula turun dengan lebat di Kelantan. selepas kelantan menang piala malaysia menewaskan negeri sembilan di stadium bukit jalil, keesokannya hujan dari pagi sampai malam di kelantan. mungkin hujan rahmat membawa berita gembira kemenangan kelantan.


hujan lebat bersama dengan angin bertiup kencang biasanya mengutus banjir bersama. di kedah, perlis dan kelantan sudah ada beberapa tempat yang banjir. walaupun hujan baru 2 hari, tapi ia bisa mendatangkan banjir ke atas bumi. hari ini, sebelah siang cuaca mendung dan panas sedikit. dapatlah juga menjemur pakaian yang baru dibasuh. tetapi lewat malam ni hujan turun agak lebat jugak."ku sangkakan cerah hingga ke pagi, rupanya hujan di tengah malam".


Saturday, October 30, 2010

KONSPIRASI DUNIA : PROJEK BLUE BEAM

AWAS! Konspirasi Berbahaya!

 'BLUE PROJECT'

 Sebuah simulasi teknologi "yang kedua" dan kemunculan baru "Montauk" sejenis projek yang mempunyai kemampuan untuk membentuk serta melantik sejumlah besar manusia yang sedang keghairahan di dalam mengejar dunia.Situasi ini akan menyokong kepantasan untuk ia merebak ke seluruh pelusuk dunia. Ironisnya, sebahagian daripada unjuran hologram mempunyai potensi untuk mengubah dunia membentuk kesatuan Tuhan. Malangnya, perkara ini ingin mencabar kuasa Tuhan yang satu, dengan mengangkat diri sendiri mereka sebagai Tuhan. Mereka cuba untuk menjadi tuhan dan mendominisi pemikiran manusia di seluruh dunia. Mereka tidak ubah seperti Firaun laknatullah. Mereka juga merancang akan mewujudkan agama baru dibawah pemerintahan Orde Dunia Baru dengan mengangkat Al Masih Dajjal menjadi tuhan. Perkara ini akan melibatkan peperangan yang sangat besar di kalangan umat manusia “Holy War”. Nah kita lihat kebinasaan yang diciptakan oleh manusia yang bertuhankan Iblis laknatullah. Benar lah dalam FirmanNya:

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
|Q.s. Al-Naml: 41|

Projek “Blue Beam” bagaikan suatu perkara yang neutral dan universal ia seolah ramalan-ramalan lama, dengan menyatakan bahawa peristiwa itu telah pun wujud semenjak 2000 tahun yang lalu. Pada prinsipnya, mereka akan menggunakan langit sebagai paparan unjuran holografik untuk menghasilkan pancaran serta paparan di angkasa. Projektor ini akan menayangkan gambar secara serentak pada empat penjuru di dunia ini, mengikut bahasa dan daerah yang berkaitan dengan aspek keagamaan Orde Dunia Baru Mereka.

Sistem ini telah diuji. Dengan unjuran Holografik dari imej jesus seperti gambar di atas. Menurut laporan ia telah pun dilihat di beberapa daerah gurun terpencil. Perkara ini tidak diperbesar-besarkan sekadar dilaporkan di akhbar-akhbar tabloid, sehingga mereka langsung tidak dibenarkan memperdebatkan perkara ini. Mereka juga boleh menayangkan pelbagai jenis imej sepert gambar makhluk asing, raksaksa, malaikat atau apa sahaja dengan hanya menyeleraskan pada komputer satelit dan perisian akan menjalankan paparan imej seperti yang telah di programkan.

Holografi ini wujud berdasarkan kepada isyarat yang terhampir kepada identiti, ia digabungkan untuk menghasilkan gambar, atau hologram, dengan persepsi kedalaman. Hal ini juga berlaku untuk akustik bagi gelombang (ELF, VLF, LF) untuk fenomena optik.

Secara khusus,petunjukan ini terdiri daripada unjuran gambar hologram laser yang banyak untuk dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang berbeza di bumi ini, masing-masing menerima gambar yang berbeza sesuai dengan iman dan agama yang di anuti di sesuatu kawasan itu. Bukan hanya sesebuah daerah sahaja yang akan menerima pancaran yang dikeluarkan. Dengan animasi komputer dan kesan bunyi yang akan muncul dari dalam ruang angkasa, manusia akan berasa hairan dan mereka semua akan menyaksikan sendiri mengenai kembalinya Al Masih (dajjal) dan akan memperkuatkan lagi spekulasi serta akan meyakinkan kebenaran anutan didalam hidup mereka.

Pelbagai imej Islam, Jesus, Buddha, Krishna dan lain lain tuhan akan digabungkan ke dalam SATU IMEJ selepas "penjelasan yang benar" mengenai misteri, ramalan-ramalan dan wahyu didedahkan oleh mereka. Mereka ingin menyatakan bahawa imej yang di gabungkan tadi adalah "TUHAN YANG SATU" hakikatnya paparan imej itu sebenarnya adalah al masih (dajjal). Ia yang akan menjelaskan bahawa kesemua kitab-kitab yang telah turun selama ini adalah salah dan sesat. Dan kerana itu, ia adalah dari agama yang tua dan terdahulu bertanggungjawab untuk membawa kesemua umat manusia kembali ke agama yang asal dan akan melawan bangsa yang masih kekal kepada agama mereka yang telah sedia dianuti, mereka akan di hapuskan bagi membina kembali zaman keemasan dunia agama (kononnya), serta mewakili tuhan yang satu yang mereka tidak pernah tengok sebelum ini.

Tentu, ia adalah sebuah pementasan yang luar biasa dan hebat, mempertontonkan siaran didalam skala penuh yang akan mengakibatkan kekacauan sosial dan agama secara besar-besaran. Apakah yang akan dilakukan oleh pemancar-pemancar televisyen rangkaian keagamaan pada hari itu? Tetapi sebelum semua ini berlaku, mereka harus menyusun dan melaksanakan empat langkah yang berbeza untuk mempengaruhi penduduk dunia dan menjayakan Projek Blue Beam.


Langkah pertama ia pasti melibatkan butiran dan berkait dari semua pengetahuan arkeologi. Ini berkaitan dengan pementasan untuk gempa bumi di lokasi tertentu yang sesuai di sekitar lokasi yang telah ditetapkan di atas bumi, dimana seharusnya "penemuan" baru ini akhirnya akan memperjelaskan sebenar-benarnya makna doktrin dan dasar dari seluruh dunia bahawa kewujudan agama-agama besar di dunia selama ini adalah salah dan sesat. " pemalsuan ini akan digunakan untuk mengaburi pemikiran seluruh dunia dan menyebabkan penduduk dunia percaya bahawa semua doktrin agama telah disalahfahami dan disalahertikan selama ini. Serangan pemalsuan ini bermula dengan filem 2001: A Space Odyssey, TV-siri Star Trek, filem STAR WARS, ET, semua yang berkaitan dengan ruangan "pencerobohan" dan "perlindungan". Jurassic Park, adalah untuk menggalakkan teori evolusi.

Langkah kedua berkaitan dengan ruang persembahan yang besar bersaiz raksaksa: hologram 3D optik dan suara, unjuran gambar hologram laser telah diletakan di beberapa tempat di setiap pelusuk dunia, dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza, sesuai dengan keyakinan agama yang telah ditetapkan di Negara masing-masing. Kemudian muncul paparan "dewa atau tuhan". Paparan ini akan berbicara dalam semua bahasa. Kesatuan soviet telah menghasilkan komputer canggih dan telah diprogram dengan zarah psikologi ia berdasarkan kajian mereka mengenai anatomi dan biologi tubuh manusia, serta pengajian mereka mengenai anatomi, kimia dan elektrik dari otak manusia . Komputer-komputer ini juga telah dimuatkan dengan input-input dengan bahasa yang berbeza dari serata dunia.

Langkah ketiga berkaitan dengan cara komunikasi elektronik dua-telepati, di mana ELF (Extra Low Frequency), VLF (Very Low Frequency), dan LF (Low Frequency) gelombang akan dipancarkan kepada orang-orang di bumi melalui dan meresapi bahagian di dalam otak mereka, membuat setiap orang percaya bahawa. Mereka sedang berinteraksi dengan tuhan sedangkan ia hanya illusi yang telah di setkan pada gelobang itu, sinar tersebut dipancarkan dari satelit, yang datanya dimasukan dari komputer yang menyimpan data yang sangat banyak mengenai manusia dan bahasa nya. Sinar ini kemudiannya akan diterjemahkan dan bersatu dengan pemikiran dalam proses untuk membentuk satu ilusi pada hati kita dan kita merasakan kita sedang berinteraksi. Ia juga seperti proses halusinasi secara terancang.

Langkah keempat melibatkan manifestasi supranatural universal menggunakan prasana elektronik. Langkah ini mengandungi tiga orientasi yang berbeza: Yang pertama adalah untuk membuat manusia percaya bahawa pencerobohan asing akan berlaku pada setiap bandar besar di bumi. Ini akan mendorong setiap negara besar yang memiliki senjata dan kemampuan nuklearnya untuk menyerang kembali. Dengan cara ini, ”mereka” akan menempatkan seluruh penduduk dunia di bawah satu kuasa pemerintahan dan PBB akan melakukan gencatan senjata palsu daripada serangan palsu yang diadakan tadi.

Yang kelima mereka ingin membuatkan orang kristian percaya bahawa perlantikan besar inilah yang termaktub didalam kitab meraka, ia terjadi dengan campur tangan asing hasil dari perintah tuhan yang mereka percayai baik dan datang untuk menyelamatkan orang baik dari serangan syaitan dan the false messiah. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan semua bangkangkan dan spekulasi terhadap NEW WORLD ORDER.

Orientasi keenam adalah dengan campuran dan kekuatan supra natural electronic. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu yang akan membolehkan kekuatan ghaib untuk melakukan perjalanan melalui kabel serat optik, elektrik dan rangkaian telefon untuk menembusi semua peralatan elektronik dan peralatan yang ada pada saat itu semua mempunyai Microchip khas yang telah dipasang. Tujuannya ialah dengan langkah ini, ia dapat dikaitkan dengan kewujudan hantu syaitan, dan poltergeists di seluruh dunia dalam rangka mendorong semua penduduk akan membunuh diri, membunuh dan gangguan psikologi kekal. Setelah itu malam datang satu malam dimana ia dipanggil “Thousand Stars” malam ini dipercayai dipersiapkan untuk menyerapkan suatu input yang baru kepada penduduk dunia mengenai TURUNNYA PENYELAMAT YANG BARU untuk membina semula KEAMANAN DAN KEBEBASAN.

 Sumber: http://saint-guerre.blogspot.com/2010/08/konspirasi-dunia-projek-blue-beam-bhg-1.html
 http://saint-guerre.blogspot.com/2010/08/konspirasi-dunia-projek-blue-beam-bhg-2.html

Dicopy dari : http://cikgupj.blogspot.com/2010/10/awas-konspirasi-berbahaya_3018.html

bersediakah kita dengan keadaan itu nanti? manusia yang kafir dan jahat sedang bersekongkol dan berpakat dengan dajjal untuk menyesatkan seluruh manusia. yakinkah kita dengan IMAN yang ada dapat menangkis segala fitnah dan dugaan yang mendatang ini??? 

Thursday, October 28, 2010

PERINGATAN




1- Manusia sentiasa lalai.

2- perkataan 'Insan' diambil dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud 'Lupa'. Justeru memang betullah manusia itu sentiasa lupa dan lalai.

3- apabila lupa, maka manusia perlukan kepada peringatan. dengan peringatan yang baik, insya Allah manusia akan kembali ingat dan kenal semula siapa dirinya di dunia ini dan apa tujuan hidup disini.

4- antara peringatan yang dimaksudkan adalah melalui dakwah, tazkirah, kuliyah lisan dan juga perbuatan. ucapan2 mengingatkan kembali manusia kepada hakikat kejadian mereka dan mengagungkan kebesaran Allah serta apa tujuan hidup mereka di dunia ini dan juga melalui model2 amalan dan penghayatan Islam secara amali meliputi semua bidang kehidupan.

5- peringatan juga didatangkan dalam bentuk lain; iaitu melalui tindakan alam yang bersifat abnormal dan mendadak. Gempa bumi, Tsunami, Tanah runtuh, Letupan gunung berapi dan bermacam2 keadaan lagi menggambarkan kemurkaan Allah kepada manusia yang suka melakukan kejahatan dan kerosakan.

6- mungkin ada yang mencebik bibir; "sikit2 balasan Tuhan, sikit2 bala Tuhan, itu bencana alam berlaku secara normal, kitaran hidup". kata mereka.

7- kita ada agama, setiap perkara yang berlaku perlu disandarkan kepada agama. tidak boleh kita lupakan agama dalam setiap perkara yang berlaku. penjelasan sains itu penting, dan yang terlebih penting lagi adalah penjelasan dari sudut agama. mengapa kita tidak boleh katakan semua bencana itu adalah peringatan dari Allah, tuan punya alam ini supaya manusia tidak lalai dan sentiasa mengingati Allah S.W.T.



Thursday, October 21, 2010

PENGKELASAN ORANG


1- Orang atau manusia ada bermacam2 ragam.

2- dari situ timbul bermacam2 pengkelasan yang diberikan oleh manusia itu sendiri kepada jenis2 manusia yang lain.

3- kalau dilihat dari segi bangsa, ada orang:
a) Arab
b) Inggeris
c) Melayu
d) Cina
e) India
f) DLL.

4- Kalau dilihat dari segi Negara, ada orang:
a) Arab
b) Amerika
c) Eropah
d) Malaysia
e) China
f) DLL.

5- Kalau dilihat dari segi politik, ada orang:
a) Demokrasi
b) Republikan
c) Komunis
d) Sosialis
e) DLL.
Kalau kat Malaysia ni, ada orang PAS, orang UMNO, orang PKR, orang DAP, orang MCA, orang MIC DLL.

6- walau apapun pengkelasan yang diberikan kepada orang, pengkelasan yang paling utama dan paling penting sekali adalah dari sudut agama. ada 2 jenis manusia, manusia yang BERIMAN KEPADA ALLAH dan manusia yang TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH.

7- dalam 2 pengkelasan tadi pun sebenarnya ada 3 jenis orang;

a) MANUSIA YANG BERTAQWA,

ذلك الكتب لا ريب فيه هدى للمتقين (البقرة : 2)

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;

b) MANUSIA YANG KAFIR,

ان الذين كفروا سوآء عليهم ءأنذرتهم أم لم تنذرهم لا يؤمنون (البقرة : 6)

6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

c) MANUSIA YANG MUNAFIK,

ومن الناس من يقول ءامنا بالله وباليوم الأخر وما هم بمؤمنين ( البقرة : 8)

8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

8- Manusia atau orang yang paling beruntung dan berbahagia adalah orang yang BERTAQWA.

9- Manakala manusia yang KAFIR dan MUNAFIK adalah manusia yang paling celaka dan hina serta mendapat azab seksa selama-lamanya di akhirat nanti.

10- Manusia yang BERTAQWA melangkaui pengkelasan manusia berdasarkan unsur2 selain agama. jadi, orang yang BERTAQWA itu boleh jadi orang Arab, atau mungkin juga orang Melayu, dan mungkin juga orang Inggeris.

11- Begitu juga orang KAFIR dan MUNAFIK itu boleh jadi orang Arab sendiri yang sama sebangsa dengan Nabi Muhammad S.A.W., atau mungkin dikalangan orang Melayu pun ada yang jadi Kafir atau Munafik.

12- Justeru, perlu diingat persoalan Bangsa, Bahasa, Warna Kulit, Budaya, DLL bukanlah neraca untuk menentukan KEBAHAGIAAN dan KEAMANAN kita di negeri AKHIRAT nanti. Sebaliknya, KEIMANAN dan KETAQWAAN kita kepada ALLAH yang bakal menentukan masa depan di SANA.

Tuesday, October 19, 2010

PENILAIAN


1- Setiap orang pasti pernah menjadi penilai ataupun dinilai.

2- Biasanya orang yang menilai adalah orang yang lebih berkuasa dan bertanggungjawab terhadap orang yang dinilai.

3- Manakala orang yang dinilai pula berkedudukan lebih rendah atau berada dibawah jagaan penilai.

4- Ibubapa bertanggungjawab menjaga dan menilai tingkahlaku anak-anak. seorang boss ditempat kerja berhak menilai mutu kerja yang dilakukan anak2 buahnya.

5- Selain dari diri kita dinilai orang lain, kita juga perlu menilai diri kita sendiri samada betul apa yang kita lakukan mengikut peraturan atau kehendak orang yang lebih berkuasa ke atas kita atau kita telah lari jauh dari matlamat yang ditetapkan.

6- Dan jangan lupa, sesebuah kerajaan juga akan dinilai, penilainya terdiri dari rakyat yang memilih kerajaan tersebut.

7- semua diatas adalah nilaian yang dilakukan oleh makhluk. kita sebagai orang Islam perlu ingat ada lagi Penilai yang Maha Hebat.

8- Penilai yang dimaksudkan ialah ALLAH S.W.T yang akan menilai setiap amalan dan perbuatan kita didunia. tidak ada walau sebesar zarahpun amalan kita yang akan terlepas dari penilaian ALLAH. kerana ALLAH itu maha halus dan maha teliti penilaianNya.

9- Justeru, dalam melayari bahtera kehidupan ini, kenalah banyak berwaspada dan lakukan timbangan yang sewajarnya.

10- Pastikan setiap amalan atau perbuatan yang ingin kita laksanakan memperoleh ganjaran pahala dari ALLAH S.W.T. Serta jangan sesekali melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan dosa kepada kita.

11- Diatas dunia ini kita boleh lupa atau buat2 tak ingat tentang persoalan dosa dan pahala. Tetapi bila dihimpunkan di Padang Mahsyar nanti, terimalah kesan yang akan dirasai akibat amalan kita di dunia ini.

12- Juga perlu diingat, matlamat penilai dari kalangan manusia tidak semestinya sama dengan matlamat yang telah sedia ada ditetapkan oleh Khaliq (ALLAH S.W.T).

13- berapa ramai kita dapati ibubapa atau boss2 yang inginkan matlamat yang sebenarnya bertentangan dengan matlamat yang telah digariskan oleh ALLAH kepada kita.

14- Apabila situasi ini berlaku, maka mentaati matlamat yang digariskan oleh al-Khaliq adalah yang betul. justeru, biarlah kita gagal dalam penilaian manusia asalkan kita berjaya dalam penilaian ALLAH.

Sunday, October 17, 2010

MAJU



Semua orang yang waras mahukan kemajuan. sebut saja perkataan 'maju' sudah pasti gambaran-gambaran yang positif akan terbayang difikiran. maju dalam erti kata yang dimahukan oleh setiap orang.

walhal, apakah maksud sebenar kemajuan itu? apakah maju itu ditakrifkan sebagai mempunyai peralatan dan kelengkapan yang moden dan terbaru serta canggih. bila disebut negara maju maka terbayanglah sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi2 'mencakar langit',sistem jalanraya yang luas dan moden serta bertingkat2, penuh dengan alat komunikasi dan ICT yang moden serta canggih, kenderaan yang digunakan juga sudah menjadi sangat canggih.

tetapi kalau dalam masa yang sama penduduk negara atau negeri atau sesuatu kawasan yang canggih tadi tidak beriman kepada Allah, berakhlak buruk, hidup penuh dengan dosa serta maksiat kepada Allah, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, apakah ini yang dinamakan KEMAJUAN???

kalau kita lihat semula kepada sirah Rasulullah, dapat kita katakan bahawa Rasulullah dan para sahabat baginda melalui zaman yang maju. kedatangan Rasulullah ke Mekah kemudian baginda berhijrah ke Madinah membawa kemajuan kepada hidup manusia. apakah Rasulullah membina bangunan yang tinggi2 di Mekah dan Madinah? apakah Rasulullah membina sistem jalan raya yang canggih di Mekah dan Madinah? tidak! jadi bagaimana dikatakan Rasulullah membawa kemajuan?

kemajuan yang sebenar adalah apabila manusia mengabdikan diri kepada Sang Pencipta, al-Khaliq iaitu ALLAH S.W.T. manusia yang telah sesat beratus2 tahun ditunjukkan jalan yang benar oleh Rasulullah S.A.W. seperti kita memimpin orang buta melintas jalan, maka seperti itu jugalah Rasulullah memimpin umat manusia kearah jalan kebenaran.

kemajuan aqidah adalah yang paling utama. bertukar dari menyembah makhluq kepada menyembah Khaliq. berubah dari menyembah patung2 kepada menyembah ALLAH yang Maha Esa. itulah kemajuan yang paling penting dan paling utama.

seterusnya kemajuan dari segi akhlak dan perilaku. masayarakat arab jahiliyyah yang terkenal dengan sifat melebihi kebinatangan, akhirnya bertukar kepada masyarakat insan mulia. mereka yang sebelum kedatangan Rasulullah sanggup membunuh hidup2 anak perempaun, sanggup melacurkan isteri sendiri, sanggup berperang menentang kabilah lain walaupun hanya kerana seekor kambing akhirnya berubah menjadi umat yang saling berkasih-kasihan, umat yang satu berpaut kepada ukhuwwah Islamiyyah sejati.

itulah hebatnya Rasulullah dalam menukar aliran pemikiran dan pemahaman manusia dari menjadi lebih teruk dari binatang kepada lebih mulia dari malaikat. itulah kemajuan yang sebenar.

kalau betul pun kemajuan itu adalah dari segi kemajuan 'madiyyah' atau 'materialistik' maka itu belum cukup untuk dikatakan masyarakat atau negara itu maju. kemajuan material perlu seiring dengan kemajuan 'ruuh' atau 'spiritual'. apa guna jika negara moden, alat2 canggih manggih, tapi masyarakat rosak. akhlak masyarakat sudah bukan seperti akhlak manusia lagi bahkan lebih teruk dari binatang.

cuba lihat Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan negara2 yang dikatakan negara maju lain, berapa ratus kes jenayah yang berlaku walau hanya dalam masa seminit. apa guna dikatakan negara maju jika rakyat hidup dalam ketakutan. apa makna dikatakan negara maju jika masalah sosial, perilaku, akhlak masyarakat hancur lebur. pembunuhan berlaku disana sini, pelacuran sampai ke pintu rumah, judi secara terang-terangan, pub2 dan kelab malam yang menghidangkan arak penuh bagai kelkatu menghurungi cahaya, kemudian muncul anak2 zina bertaburan samada yang hidup atau sudah mati, masyarakat takut keluar rumah kerana dibimbangi dipukul along akibat suka berjudi, pemabuk bersepah sampai mengganggu jalan orang. inikah yang dinamakan KEMAJUAN???

Baiklah hidup dalam negara yang dikatakan tidak maju, tetapi masyarakatnya beriman kepada Allah, berakhlak mulia, saling tolong-menolong, daripada berada ditempat yang dikatakan maju tetapi penuh dengan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah.

Wednesday, October 6, 2010

KEKANGAN

Sudah lama aku tak posting dalam blog ni. rasanya dah hampir 3 minggu. hari ni baru nak start balik tulis blog. sebenarnya bukan apa, aku sekarang menghadapi sedikit KEKANGAN. KEKANGAN yang aku maksudkan itu adalah dari segi masa dan coverage internet kat sini.

aku sekarang kena jaga anak kat rumah mertua. isteri aku kena kursus kpli kat KL. jadi balik je dari sekolah, aku terus kena jaga anak aku ni. pagi tu aku tinggalkan dia dengan mertua. petang dan malam pulak giliran aku la pulak jaga si kecil ni. memang masa yang ada amat terhad. setiap masa kena jaga dan perhatikan dia. kadang2 bawak dia jalan2 dengan kereta, pusing kampung. time dia tidur je baru la boleh ber'internet'.

KEKANGAN dari sudut coverage pun ada. sebab aku duduk sekarang kat kawasan yang susah nak dapat line celcom. kadang2 ada, boleh guna, kadang2 xde line. aku pun tak tahu kenapa??? kalau kat KB anytime boleh on internet.

selain daripada dua KEKANGAN tadi, ada banyak lagi KEKANGAN dalam hidup kita. ada orang berhadapan dengan KEKANGAN dari sudut kewangan. pagi tadi aku tanya sorang budak darjah 3, kenapa dia tak datang sekolah hari isnin? dia jawab mak dia takde duit nak bagi buat belanja. duit dah digunakan kepada abang dia yang nak belajar. seidh betul rasa hatiku bila mendengarnya... rasa macam nak menangis bila terkenangkan sampai ada orang yang sanggup melarang anaknya pergi sekolah kerana tak ada duit nak buat belanja.

ada juga orang yang menghadapi KEKANGAN dari sudut kesihatan. ada orang yang kaya, wang banyak, harta bertimbun tapi ada masalah kesihatan. kena sentiasa ambil ubat, kalau tak penyakit makin menjadi2. dah tu kena berpantang bila makan. nak makan sedap dah tak boleh... alih2 kena makan roti dan air kosong je.

semua jenis KEKANGAN yang disebutkan termasuk KEKANGAN2 lain yang tak disebut menunujukkan bahawa hidup kita di dunia ini tidak boleh lari dari suasana yang memerlukan kita memerah otak dan akal fikiran mencari penyelesaian kepada masalah2 yang timbul akibat dari KEKANGAN2 tersebut. sudah menjadi lumrah bahawa ALLAH S.W.T. menjadikan semua KEKANGAN itu untuk menguji kita sejauh mana kita mampu bersabar menghadapinya.

apakah kita dapat mengatasi dan masih dapat mengawal nafsu dan kehendak kita dalam menghadapi KEKANGAN tersebut, atau kita tumbang tewas kepada tuntutan dan runtunan hawa nafsu yang membuak2 didalam diri kita sendiri. berapa ramai manusia yang dilakarkan sejarah jatuh tumbang bila berhadapan dengan KEKANGAN yang kadang2 begitu dahsyat.

orang yang alim pun jatuh tergoda dengan pujukan syaitan bila berhadapan dengan KEKANGAN nafsu yang sengaja ditimbulkan syaitan sebagaimana yang berlaku kepada seorang 'abid di zaman bani Israel,Barsisa. maka kita yang tidak mencapai tahap 'abid ini perlulah sentiasa berhati2 dengan godaan nafsu syaitan serta memperbanyakkan doa kepada Allah supaya kita tidak menjadi seperti kisah Barsisa itu.

berbahagialah orang yang berjaya melawan KEKANGAN yang timbul dan dari kerananya Rahmat Allah sampai kepada mereka dan akhirnya tempat mereka di akhirat adalah di dalam Syurga ALLAH yang penuh dengan semua kenikmatan... INSYA ALLAH!

Wednesday, September 22, 2010

UPSR 2010

Hari ini adalah hari kedua semua murid tahun 6 di sekolah Kebangsaan / Rendah dibawah kementerian Pelajaran Malaysia menduduki UPSR. aku merupakan salah seorang pengawas yang menjaga serta mengawasi ujian tersebut.

disini ingin aku ucapkan kepada semua calon yang mengambil ujian tersebut semoga berjaya. diharapkan semoga semua calon dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan hati yang tenang dan berlapang dada. semoga keputusan yang bakal keluar nanti adalah menggembirakan.

jika adapun yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, janganlah bersedih hati. masih banyak lagi ujian yang perlu ditempuh selagi nyawa masih di dalam jasad. itu hanya ujian yang bersifat keduniaan dan materialistik. sedangkan disana masih lagi terdapat banyak ujian-ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

kalau tak lulus ujian UPSR, kita masih boleh bersekolah lagi dan masih boleh hidup gembira lagi. tetapi kalau tak lulus ujian keimanan dan ketakwaan pendek kata merana lah kita hidup di dunia dan juga di akhirat.

walau apapun, kepada semua calon, DO THE BEST... STRIVE AND STRUGGLE TILL THE END. INSYA ALLAH YOU WILL GET THE PLEASANT RESULT!

Monday, September 13, 2010

DAULAT TUANKU!


Patik pacal yang hina ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. setelah lebih setahun baginda diangkat menjadi pemangku sultan Kelantan, akhirnya hari ini sahlah baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru. baginda merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.



semoga pemerintahan baginda sentiasa diberkati Allah S.W.T dan diberikan petunjuk serta hidayah dari Allah untuk mentadbir urusan negeri Kelantan dengan sebaik-baiknya. semoga corak pemerintahan baginda bersifat dan bercirikan Islamik sesuai dengan pendekatan Islamik yang diamalkan oleh Menteri Besar Dato' Nik Ab. Aziz b. Nik Mat.

apabila raja dan menteri besar sama-sama berkongsi matlamat dan haluan yang sama, insya Allah rahmat dan berkat Allah S.W.T akan turun ke negeri Kelantan. hasilnya rakyat akan hidup sejahtera dan sanggup bekerja dan berkorban untuk sama-sama membangunkan negeri yang kita cintai ini.

الناس على دين ملوكهم...

sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud " manusia itu mengikut agama ataupun cara raja2 mereka..." kalau raja mahukan Islam terlaksana di Kelantan, insya Allah rakyat semua pun bersama dengan raja mendokong cita2 suci dan murni tersebut. sebaliknya jika raja buah endah tak endah dengan Islam dan amalkan Islam kulit saja, maka rakyat pun begitu jugak.

Friday, September 3, 2010

LAILATUL QADR MALAM TADI???

hari ni cuaca tak panas. nak kata mendung pun tak juga. tapi memang tak panas lah. aku balik rumah dengan anak pun selesa je... turun dari kereta nak ke rumah rasa tenang dan selesa, tak seperti biasa panas dan hangat.


apakah malam tadi adalah malam khairun min alfi syahr? wallahu 'alam. tapi kalau ikut tandanya betul dah ni! beruntunglah orang yang dapat melaksanakan ibadah pada malam lailatul qadr dengan sebanyak2nya. sama ada semalam atau malam2 lepas atau malam2 akan datang kita tak tahu. yang penting masuk sepuluh malam terakhir ni kena buat pecutan dari segi ibadah.

berjagalah di waktu malam dengan melakukan ibadah seperti solat sunat tahajjud, hajat, tasbih dsb. juga boleh berzikir, baca al-qur'an dan baca buku2 ilmiah islam. yang penting kita jangan tidur pada 10 malam terakhir sebanyak yang kita tidur pada malam2 lain. Ulama2 ramai berpendapat malam lailatul qadr ada pada salah satu malam di 10 malam terakhir Ramadhan.

tak lama lagi kita nak sambut raya. aku tengok banyak signboard kat sekitar bandar Kota Bharu mengingatkan kita supaya berhati-hati dijalan raya. nanti aku masukkan gambar signboard kuning tersebut. baguslah buat macam tu, biar orang yang gelojoh dan suka pandu kenderaan laju tu beringat sikit. jalan raya bukan tempat berlumba, kalau nak berlumba lumba masuk kubur dulu. begitulah lebih kurangnya bunyi salah satu signboard yang aku sempat baca. kalau orang yang baca tu ada hati,akal dan perasaan mesti dia berhati-hati ketika memandu.

buat isteriku dan juga insan lain yang nak balik beraya tu hati-hatilah di jalan raya. orang tersayang sedang menunggu dengan penuh harapan dan kasih sayang.

Monday, August 30, 2010

FUNGSI MASJID


Fungsi masjid pada zaman Rasulullah


MASJID adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.

Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)

Dalam ayat berkenaan, tasbih atau zikir bukan hanya bererti mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.

Kalau dikaji dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat pada dahi.

Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad. Perbandingan Agama Islam hlm: 77)

Ini disusuli pembinaan Masjid Nabawi di Madinah. Jelasnya kedua-dua masjid itu dibina atas dasar ketakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).

Setiap masjid seharusnya memiliki landasan dan fungsi berkenaan. Itulah sebabnya Rasulullah meruntuhkan bangunan kaum munafik yang juga disebut sebagai masjid dan menjadikan lokasi itu tempat membuang sampah-sarap. Ini kerana bangunan itu tidak menjalankan fungsi masjid yang sebenarnya iaitu ketakwaan.

Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat.

Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:

l Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.

l Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.

l Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.

l Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.

l Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.

l Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.

l Tempat letaknya Baitulmal negara.

l Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.

l Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.

l Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).

Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:

l Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.

l Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.

l Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.

Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.

Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk:

l Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.

l Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan.

l Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.

l Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan

l Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam.

Semua perkara ini harus diwarnai dengan keadaan fizikal bangunan masjid, namun semestinya melaksanakan peranan masjid sebagaimana yang disebutkan di atas. (Quraisy Shihab, Wawasan al-Qur'an hlm: 463).

Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.

dicedok dari : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/

Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN KAREEM DATANG LAGI...

Hari ni dah masuk hari ke 4 umat Islam berpuasa. aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia dan berkat ini kepada seluruh umat Islam di dunia. laptop aku rosak charger, tak boleh guna. ni guna laptop orang rumah.

bulan ramadhan adalah bulan yang mempunyai seribu keberkatan. pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. pada bulan ini juga diturunkan kitab suci al-Qur'an dan ada 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul Qadr. sungguh bertuah orang yang dapat memanfaatkan bulan ini dengan melaksanakan amal ibadat sebanyak-banyaknya kepada Allah.

berpuasa ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkannya bermula dari terbitnya matahari sehingga tenggelam (subuh hingga maghrib- dusk till dawn)beserta dengan niat pada malamnya. itu maksud dari segi syar'ie dan fiqhi.

adapun puasa yang sebenarnya melangkaui persoalan itu iaitu menahan seluruh anggota tubuh kita bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dari melakukan perbuatan2 yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. inilah hakikat puasa yang sebenarnya. maksudnya kita bukan hanya menahan diri dari melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa, sebaliknya kena pergi lebih jauh lagi iaitu menahan diri dari perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa itu sendiri. 2 perbezaan yang perlu diteliti sehalusnya bagi umat Islam.

mata kena puasa dari melihat perkara2 yang haram dan boleh merangsang nafsu syahwat, mulut mesti berpuasa dari mengeluarkan perkataan2 jahat seperti dusta, mengumpat, memfitnah, mencaci, mengadu domba dan selainnya yang tergolong dalam perkataan yang keji. telinga juga kena berpuasa dari mendengar perkataan jahat seperti di atas ataupun mendengar perkataan lagho seperti lagu2 cinta bernafsu, dan begitu juga dengan anggota tubuh lain perlu berpuasa supaya ibadat puasa kita diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran pahala yang besar. jika berlaku perkara sedemikian barulah kita dapat melakukan puasa khusus, iaitu puasa orang2 yang soleh dan wara' serta zuhud kepada Allah S.W.T.

Pada bulan ini juga terkenal dengan panggilan bulan nuzul al-Qur'an iaitu permulaan turunnya wahyu dari Allah kepada Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. al-Qur'an adalah kitab panduan umat Islam. ia bukan hanya menjadi kitab untuk dibaca atau dimusabaqahkan, sebaliknya tuntutan mengamalkan isi kandungannya itu lebih utama dilaksanakan.

isi kandungan al-Qur'an itu sepatutnya dipraktikkan oleh kita semua. bermula dengan amalan individu kemudian naik kepada amalan keluarga. kemudian berkembang kepada kegiatan masyarakat, seterusnya menjadi peraturan dan undang-undang negeri dan negara, dan akhirnya menjadi khalifah mentadbir muka bumi ini, umat islam perlu mengambil al-Qur'an sebagai panduan dan rujukan serta mengamalkan segala isi kandungannya. bila ini berlaku maka betullah dengan fungsi al-Qur'an itu sebagai petunjuk kepada orang2 yang bertaqwa dan termeterailah wasiat Nabi Muhammad S.A.W. "TARAKTU FIKUM AMRAINI....." aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara.... al-Qur'an dan al-Sunnah.

yang ketiga, dalam bulan ini juga ada 1 malam yang amat mulia dan afdhal iaitu malam al-Qadr. dalam surah al-Qadr Allah menyatakan bahawa malam ini adalah lebih baik dari 1000 bulan. kerana itu ia disifatkan sebagai penghulu segala malam sebagaimana hari jumaat adalah penghulu segala hari.

pada malam itu, sesiapa yang dapat melaksanakan amalan ibadat dengan sebanyak-banyaknya adalah orang yang sangat bertuah kerana Allah Ta'ala menggandakan pahala amalannya seolah berbuat ibadat lebih dari 73 tahun. tetapi Allah tidak memberitahu kita secara khusus bila berlakunya malam tersebut. oleh itu, kenalah kita rajin mencarinya dan untuk mmastikan kita tidak terlepas dari malam tersebut, kenalah sentiasa buat amal ibadat sepanjang malam dalam bulan Ramadahan ini, dan inilah hikmatnya kenapa Allah tidak memberitahu secara khusus bila malam al-Qadr itu berlaku.

selepas berakhirnya bulan Ramadhan, maka Syawal pun menjelma. namun, amal iabdat yang dilakukan sepanjang Ramadhan jangan dihentikan. teruskan dengan amalan puasa sunat, baca al-Qur'an dan sembahyang berjemaah serta amalan2 baik yang lain. jangan kita hanya beribadat kepada Allah dan berusaha menjadi hambanya yang bertaqwa pada bulan Ramadhan sahaja. kita menyembah Allah dan berbuat ibadat kepadanya sepanjang masa bukan ketika Ramadhan saja. sekian... WASSALAM.

Friday, July 23, 2010

'JEM' atau 'JAM'


Semalam aku terperangkap dalam 'jem' yang amat teruk. aku balik dr rumah kakak aku jam 4 petang. sampai rumah jam 6 petang. biasa dalam setengah jam dah sampai rumah. tapi semalam 2 jam aku terperap dalam kereta nak tunggu sampai rumah.

rasanya mungkin sebab semalam hari khamis, hari akhir kerja di kelantan untuk tempoh seminggu. jumaat dan sabtu cuti jadi ramailah orang yang balik ke kampung semalam. ditambah pulak dengan hujan yang agak lebat, menyebabkan jalan bertambah2 'jem'. kenderaan memang bergerak dengan begitu perlahan. tiap kali nak sampai ke mana2 simpang 'jem'nya makin bertambah teruk.

jadi, persoalannya bila dalam keadaan begitu jiwa akan berasa sangat tension dan stress pun makin meningkat. apa lagi kalau ada pemandu lain yang buat aksi kurang ajar contoh memotong sebelah kiri atau masuk tak bagi signal... memang bertambah stressnya. keadaan ini perlu ditenangkan kalau tidak ia akan membawa kepada masalah baru. apa2 pun kita kena fikir apa yang perlu dibuat untuk mengelakkan dari rasa tension dan stress yang melampau ketika itu.

ada bermacam2 cara dilakukan kita untuk elak dari rasa stress ketika terperangkap dlam 'jem'. ada yang suka buka radio kuat2 lepas tu kalau ada lagu yang diputarkan sama2 menyanyi dengan penyanyi tu dalam kereta. ada juga yang suka telefon orang lain untuk membantu mengalihkan perasaan marah semasa 'jem' kepada perbualan. ada juga yang buat aksi2 pelik kononnya nak bagi release tension, sampai orang kat sebelah dan tepi kereta tengok pun jadi pelik.

namun bagi aku, cara yang terbaik nak atasi masalah ini adalah kita pasang cd bacaan al-qur'an lepas tu dengar dengan teliti dan cuba hayati bacaannya. kalau tak ada cd al-Qur'an, cd nasyid ataupun zikir pun boleh jugak. insya Allah hati kita akan tenang dan taklah marah2 sgt kat org lain. ingatlah dengan zikrullah itu boleh menyebabkan hati menjadi tenang. bukan hanya ketika jem, ketika suasana lain yang menyebabkan kita tidak tenang pun kena ingat zikrullah banyak2.

Tuesday, July 20, 2010

JANGAN JADIKAN AKU BEGINI YA ALLAH...

ketika masih belajar di sekolah dan di universiti begitu bersemangat dan bersungguh belajar ilmu agama. ilmu tinggalan para nabi dan ulama2 silam yang penuh dengan makrifat serta hikmah untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. semasa belajar memang berniat untuk gunakan ilmu itu ke arah kebaikan, berdakwah kepada masyarakat menunjuk jalan yang benar 'siratul mustaqim' kepada mereka.



malangnya, bukan sedikit mereka yang habis belajar ilmu agama di peringkat universiti yang tidak menunjukkan komitmen sebenar sebagai graduan agama yang dipanggil masyarakat sebagai ustaz2 dan ustazah2. kenapakah perkara ini berlaku??? apakah kerana ada diantara mereka yang sememangnya niat mereka belajar bukan kerana hendak berdakwah, sebaliknya hanyalah sebagai 1 sebab untuk mendapat kerja... mendapat habuan gaji yang sedikit!

ataupun kerana mereka telah rebah dibawah pujukan nafsu, tipudaya iblis dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia. tidak pelik kalau orang awam melakukan dosa samada dosa besar atau dosa kecil, kerana mereka yang digelar 'ustaz' dan 'ustazah' melakukan dosa yang sama.

mengapa ilmu yang dipelajari tidak sampai kepada pembentukan peribadi dan rohani islamiah yang tinggi? apakah kerana ilmu itu dipelajari sahaja dan tidak sesekali atau hanya jarang2 diamalkan? ada ilmu tapi tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah. pokoknya tinggi, besar, daunnya rendang, tapi sayang buahnya tak ada. usahkan manusia, beruk pun tak boleh memakan hasilnya!

inilah agaknya kejayaan besar iblis bilamana golongan yang tahu agama menikus, bila timbul isu2 agama yang perlu dijelaskan kepada masayrakat. atau yang lebih teruk lagi bahkan lebih jahat dan celaka dari orang awam bilamana golongan tahu agama sendiri yang berlagak seolah2 menjadi ketua kepada perbuatan dosa dan maksiat.

YA ALLAH, YA TUHANKU! jangan jadikan aku seperti mereka yang aku coretkan diatas. aku berpesan kepada diriku sendiri dan juga kepada insan2 yang sudi menjengah blogku ini. ya ALLAH... kasihanilah aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...